home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Apalah Nasib Gelandangan Ketika Musim COVID-19 Ini? Lebih Terdedah Pada Risiko Jangkitan?

Apalah Nasib Gelandangan Ketika Musim COVID-19 Ini? Lebih Terdedah Pada Risiko Jangkitan?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Jika kita mahu memperkukuhkan kegiatan membendung wabak dalam negara, salah satu kumpulan yang tidak boleh diabaikan adalah gelandangan.

Impaknya kepada perkembangan jangkitan virus korona baharu (COVID-19) buat masyarakat sukar untuk dilihat namun tidak boleh diabaikan.

Kerajaan Malaysia komited untuk membendung jangkitan ini daripada terus merebak. Oleh sebab itulah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkerah tenaga mencari golongan gelandangan di seluruh negara untuk ditempatkan di lokasi yang mempunyai kemudahan membendung wabak.

Setakat ini, statistik kes di Malaysia adalah seperti berikut:

Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Kumpulan gelandangan, antara sasaran awal COVID-19

gelandangan

Walaupun tiada berita yang menunjukkan kumpulan gelandangan merupakan mangsa COVID-19, tapi mereka mempunyai pelbagai jenis faktor risiko untuk mendapat jangkitan tersebut.

Meskipun terdapat banyak organisasi bukan kerajaan (NGO) yang memberi makan dan pemeriksaan kesihatan kepada kumpulan ini, namun tidak dinafikan dalam situasi wabak, kebajikan mereka mudah terabai.

Kajian terdahulu yang pernah dijalankan oleh Kelly J.T. pada tahun 1985 telah menunjukkan kumpulan gelandangan terdedah kepada pelbagai jenis masalah kesihatan.

Ia termasuklah penyakit kulit dan trauma fizikal yang boleh berlaku disebabkan oleh serangan fizikal secara langsung atau jenayah rogol.

Risiko didiagnosis dengan keadaan kesihatan lain seperti masalah malnutrisi, jangkitan parasit, penyakit berkaitan kesihatan oral dan jangkitan kelamin turut tinggi. Ini menjadikan kumpulan gelandangan sebagai golongan yang sangat berisiko untuk mendapat jangkitan COVID-19.

Tonton video di bawah jika anda ingin tahu serba sedikit berkenaan dengan wabak COVID-19:

https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/636390957112360/

Tidak dapat dinafikan bahawa jumlah kes positif yang dilaporkan oleh KKM bergantung kepada diagnosis yang dibuat di fasiliti kesihatan. Ini bermakna kita sama ada mendapat gambaran sebenar ataupun jumlah tersebut hanyalah sebahagian kecil daripada mereka yang benar-benar positif COVID-19.

Jika taksiran terhadap jumlah sebenar hendak dicapai oleh pihak KKM, selain daripada menggalakkan golongan yang mempunyai risiko atau sejarah perjalanan ke negara lain, usaha mencari secara aktif perlu dilakukan dalam kalangan gelandangan.

Artikel berkaitan:

Ini berikutan sebahagian besar mereka tidak mempunyai akses kepada maklumat terkini mahupun wang untuk mendapatkan rawatan.

Penulis sedar rawatan COVID-19 di fasiliti kesihatan KKM tidak melibatkan kos, namun, kumpulan gelandangan mungkin tidak tahu menahu akan hal tersebut.

Jika kita ingin menjaga tahap kesihatan sejagat, tahap kesihatan kumpulan gelandangan perlu dititikberatkan juga.

Faktor risiko kumpulan gelandangan terhadap jangkitan COVID-19

gelandangan

Pelbagai jenis faktor risiko yang telah dikaitkan dengan kecenderungan untuk mendapat jangkitan COVID-19.

Jika ingin dibuat perbandingan di antara kumpulan gelandangan dan faktor tersebut, beberapa persamaan dapat kita lihat yang berupaya untuk mendedahkan risiko mereka bagi mendapat jangkitan.

Mereka yang hidup bergelandangan tinggal di kawasan yang kotor, sempit dan tiada akses kepada kemudahan asas kebersihan. Perkara tersebut bukan sahaja mampu meningkatkan risiko jangkitan COVID-19 malah jangkitan virus lain.

Artikel berkaitan:

Di Amerika Syarikat, pengkaji perubatan telah menganggar 550,000 individu di seluruh negara tersebut mempunyai risiko dua kali ganda untuk dijangkiti.

Bukan itu sahaja, individu yang dijangkiti juga mempunyai risiko kematian yang tinggi berikutan penyakit kronik sedia ada dan tiada akses terhadap rawatan perubatan.

Bagi kumpulan gelandangan, mereka sukar untuk mendapatkan rawatan kepada penyakit kronik mereka walaupun Malaysia merupakan negara yang mempunyai sistem kesihatan terbaik dunia.

Penulis ingin ambil kencing manis sebagai contoh. Sekiranya, seseorang itu memerlukan rawatan insulin, bagi kumpulan gelandangan, perkara ini boleh dikira mustahil.

Ini berikutan insulin yang diberikan tidak dapat disimpan dengan baik dan mereka kebiasaannya tidak mempunyai banyak pilihan berkaitan dengan pengambilan makanan. Apa yang disediakan oleh mereka yang menderma, itulah yang akan dimakan.

Kawasan yang mempunyai ramai gelandangan sehinggakan tiada pusat yang boleh menempatkan mereka mengikut protokol sewaktu wabak berisiko untuk mengalami peningkatan kes.

Oleh sebab itulah penting bagi pihak kerajaan untuk memberikan tumpuan kepada kumpulan gelandangan. Tanpa bantuan, mereka tiada akses untuk membasuh tangan menggunakan air dan sabun sekalipun.

Apakah nasib kumpulan gelandangan sewaktu wabak COVID-19 di Malaysia?

gelandangan

Oleh sebab maklumat dan akses kepada kemudahan asas kebersihan diri menjadi faktor utama, perkara tersebut perlu ditangani terlebih dahulu.

Di Kuala Lumpur, kerajaan telah mengenal pasti kira-kira 500 gelandangan yang akan ditempatkan di pusat perlindungan sementara.

Menurut Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, operasi ini akan dikepalai oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan ujian saringan akan dibuat oleh kakitangan kementerian.

Peningkatan jumlah kes tidak lagi boleh dipandang ringan.

Terdapat beberapa organisasi bukan kerajaan dan kafe komuniti Pit Stop yang masih memberi makan kepada kumpulan gelandangan.

Namun, penggunaan pembungkus makanan berikutan larangan makan di kedai menyebabkan kos operasi mereka semakin meningkat.

Buat masa sekarang, operasi penempatan kumpulan gelandangan di pusat perlindungan sementara masih berada pada fasa awal. Lokasi tersebut dilengkapi dengan kemudahan asas kebersihan bagi menghindarkan penularan wabak COVID-19.

Anda sebagai pembaca juga mempunyai peranan dalam memastikan jangkitan virus ini boleh dibendung. Patuhi perintah kawalan pergerakan yang telah diumumkan oleh kerajaan.

Berikut merupakan cabaran 7 hari yang boleh anda cuba sepanjang tempoh perintah tersebut:covid

Konklusi

Golongan gelandangan perlu diberikan perhatian sepanjang wabak COVID-19 ini sedang berlangsung berikutan risiko tinggi dalam kalangan mereka.

Usaha kerajaan dalam menempatkan golongan tersebut di pusat perlindungan perlu diteruskan bagi memastikan setiap seorang daripada mereka mempunyai akses kepada kemudahan asas bagi mengatasi wabak.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. COVID-19: Apa nasib gelandangan? (https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/03/668745/covid-19-apa-nasib-gelandangan). Diakses pada 25 Mac 2020.
  2. Covid-19 screening for 500 homeless in KL. (https://www.nst.com.my/news/nation/2020/03/576789/covid-19-screening-500-homeless-kl). Diakses pada 25 Mac 2020.
  3. 10 initiatives to help those affected by Covid-19 and M’sia’s movement control order. (https://www.optionstheedge.com/topic/people/10-initiatives-help-those-affected-covid-19-and-msias-movement-control-order). Diakses pada 25 Mac 2020.
  4. For California’s homeless dealing with COVID-19, there’s no sheltering in place. (https://www.fastcompany.com/90481425/for-californias-homeless-dealing-with-covid-19-theres-no-sheltering-in-place). Diakses pada 25 Mac 2020.
  5. Health Problems of Homeless People. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK218236/). Diakses pada 25 Mac 2020.
Gambar penulis
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli pada 26/03/2020
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
x