Hantar Mak Ayah Ke Rumah Orang Tua Semasa Wabak COVID-19? Sebelum Jadi Derhaka, Sila Hadam Ini Dulu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 29/04/2020

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Sepanjang wabak pandemik virus korona baharu (COVID-19), terdapat satu persoalan penting yang kita sering lupa- bagaimanakah keadaan di rumah orang tua?

Seperti yang pembaca sedia maklum, golongan tua (mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas) berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 teruk.

Jadi, bagaimana pula dengan mereka yang tinggal di rumah orang tua?

Adakah mereka terancam dek virus korona baharu?

Angka jangkitan dunia kini sudah melebihi 3 juta. Di Malaysia, jumlah kes positif adalah seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

8,247

Disahkan

6,559

Sembuh

115

Kes Kematian
Peta sebaran

Melihat kepada keadaan wabak yang bagaikan tidak berpenghujung, mungkin sudah tiba masanya untuk anda mempertimbangkan perkhidmatan penjagaan peribadi bagi orang tua di rumah.

Khidmat penjagaan orang tua di rumah penting semasa musim wabak

Buat mereka yang bekerja dan terlalu sibuk sehingga sukar untuk mencari masa bagi menjaga orang tua, anda mungkin ingin memilih khidmat penjagaan di rumah orang tua.

orang tua

Namun, jika diteliti akan perkara tersebut pada musim wabak, lokaliti itu boleh meningkatkan risiko jangkitan dan penularan COVID-19.

Berbeza dengan golongan muda, kebanyakan orang tua memerlukan bantuan penjaga untuk menjalankan aktiviti harian.

Ada juga dalam kalangan mereka yang memerlukan jagaan sepenuh masa kerana mengalami masalah pergerakan atau keupayaan untuk menguruskan diri.

Perkara ini termasuklah mandi, urusan hadas, kekemasan diri dan pengambilan ubat-ubatan.

Aspek penjagaan orang tua ini bukan sahaja dapat memelihara penampilan, ia juga mempengaruhi kualiti hidup mereka.

Jadi persoalannya di sini, apakah beza khidmat penjagaan orang tua di rumah semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) berbanding dengan di rumah orang tua?

Menurut Puan Belvinder Kaur, Penasihat Jagaan dan Ketua Operasi Homage Malaysia, khidmat penjagaan peribadi di rumah lebih menerapkan konsep amalan jarak sosial.

Langkah tersebut penting berikutan ia merupakan senjata utama bagi memerangi wabak COVID-19.

Mereka yang tinggal di rumah orang tua lebih cenderung untuk bersosial di antara satu sama lain, menyukarkan kawalan pergerakan. 

Bagi individu yang tidak dapat pulang ke kampung disebabkan oleh perintah kawalan  pergerakan (PKP), khidmat penjagaan orang tua di  rumah boleh memudahkan urusan mereka.

Perkara ini penting khususnya bagi: 

  1. Orang tua yang baru sahaja keluar dari hospital.
  2. Mereka yang memerlukan bantuan untuk bergerak.
  3. Pesakit yang memerlukan khidmat jagaan akut (memerlukan rawatan jangka masa pendek) seperti pengambilan ubat dan penukaran balutan luka.

covid

Bagaimana Homage boleh memudahkan urusan penjagaan orang tua semasa wabak virus korona baharu

Perkhidmatan yang disediakan oleh Homage bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup dan keupayaan warga tua untuk berdikari.

Mereka juga ingin membantu meningkatkan tahap kesihatan warga emas bagi mengelakkan penyakit yang memerlukan kemasukan ke hospital atau mana-mana unit jagaan berjangka masa panjang.

Kualiti hidup mereka bukan sahaja tertakhluk kepada aspek pengurusan diri malah aktiviti menarik bagi menggalakkan fungsi kognitif.

Perkara ini penting terutamanya buat mereka yang mengalami masalah kesihatan berkaitan dengan fungsi  tersebut, sebagai contoh Parkinson dan Demensia.

Seperti perkhidmatan kesihatan yang lain, servis jagaan orang tua dilaksanakan secara holistik (menyeluruh).

Perkara ini merangkumi aspek fizikal, mental, emosi dan sosial.

Selain itu, Homage juga boleh membantu menguruskan keperluan harian seperti pembelian barangan  runcit, penyediaan makanan dan lain-lain.

Mungkin anda bimbang jika pekerja Homage boleh menyebarkan virus COVID-19 kepada ibu atau bapa anda.

Baca juga:

Usia Muda BUKAN Jaminan Terlepas Dari COVID-19, Bahkan Boleh Dapat Simptom Lagi Teruk!

