backup og meta

Usah Pentingkan Diri! Ini Sebabnya JANGAN Beli Barang Yang Tak Perlu Semasa COVID-19 Melanda

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/04/2020

    Usah Pentingkan Diri! Ini Sebabnya JANGAN Beli Barang Yang Tak Perlu Semasa COVID-19 Melanda

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Bagi mengurangkan pendedahan terhadap risiko jangkitan COVID-19 di luar rumah, ramai di antara kita yang memilih platform beli barang online sebagai pilihan utama.

    Kerajaan juga lebih menggalakkan kita untuk beli online pada saat ini memandangkan kita tidak perlu untuk keluar rumah dan bersesak-sesak bersama ramai orang di pasar raya. 

    Antara cara lain untuk mengelakkan jangkitan virus adalah seperti berikut:

    https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/2789383271108165/

    Sememangnya pada waktu-waktu sebegini, dengan hanya duduk di rumah tanpa dapat melakukan banyak aktiviti yang menarik, jari-jemari kita pasti akan membelek-belek aplikasi beli online yang ada di telefon masing-masing. 

    Shopee, Lazada, Mudah.my adalah antara contoh platform beli online yang sangat popular pada masa kini di Malaysia. Namun, timbul isu lain berkenaan beli barang online ini.

    Persoalannya kini bukan lagi tertumpu kepada “Di manakah saya boleh membeli televisyen?”, tetapi yang patut difikirkan adalah, “Apakah yang sepatutnya saya beli?”

    Artikel berkaitan:

    Sebelum itu, ikuti perkembangan semasa kes COVID-19 di Malaysia melalui statistik berikut.

    [covid_19]

    Adakah saya perlu membeli apa yang saya mahu pada ketika ini?

    online

    Beli online hanya memerlukan anda untuk klik sahaja dan ia sememangnya sangatlah mudah. Tetapi, adakah anda perlu membeli apa yang anda inginkan atau hanya membeli apa yang anda perlu?

    Di sinilah munculnya idea di mana anda perlu memahami perbezaan antara keperluan dan kehendak.

    Tetapi pada saat wabak COVID-19 yang melanda ini, adalah lebih baik jika kita membuat keputusan dengan bertanya kepada diri kita sendiri, “Bagaimana saya boleh membantu melindungi individu lain?”

    Pada saat anda melindungi diri anda dengan cara hanya berada di rumah, mungkin anda juga perlu berfikir dan cuba meringankan beban tugas individu lain pula. Individu yang dimaksudkan di sini ialah pekerja platform jualan barang online dan juga penghantar barangan anda.

    Bagaimana? Caranya adalah dengan membeli barang keperluan sahaja dan tangguhkan pembelian barangan yang tidak perlu buat sementara waktu sehinggalah jangkitan wabak beransur pulih.

    Ada pekerja yang kurang mendapat perlindungan kesihatan

    barang online

    Tidak dinafikan, syarikat-syarikat atau bisnes yang beroperasi menggunakan platform beli online sangat menggalakkan pengguna untuk berbelanja barang online pada saat ini.

    Mereka menyediakan diskaun khas untuk barangan tertentu atau membuat senarai barangan yang mesti anda beli sewaktu berada di rumah.

    Namun tahukah anda, pekerja-pekerja yang bertanggungjawab membungkus dan menguruskan pesanan ini kadangkala terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko kesihatan yang mungkin berlaku di tempat kerja mereka.

    Artikel berkaitan:

    Sebagai contoh, baru-baru ini, sekumpulan pekerja gudang syarikat Amazon telah berhenti kerja di Staten Island, New York bagi memprotes terhadap kekurangan protokol keselamatan kesihatan di tempat kerja mereka. 

    Selain itu, beribu-ribu pekerja Amazon juga telah menandatangani satu petisyen yang memprotes protokol keselamatan Amazon tersebut. Antara perkara yang menjadi isu hangat bagi pekerja Amazon ialah cuti sakit bergaji yang telah dinafikan oleh syarikat tersebut.

    Pekerja mudah terdedah jangkitan, interaksi sesama mereka meningkat

    barang online

    Apabila pesanan atau order barangan meningkat, maka interaksi antara pekerja juga akan semakin meningkat.

    Bagi pengguna, pembelian barang secara online mungkin tidak memerlukan sebarang pergerakan atau interaksi secara fizikal dengan individu lain. Tetapi, hal sebegini tidak terjadi bagi pekerja platform barangan online ini.

    Artikel berkaitan:

    Kerja-kerja buruh atau pengendalian antara manusia masih lagi berjalan seperti biasa bagi tujuan pembungkusan dan penghantaran.

    Mereka berinteraksi antara satu sama lain dengan cara seperti bersentuhan atau berada dalam jarak yang terlalu dekat ketika menguruskan pesanan anda. Ini bagi memastikan agar barangan yang anda pesan boleh sampai ke rumah anda pada waktu yang dijanjikan.

    Bagi memahami mengapa jarak sosial atau social distancing amatlah penting, sila lihat infografik di bawah ini.

    jarak sosial

    Di saat anda memikirkan sama ada anda boleh dijangkiti COVID-19 melalui barang online atau tidak, pekerja platform online ini sebenarnya lebih mudah terdedah kepada jangkitan tersebut berbanding anda yang hanya duduk di rumah sahaja.

    Artikel berkaitan:

    Centers for Disease Control And Prevention (CDC) menyatakan, risiko pengguna untuk mendapat jangkitan COVID-19 melalui barangan yang dibeli online adalah sangat rendah.

    Tetapi risiko bagi pekerja-pekerja di gudang ini tetap tinggi disebabkan oleh interaksi yang perlu dilakukan sesama mereka dalam menguruskan pesanan anda.

    Bagaimana untuk menentukan barang yang sepatutnya dibeli atau tidak?

    Bagi mengurangkan beban tugas yang dipikul oleh pekerja-pekerja gudang ini, anda perlulah mengurangkan sebarang pembelian yang tidak perlu dibuat masa sekarang. Caranya, beli apa yang anda perlukan sahaja dan tangguhkan dahulu pembelian barang yang tidak penting.

    Jika masih sukar untuk menentukan jenis barangan apa yang patut dibeli, tanyakan diri anda dengan beberapa soalan seperti di bawah ini:

    • Mengapa saya perlukan barangan ini?
    • Di mana patut saya membelinya?
    • Adakah syarikat penjual ini mengambil langkah keselamatan seperti yang sepatutnya?
    • Bolehkah saya menangguhkan pembelian barang ini terlebih dahulu?

    Sebagai contoh, anda berniat untuk membeli televisyen. Berhenti dan fikirkan dengan baik, adakah anda masih boleh meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa adanya televisyen? Jika masih boleh, tunggu dahulu dan tangguhkan pembelian tersebut sehingga wabak beransur pulih.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Kesimpulan

    Idea seperti ini bukan sahaja perlu difikirkan terhadap pekerja-pekerja platform beli online dan juga penghantar barangan sahaja, tetapi juga sektor-sektor lain. Sebagai contoh, anda boleh membantu mengurangkan beban tugas pihak polis dan badan keselamatan lain dengan cara tidak keluar rumah tanpa keperluan sewaktu PKP berlangsung.

    Selain itu, anda juga boleh mengurangkan beban tugas pasukan perubatan di hospital dengan cara hanya duduk di rumah bagi mengurangkan risiko dijangkiti dan menjangkiti individu lain. 

    Ingat, petugas dan pekerja ini juga seperti anda. Mereka adalah manusia dan mereka juga akan mengalami keletihan jika bekerja lebih masa atau memiliki beban kerja yang lebih besar berbanding biasa. 

    Oleh itu, sikap bertimbang rasa amatlah perlu pada ketika ini. Belilah perkara yang anda perlu, bukan yang anda mahu!

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Artikel berkaitan:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/04/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan