backup og meta

Positif COVID-19? Ini Kesannya Pada Tubuh Badan Pesakit

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 04/12/2023

    Positif COVID-19? Ini Kesannya Pada Tubuh Badan Pesakit

    Sudah lebih dua tahun dunia berdepan dengan wabak jangkitan coronavirus. Mereka yang dijangkiti COVID-19 juga tidak terbilang banyaknya. Mengapakah penyakit ini sangat menakutkan? Apa kesan COVID pada badan anda dan adakah cara hilangkan covid dari badan?

    Sebelum menjawab persoalan cara hilangkan covid dari badan, berikut adalah penerangan ringkas berkenaan virus COVID-19 yang bermula di Wuhan, China.

    https://www.facebook.com/watch/?v=636390957112360

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    1. Serangan COVID-19 ke atas paru-paru

    Memandangkan virus COVID-19 adalah satu jangkitan pada saluran pernafasan, bahagian pertama yang pasti terjejas ialah paru-paru.

    Individu yang dijangkiti COVID-19 akan memiliki virus dalam titisan cecair badan mereka.

    Ketika mereka bersin atau batuk, ia boleh menjangkiti individu yang lain pula melalui titisan air liur.

    Simptom jika anda dijangkiti COVID-19 ialah selesema, batuk atau demam.

    Jangkitan ini boleh disedari seawal 2 hingga 14 hari selepas bermulanya jangkitan.

    Artikel berkaitan:

    Berikut adalah perbezaan antara virus influenza biasa dan juga virus korona:

    cara hilangkan covid dari badan

    Individu seperti kanak-kanak, orang tua, wanita hamil dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik adalah lebih berpotensi untuk mendapat jangkitan ini.

    Serangan ke atas arteri koronari sama seperti virus SARS dan juga MERS. 

    Terdapat tiga peringkat kecederaan pada paru-paru.

    Pertama, virus akan merebak dalam tubuh. Apabila virus yang tidak dikenali tubuh menyerang, sistem imun akan bertindak secara agresif.

    Sekiranya sistem imun terus bertindak balas kepada keradangan yang berlaku, paru-paru akan rosak.

    Artikel berkaitan:

    Ini kemudiannya akan menyebabkan kebocoran cecair dari saluran darah dalam paru-paru.

    Cecair tersebut akan berkumpul dalam poket udara paru-paru.

    Ia kemudiannya menyebabkan paru-paru jadi sukar untuk memindahkan oksigen daripada udara ke dalam darah.

    2. Cara hilangkan covid dari badan jika virus menyerang saluran gastrousus

    cara hilangkan covid dari badan

    Serangan virus COVID-19 juga akan menyerang saluran pencernaan anda.

    Antara kesan yang boleh disebabkan oleh virus ini ialah kekejangan abdomen, sembelit dan juga cirit-birit.

    Biasanya virus akan menyebabkan cirit-birit yang menjejaskan dinding usus dan menyebabkan kebocoran cecair.

    Walau bagaimanapun, mungkin ada cara hilangkan covid dari badan terutama jika anda sudah pulih daripada virus ini.

    3. Respons imun yang berlebihan

    Jangkitan coronavirus juga menyebabkan tindak balas imun yang kuat.

    Akibat daripada tindak balas ini, keradangan boleh berlaku kepada organ dalaman tubuh.

    Apabila tubuh terdedah kepada jangkitan coronavirus sebagai contoh, sistem imun tubuh akan menghasilkan cytokine untuk melawan jangkitan tersebut.

    Namun, sekiranya terlalu banyak cytokine dilepaskan, ia akan menyebabkan masalah lain pada tubuh anda.

    Organ-organ dalaman lain seperti hati, buah pinggang, jantung dan juga saluran darah akan rosak.

    4. Serangan ke atas hati

    cara hilangkan covid dari badan

    Hati adalah organ paling penting dalam badan dan ia disambungkan ke saluran darah.

    Oleh itu, jangkitan coronavirus ke atas hati juga boleh berlaku dengan mudah.

    Jangkitan coronavirus ini akan menyerang sel hati atau memusnahkannya atau menyebabkan keradangan melalui sistem imun yang berlebihan.

    Artikel berkaitan:

    Hati boleh pulih dengan cepat jika berlaku kerosakan normal.

    Namun jika serangan terjadi berulang-ulang, sel hati tidak dapat tumbuh semula dengan cepat, lalu menyebabkan hati rosak.

    5. Buah pinggang rosak akibat virus COVID-19

    6% daripada kematian mereka yang dijangkiti COVID-19 adalah akibat daripada kerosakan buah pinggang.

    Walaupun kerosakan terhadap buah pinggang ini jarang berlaku, namun ginjal cenderung untuk mengalami kerosakan apabila jangkitan coronavirus bermula.

    Kerosakan yang berlaku pada buah pinggang disebabkan oleh kedua-dua serangan virus dan juga sistem imun.

    Kesimpulan

    Kini anda telah mengetahui bahawa sekiranya jangkitan coronavirus ini berlaku, mereka yang dijangkiti COVID-19 ini akan mengalami pelbagai serangan dari setiap sudut ke atas organ-organ dalaman tubuh mereka.

    COVID mempunyai kesan yang teruk pada badan manusia.

    Virus ini bukan sahaja menyerang paru-paru anda, tetapi ia juga menyerang buah pinggang, saluran darah, perut dan juga hati anda. Sememangnya ia adalah satu serangan yang dahsyat.

    Pada waktu ini, masih belum ada cara hilangkan covid dari badan. Namun, pengambilan vaksinasi boleh membantu mencegah komplikasi teruk jika anda terkena COVID-19.

    Jadi, usah berfikir panjang untuk mengambil vaksin COVID-19!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 04/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan