Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Anda pasti?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Hari demi hari, kes kematian akibat penularan wabak COVID-19 di negara kita semakin meningkat.
Trend ini dijangka akan berlanjutan sekiranya rakyat Malaysia masih berdegil dan tidak mahu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Berikut merupakan statistik terkini mengenai pandemik COVID-19 di negara kita:
Terbaharu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengeluarkan kenyataan agar semua penumpang yang pernah menaiki tren elektrik ETS 9173 untuk membuat saringan kesihatan di hospital berdekatan segera.
Ini kerana salah seorang mangsa yang dijangkiti wabak COVID-19 telah disahkan pernah menaiki tren tersebut pada 7 Mac 2020 bagi membuat perjalanan dari Stesen Butterworth ke Stesen Kuala Lumpur.
Warganegara Malaysia berusia 70 tahun itu adalah mangsa ke-11 yang diumumkan telah meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur pada 24 Mac 2020.
Baca juga:
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Kamarulzaman Zainal, pihaknya telah menghentikan perkhidmatan tren ETS 9173 ini secara serta-merta dan kerja-kerja disinfeksi sepenuhnya telah dilakukan terhadap tren terbabit serta semua tren ETS lain bagi memastikan ia selamat untuk dinaiki.
“Semua petugas syarikat yang pernah berada di dalam tren ETS 9173 ini serta stesen-stesen terlibat juga telah diarahkan untuk membuat ujian saringan kesihatan di hospital berdekatan dalam kadar segera,” jelas Datuk Kamarulzaman lagi.
Ekoran itu, para penumpang yang pernah menggunakan khidmat ETS 9173 ini diminta untuk segera tampil ke hospital berdekatan untuk saringan COVID-19 meskipun kalian tidak menunjukkan sebarang gejala.
Ini kerana wabak COVID-19 ini boleh menjangkiti individu walaupun tiada sebarang gejala yang ditunjukkan. Oleh itu, langkah keselamatan wajarlah diambil untuk memastikan kesihatan kalian terjamin.
Artikel berkaitan:
Berikut adalah simptom dan komplikasi wabak COVID-19 yang kalian wajib tahu:
Pihak KTMB akan terus memantau operasi setiap tren serta sentiasa melaporkan perkembangan semasa kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk membendung penularan wabak COVID-19.
Untuk lebih kepastian, orang ramai disarankan untuk mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman rasmi media sosial di Facebook (KTM Berhad), Twitter (@ktm_berhad) atau portal rasminya di www.ktmb.com.my atau boleh menghubungi talian Pusat Panggilan di 03-22671200.
[mc4wp_form id=”115319″]
Pihak Hello Doktor amat berharap agar kalian yang pernah menaiki ETS 9173 memberi kerjasama dengan segera hadir ke hospital berdekatan untuk membuat saringan COVID-19 sekiranya dipanggil.
Akhir kata, marilah kita bersama melawan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini dengan mengamalkan langkah kebersihan dan kesihatan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta kekal berada di rumah sepanjang tempoh PKP ini. #stayathome
https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/2789383271108165/
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Baca juga:
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen