backup og meta

Zakar Cik Abang Sukar Bertahan Lama? Jangan Berdiam Diri, Buat 5 Ujian Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/02/2023

    Zakar Cik Abang Sukar Bertahan Lama? Jangan Berdiam Diri, Buat 5 Ujian Ini

    Setiap pasangan baik lelaki atau wanita pastinya mahukan prestasi di kamar tidur yang memberangsangkan bukan? Bagaimana pula jika mereka mengalami masalah ereksi zakar atau mati pucuk? Jom ikuti artkel ini untuk tahu dengan lebih mendalam lagi!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Mati pucuk, masalah ereksi zakar paling bahaya!

    Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita semua berkenalan dengan masalah ereksi zakar yang paling bahaya ini terlebih dahulu.

    Untuk pengetahuan anda, mati pucuk adalah satu kondisi di mana lelaki tidak mempunyai kemampuan untuk mendapatkan dan mengekalkan ereksi alat sulit.

    Masalah ketegangan dan kekuatan zakar ini seterusnya sudah pasti akan membuat hubungan seks bersama pasangan tercinta terganggu serta terjejas.

    Bukan sahaja dari aspek perhubungan malahan fizikal dan mental penderita juga pasti akan mengalami kemerosotan akibat masalah ini.

    Sekiranya ia berlaku, anda mungkin akan mengalami 3 simptom ini:

    • Tidak mampu mendapatkan ereksi zakar
    • Tidak boleh mengekalkan ereksi zakar
    • Libido menurun dengan mendadak

    masalah ereksi zakar

    Apa punca masalah ereksi zakar ini berlaku?

    Antara penyebab mati pucuk adalah aliran darah yang lemah dalam saluran darah atau kecederaan yang berlaku pada dalam zakar.

    Dalam pada itu, kondisi ini juga mungkin didasari oleh beberapa faktor risiko termasuklah:

    • Kondisi kesihatan seperti kencing manis atau masalah jantung
    • Penggunaan tembakau kerana ia boleh menghalang aliran darah dari vena ke arteri
    • Berat badan berlebihan atau obesiti
    • Pengambilan ubatan & rawatan tertentu
    • Kecederaan pada saraf atau arteri zakar
    • Keadaaan psikologi seperti stres, kegelisahan atau kemurungan

    Bukan itu sahaja, kalian juga perlu tahu perbuatan yang memerlukan posisi duduk terlalu lama seperti bekerja atau berbasikal juga mungkin boleh membawa kepada masalah ini!

    Bagaimana cara untuk mendiagnosis mati pucuk?

    Baiklah, sekarang kita sudah tahu apa itu mati pucuk dan punca ia berlaku kepada lelaki yang bernasib malang.

    Kita beralih pula kepada saranan utama artikel ini iaitu kenapa perlu berdiam diri sahaja jika ada masalah ereksi zakar? 5 ujian klinikal ini adalah jawapannya!

    Mungkin bagi kebanyakan lelaki, doktor hanya perlu meneliti sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal untuk mendiagnosis masalah ini.

    Namun jika tiada sebarang jawapan, ubatan atau rawatan ditemukan, anda mungkin masih perlu melalui ujian lain untuk lebih kepastian.

    masalah ereksi zakar

    Antara ujian yang boleh cuba dijalani adalah seperti berikut:

    Ujian darah

    Sampel yang diambil dari darah penderita akan dihantar ke makmal bagi tujuan menguji jika terdapat sebarang tanda penyakit jantung, kencing manis, testosteron rendah dan lain-lain yang boleh jadi punca mati pucuk.

    Ujian kencing

    Agak sama seperti ujian darah, ia akan mengambil sampel air kencing dari penderita dan dihantar ke makmal bagi menguji jika terdapat sebarang tanda kencing manis atau masalah kesihatan lain yang juga boleh menjadi punca.

    Ujian ultra bunyi

    Ujian ini kebiasaannya dijalankan oleh pakar di dalam makmal dan merangkumi penggunaan alatan transducer yang diletakkan di atas salur darah menuju ke zakar.

    Selepas itu, pakar akan meneliti video yang terhasil untuk mengenal pasti sama ada penderita mengalami masalah pada salur darah pada zakar ataupun tidak.

    Ujian ereksi semalaman

    Kebanyakan lelaki yang normal akan mengalami ereksi zakar ketika tidur sama ada sedar ataupun tidak dan jika ia tidak berlaku maka risiko mati pucuk adalah tinggi.

    Dengan ujian yang dijalankan menggunakan sejenis pembalut khas di sekeliling zakar ketika tidur, pakar akan dapat mengetahui sama ada zakar anda mampu berereksi ataupun tidak.

    Ujian psikologi

    Ia tidak memerlukan sebarang alatan atau ujian pada fizikal penderita, doktor hanya akan menanyakan beberapa soalan untuk menapis stres, kegelisahan, kemurungan atau segala kemungkinan punca psikologi yang boleh mengakibatkan mati pucuk.

    masalah ereksi zakar

    Apa perlu buat jika ada mati pucuk?

    Malangnya, kondisi ini boleh berlaku kepada mana-mana lelaki di luar sana terutamanya mereka yang mempunyai faktor risiko tinggi.

    Jika anda mengesyaki diri mengalami kondisi ini, jangan hanya berdiam diri dan segera berjumpa doktor untuk menjalani 5 ujian ini.

    Sekiranya anda telah berkonsultasi dengan doktor dan ternyata anda mungkin mengalami mati pucuk, jangan cepat panik kerana ini bukan pengakhiran buat anda.

    Ia mungkin boleh sembuh atau bertambah baik jika kalian berjaya mengurangkan faktor-faktor risiko yang ada pada diri sendiri.

    Kemudian, sila jalani rawatan dan mengambil ubatan seperti mana yang telah dinasihatkan serta dipreskripsikan oleh doktor.

    Antara yang paling popular adalah pengambilan sildenafil (viagra) yang membolehkan penderita masalah ereksi zakar seperti mati pucuk kembali mendapatkan dan mengekalkan ereksi.

    Jadi, jangan hanya berdiam diri okay!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan