Ini dibuat sejajar dengan usaha mengawal pergerakan rakyat dan meminta mereka duduk di rumah.
Jika terpaksa keluar juga, lakukan ini sejurus sampai di rumah:

Sebaiknya, tunggu sehingga perintah separa lockdown ini ditamatkan untuk kita memulakan kembali kehidupan seperti sediakala. Persoalannya, bila PKP akan tamat?
Sebenarnya, tidak ada tarikh tertentu yang boleh dijanjikan oleh mana-mana pihak tentang perkara ini.
Segalanya adalah bergantung kepada situasi semasa COVID-19 dalam negara berdasarkan kriteria-kriteria tertentu.
6 kriteria perlu dipenuhi untuk PKP tamat!
Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan 6 kriteria yang perlu dipenuhi negara untuk menamatkan PKP berpandukan saranan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 6 kriteria ini perlu diambil kira untuk menentukan sama ada PKP akan disambung atau ditamatkan kelak.
Namun, beliau menjelaskan bahawa pihaknya hanya memberi pandangan, sumber diperlukan dan data kepada Perdana Menteri sebelum sebarang keputusan akhir dibuat.

Berikut adalah 6 kriteria tersebut:
#1. Kemampuan mengawal sempadan daripada kes import.
#2. Kemampuan mengawal dan merawat pesakit positif daripada menjangkiti orang lain.
Artikel berkaitan: