Zakar Patah Dua Kali Dalam Masa 5 Bulan Akibat Penyakit Ini? Sila Baca Kalau Tak Percaya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/09/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Itulah yang dialami oleh seorang lelaki warga UK berusia 41 tahun baru-baru ini.

Hanya beberapa bulan selepas menjalani pembedahan untuk insiden zakar patah yang pertama, lelaki tersebut kembali berjumpa dengan doktor akibat masalah yang sama.

Lelaki tersebut yang hadir dengan simptom sakit dan juga bengkak pada zakarnya disahkan menghidap ‘penile fracture’ oleh doktor urologi yang merawatnya.

Bagaimana zakar boleh patah?

Masalah zakar patah mungkin berbunyi sedikit pelik kerana organ seksual tersebut tidak mempunyai sebarang tulang sungguhpun ia mampu menjadi keras ketika ereksi.

Kepatahan zakar di sini merujuk kepada pendedahan zakar kepada trauma tumpul yang kuat sehingga terjadinya kecederaan tisu dalaman.

ekzema zakar

Trauma tumpul yang kuat boleh berlaku ketika hubungan seks yang ganas dan juga ketika onani.

Sejak tahun 1924, 1600 kes telah direkodkan di seluruh dunia, dengan anggaran purata 16 kes setahun.

Berdasarkan laporan, bunyi patah yang ngeri boleh didengari dalam 50% daripada kes yang berlaku.

Mereka yang pernah mengalami kecederaan ini juga berisiko untuk menghidap disfungsi ereksi dan seks yang menyakitkan untuk sepanjang hayat mereka.

Penyakit hipermobiliti dan risiko zakar patah

Berdasarkan laporan berita, lelaki tersebut menghidap sejenis penyakit hipermobiliti iaitu sindrom Ehler-Danlos (EDS).

Penyakit genetik ini menyebabkan tisu-tisu penghubung dalam badan menjadi lebih elastik atau anjal berbanding orang biasa.

Seseorang yang menghidap EDS boleh mencubit dan menarik kulit mereka lebih jauh dan berupaya untuk melipat sendi-sendi di jari mereka pada sudut yang sangat menyakitkan untuk orang biasa.

Akibat daripada keanjalan tisu-tisu badan yang luar biasa ini, penghidap EDS terdedah kepada pelbagai komplikasi kesihatan seperti scoliosis, osteoathritis pada usia muda dan juga penyakit struktur jantung. 

Saranan doktor untuk penghidap sindrom Ehler-Danlos 

masalah zakar

Kesemua tisu-tisu badan akan terjejas akibat daripada penyakit EDS, termasuklah tisu-tisu span di dalam zakar.

Namun yang demikian, doktor daripada Johns Hopkins University School of Medicine yang merawat lelaki tersebut melaporkan kes ini sebagai sesuatu yang luar biasa kerana kecederaan zakar bukanlah sesuatu yang pernah dikenal pasti dalam pesakit EDS.

Doktor juga tidak pasti sama ada kepatahan kali kedua ini disebabkan oleh kelemahan tisu dalaman zakar hasil daripada kecederaan kali pertama atau tidak.

Walau bagaimanapun, doktor telah mengesyorkan agar pesakit EDS mengurangkan keamatan (intensiti) aktiviti seks mereka dan mengelakkan seks ganas.

Mereka juga dinasihatkan agar menggunakan cecair pelincir sebanyak mungkin. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Zakar Boleh Membesar Sampai Umur Berapa? Ini Jawapan Bila Proses Ini Akan Tamat!

Pernahkah anda terfikir dan tertanya alat sulit lelaki membesar sampai bila? Jom klik artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 02/12/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Biarkan Alat Sulit Seperti Hutan Belantara, Ini 5 Kaedah Buang Bulu Bawah, Elak Rengsa

Anda rimas dengan bulu alat kemaluan yang nampak kusut dan serabut? Jangan risau! Jom klik artikel ini untuk tahu cara mudah membuangnya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 02/12/2020 . 3 minit bacaan

Saiz Zakar Penting Untuk Wanita Pilih Pasangan Hidup? Jangan Terkejut Dengan Jawapan Ini

Soalan yang sering menimbulkan banyak kontroversi; “Adakah saiz penis merupakan faktor penting bagi wanita dalam kriteria pasangan hidup?”. Jawapannya...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 17/11/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Terkejut! Zakar Boleh Putus Akibat Jangkitan, Tapi Ada Solusinya: Implan Penis!

Nasib malang menimpa seorang lelaki British, Malcolm MacDonald, yang mengalami masalah zakar putus akibat daripada jangkitan perineum yang teruk.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 09/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

tahan air mani

Capai Orgasma TANPA Terpancut Air Mani? Sengaja Atau Tidak, Ini Yang Akan Berlaku Pada Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
cincin zakar

Kalau Tak Nak Dikejarkan Ke Hospital Angkara CINCIN ZAKAR, Patuhi Syarat Ini Sebelum Pakai

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
penyakit kulit sopak

Jangan Terkejut, SOPAK Bukan Hanya Di Badan, Tapi Juga Boleh Ada Pada ZAKAR!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/01/2021 . 3 minit bacaan
kulit zakar kering

Kulit Zakar Jadi Kering Sampai Mudah Tercedera & Berdarah? Ada 7 Sebab Ia Berlaku!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 09/12/2020 . 3 minit bacaan