Apa yang anda perlu tahu adalah protokol kesihatan yang ditetapkan oleh mereka kepada pekerja adalah sangat ketat.

Sebelum membuat lawatan ke rumah, pemeriksaan kesihatan akan dijalankan.

Semua pekerja Homage akan disaring dan mereka akan memakai topeng muka dan sarung tangan semasa menguruskan pelanggan.

Jika tiada keperluan daripada sudut sosial, jarak di antara pekerja dan orang tua akan dikekalkan pada jarak sekurang-kurangnya 1 meter.

Aktiviti seperti memandikan orang tua dan menukar balutan luka perlu dilakukan pada jarak dekat.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau berikutan mereka akan mengambil langkah pencegahan bagi meminimumkan risiko jangkitan.

Perkhidmatan tidak termasuk kepada orang tua yang menunjukkan simptom

orang tua

Oleh sebab virus korona baharu adalah virus yang menjangkiti saluran pernafasan, simptom yang dialami oleh mereka yang positif sama dengan individu yang mengalami jangkitan virus lain.

Selain daripada warga emas, Homage perlu menimbang tara risiko yang bakal dihadapi oleh pekerja mereka sendiri.

Perkhidmatan penjagaan orang tua di rumah sememangnya ideal pada musim wabak.

Baca juga:

Namun langkah berjaga-jaga perlu diambil oleh pekhidmat untuk memastikan tiada ancaman wabak.

Perkara tersebut akan menghalang perkhidmatan yang ditawarkan oleh Homage berkaitan dengan penjagaan orang tua di rumah:

  1. Mempunyai simptom jangkitan seperti demam, sakit tekak, selesema, batuk dan sesak nafas dalam tempoh masa 7 hari lepas.
  2. Mempunyai sejarah perjalanan ke negara lain dalam tempoh 14 hari lepas.
  3. Kontak rapat kepada kes COVID-19 yang disahkan positif.
  4. Menipu sejarah kesihatan, perjalanan dan kontak rapat.

Kriteria di atas selari dengan dengan garis panduan untuk mengawal penularan wabak berjangkit.

Konklusi

Warga emas memerlukan jagaan rapi terutamanya jika mereka tidak boleh menguruskan diri mereka sendiri.

Dalam musim wabak, adalah lebih baik perkhidmatan penjagaan orang tua dibuat di rumah masing-masing. 

Ia boleh menggalakkan amalan jarak sosial dan tahap kesihatan mereka lebih mudah dipantau oleh penjaga.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Terkenal Dengan Kes Bunuh Diri, Jepun Kini Catat Penurunan 20% Kesan Perintah Berkurung

Baru-baru ini, laporan kes bunuh diri di Jepun menurun sebanyak 20% ekoran perintah berkurung yang dikenakan oleh kerajaan sepanjang musim COVID. Kenapa ya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 29/05/2020

Risau Kes COVID-19 Meningkat? Ini 6 Tip Berkesan Lindungi Keluarga Sepanjang Sambutan Hari Raya

Sambutan hari raya sepanjang wabak pandemik virus korona baharu (COVID-19) sedang melanda sememangnya hambar. Ikut 6 langkah ini untuk lindungi keluarga...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Makan Vitamin D Untuk Cegah Jangkitan COVID-19, Berkesan Ke?

Ada yang mengatakan jika makan vitamin D dapat membantu tubuh melawan jangkitan COVID-19. Namun adakah ia benar-benar berkesan atau sebaliknya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Coronavirus, COVID-19 18/05/2020

Simptom Baru COVID-19 Mirip Penyakit Kawasaki? Kali Ini Melibatkan Kanak-kanak

Baru-baru ini, 85 kes kanak-kanak positif COVID-19 di Amerika Syarikat menunjukkan simptom yang sama dengan penyakit kawasaki. Kebetulan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 18/05/2020

Artikel lain untuk anda

tempat kerja

Dah Mula Masuk Kerja? Ini 10 Langkah Pekerja & Majikan Wajib Buat Nak Cegah COVID-19!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/06/2020
ibu-hamil-positif-covid-19-kesannya-yang-perlu-diketahui

Ibu Hamil Positif COVID-19 Balik Kampung, Apa Langkah Kena Buat Jika Mak Buyung Dijangkiti?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/06/2020
sakit kerongkong

Sakit Tekak Biasa Atau Disebabkan COVID-19? Ini Cara Kenal Pasti Simptom Jangkitan Coronavirus

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 01/06/2020
kes terkini

Sifar Kes Baharu 7 Hari Berturut-Turut, Ini Kejayaan New Zealand Basmi Wabak COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 29/05/2020