backup og meta

Bolehkah COVID-19 Jejaskan Kandungan Jika Ibu Hamil Terkena Jangkitan? Ini BAHAYANYA!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 22/04/2020

    Bolehkah COVID-19 Jejaskan Kandungan Jika Ibu Hamil Terkena Jangkitan? Ini BAHAYANYA!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Coronavirus bukanlah virus yang asing. Mungkin anda pernah dengar kaitannya dengansindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan sindrom pernafasan timur tengah (MERS).

    Terdapat 7 jenis coronavirus yang boleh menjangkiti salur pernafasan manusia. Empat daripadanya hanya menyebabkan jangkitan selesema biasa. 

    Artikel berkaitan: Tak Banyak Beza Antara Demam COVID-19 Dan Demam Biasa, Ini Apa Anda Patut Buat

    Di Malaysia, berikut statistik kes COVID-19 sehingga kini:

    [covid_19]

    SARS-CoV dan MERS-CoV boleh menyebabkan masalah pernafasan yang teruk terutamanya pada golongan berisiko tinggi seperti ibu hamil.

    Namun, tahukah anda apakah kesan novel coronavirus terhadap ibu hamil ini? 

    Ibu hamil perlu bimbang ke dengan coronavirus?

    Kehamilan membuatkan tahap imuniti badan ibu mengandung berubah-ubah mengikut keperluan biologi.

    Kajian menunjukkan ketika implantasi, imuniti badan ibu akan meningkat untuk membantu janin bertapak pada rahim.

    Selepas fasa itu selesai, imuniti ibu pada tahap rendah hingga menyebabkan ibu terdedah pada jangkitan.

    Menurut Dr Steven Gordon, pakar penyakit berjangkit daripada Klinik Cleveland, ibu hamil terdedah kepada banyak komplikasi jangkitan virus seperti influenza dan cacar air (chickenpox). 

    Adakah ibu mengandung perlu bimbang berkenaan dengan wabak novel coronavirus yang sedang melanda?

    https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/115200726587889/

    Jawapannya mungkin.

    Menurut kajian Namrata Prasad et al, wanita hamil ada risiko 3.5 kali ganda lebih tinggi dimasukkan ke hospital berbanding dengan mereka yang tidak hamil.

    Bagaimana pula dengan kesan novel coronavirus terhadap ibu hamil dan janin dalam kandungan?

    Oleh sebab terdapat pelbagai persoalan yang masih belum terjawab berkaitan virus misteri ini, risikonya tak dapat dianggarkan secara tepat.

    Kesan jangkitan coronavirus terhadap ibu hamil

    Masih ingatkah anda wabak pandemik SARS pada tahun 2002 dan MERS pada tahun 2012?

    Kedua-duanya menular dengan kadar yang cepat dan meragut banyak nyawa. 

    Menurut laporan kes yang diterbitkan dalam laman Jurnal Penyakit Berjangkit, jangkitan SARS boleh menyebabkan komplikasi keguguran dan kematian dalam kalangan ibu mengandung.

    coronavirus terhadap ibu hamil

    Perkara sama turut berlaku apabila MERS menyebabkan wanita hamil mengalami keguguran!

    Masalah pernafasan yang dialami oleh ibu boleh menyebabkan penurunan kadar pemberian gas oksigen pada janin yang sedang membesar.

    Artikel berkaitan: Adakah Saya Dijangkiti COVID-19? Ini Tanda Awal WAJIB Disemak

    Akibatnya, 59% wanita hamil yang dijangkiti pada trimester pertama mengalami keguguran.

    Bagaimana pula dengan mereka yang berada dalam trimester kedua atau ketiga kehamilan? Mereka berisiko mengalami kelahiran pramatang kesan kurang bekalan oksigen pada bayi dalam kandungan.

    Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), novel coronavirus mempunyai persamaan dengan struktur SARS-CoV dan MERS-CoV.

    Adakah ini bermakna ia akan menyebabkan kesan buruk yang lebih kurang sama dengan kedua-dua virus tersebut?

    Setakat ini, gejala yang disebabkan coronavirus jauh lebih ringan berbanding ketika wabak SARS dan MERS.

    Oleh sebab itulah, Dr Steven menasihati wanita tidak memberikan tumpuan kepada novel coronavirus semata-mata.

    Coronavirus lain seperti 229E dan NL63 hanya menyebabkan simptom selesema biasa.

    Namun, jika anda menunjukkan simptom selesema, anda tidak akan tahu virus apakah yang menjangkiti anda. Maka adalah lebih elok untuk anda mendapatkan khidmat nasihat doktor.

    Jangan ambil risiko akan jangkitan coronavirus terhadap ibu hamil

    coronavirus terhadap ibu hamil

    Walaupun kesan novel coronavirus terhadap ibu hamil kelihatan ringan, ia tak bermakna anda boleh mengabaikan penjagaan kesihatan.

    Ingat! Anda masih tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi.

    Tiada protokol rawatan novel coronavirus yang telah terbukti berkesan dalam merawat pesakit jenis ini.

    Virus tersebut berupaya untuk merentasi halangan spesies antara haiwan dan manusia dan menular dalam kalangan masyarakat setempat.

    Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu mengandung bagi memastikan mereka terhindar daripada penularan novel coronavirus adalah:

    • Cuci tangan secara kerap menggunakan air dan sabun
    • Elak berhubung dengan individu yang demam dan batuk
    • Amalkan etika batuk/ bersin yang betul semasa anda berada di tempat awam
    • Dapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami gejala gangguan pernafasan
    • Pakai topeng muka ketika di tempat awam
    • Pastikan anda makan makanan yang telah dimasak dengan betul. 
    • Elakkan daripada berkongsi peralatan peribadi dengan individu lain terutamanya jika anda mengalami simptom selesema

    Tanpa kawalan jangkitan yang sepatutnya, kesan novel coronavirus terhadap ibu hamil boleh menyebabkan komplikasi yang masih lagi tidak jelas, memandangkan kita kekurangan maklumat mengenainya.

    coronavirus

    Setakat ini, kes novel coronavirus di Malaysia hanya melibatkan pelancong dari Wuhan yang kini sedang dikuarantin untuk tindakan selanjutnya.

    Namun, jangan ambil mudah walaupun simptom yang disebabkan oleh novel coronavirus masih lagi ringan. Ini berikutan kehamilan bukan sahaja melibatkan nyawa ibu, ia juga boleh mempengaruhi tahap kesihatan janin yang sedang membesar. 

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Konklusi

    Jika anda mengalami sebarang simptom selesema atau baru sahaja tiba dari China, dapatkan pemeriksaan kesihatan untuk memastikan anda tidak dijangkiti dengan virus yang boleh mempengaruhi tahap kesihatan anda dan janin termasuklah novel coronavirus.

    Setakat ini, kesan novel coronavirus terhadap ibu hamil masih lagi tidak jelas namun, adalah lebih baik untuk kita mengambil langkah awal bagi mencegah jangkitan tersebut daripada berlaku.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 22/04/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan