backup og meta

Ubat Pening Bukan Hanya Paracetamol, Ini 5 Urutan Hilangkan Sakit Kepala

Ubat Pening Bukan Hanya Paracetamol, Ini 5 Urutan Hilangkan Sakit Kepala

Benarlah kata satu iklan popular dulu, “siapa yang ada masa untuk pening kepala?” kerana keadaan kesihatan ini amat mengganggu. Jadi, anda perlu mula mencari dan memilih ubat sakit kepala yang berkesan!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Otak dan Saraf, anda boleh klik di sini.

Apa gejala, punca dan kesan sakit kepala?

Semua orang pasti pernah mengalami masalah pening atau sakit kepala sepanjang hidup mereka bukan? Kebanyakan individu juga mungkin tidak mengesyaki jika ia adalah kondisi yang berbahaya.

Untuk pengetahuan anda semua, kesakitan di kepala ini boleh terbahagi kepada 2 yakni primer dan sekunder.

Bagi kategori primer, ia terjadi akibat aktiviti otak yang berlebihan atau masalah berkaitan otot, saraf atau salur darah pada leher. Ia juga mempunyai 3 sub-jenis iaitu migrain, kluster dan tekanan.

ubat sakit kepala

Bagi kategori sekunder pula, ia berlaku gara-gara masalah kesihatan yang bakal mempengaruhi sistem dan fungsi otak individu. Berikut merupakan kondisi yang boleh jadi faktor risiko pening kepala:

  • Resdung
  • Glaukoma
  • Sakit gigi
  • Infeksi telinga
  • Aneurisme otak
  • Tumor otak
  • Dehidrasi
  • Meningitis

Dalam erti kata mudah, ada banyak sebab yang boleh menyebabkan anda pening kepala tidak kira di depan, belakang, kiri atau kanan. Kesannya pula, ia tentu sahaja akan menjejaskan kualiti hidup.

Ubat sakit kepala bukan hanya paracetamol?

Setiap kali anda menghidapi sakit kepala, semua akan jadi serba tidak kena. Sebagai langkah klinikal yang diakui dan diyakini oleh pakar, anda boleh cuba ubat sakit kepala dengan preskripsi doktor.

Persoalannya, ubat apa yang patut anda ambil? Ya, paracetamol adalah antara ubat sakit kepala yang amat efektif!

Sebagai alternatif yang lain, ubatan dengan nama acetaminophen, aspirin, capsaicin, ibuprofen atau naproxen turut boleh dipertimbangkan, tetapi hanya dengan cadangan dan saranan daripada pakar.

Perkara lain yang anda patut tahu berkaitan dengan ubatan pening kepala adalah ia mungkin akan memberikan kesan sedikit lambat selepas pengambilannya, dalam anggaran sekitar 60 – 120 minit.

ubat sakit kepala

Oleh itu, anda digalakkan untuk makan ubat-ubatan di atas pada saat merasakan sakit kepala itu sedang teruk.

Apa lagi petua ubat sakit kepala yang lain?

Selain makan ubat, wujud juga beberapa trik atau tip berkaitan gaya hidup yang anda perlu ubah. Sekiranya individu kerap menghadapi masalah sakit kepala, perhatikan hal-hal yang berikut:

  1. Berehat – Elakkan daripada belajar, bekerja atau beraktiviti lain tanpa henti dan rehat. Pastikan juga anda tidur sekurang-kurangnya 8 jam dalam sehari setiap waktu malam.
  2. Bersenam – Jika ada masa terluang, anda boleh cuba senaman ringan selama 30 minit sehari. Lakukan dengan bersederhana sahaja dan ulang beberapa hari dalam seminggu.
  3. Hindari stres – Setiap kali anda tertekan, ambil masa untuk berehat. Stres sudah tentu akan menyebabkan diri anda rasa terbeban sekali gus meningkatkan lagi risiko untuk anda mengalami pening kepala.
  4. Jaga dietPengambilan makanan berzat yang kaya dengan vitamin dan mineral adalah kunci kepada kesihatan total tubuh badan. Dengannya, risiko masalah seperti pening kepala juga akan lebih minimum.
  5. Perlindungan – Jaga kesihatan dan keselamatan di luar rumah. Contohnya ketika berbasikal atau bermotosikal, sentiasa pakai helmet bagi melindungi kepala anda daripada sebarang kecederaan akibat kemalangan.

ubat sakit kepala

Cuba juga amalan urutan pada titik ini!

Dalam pada itu, kalian juga boleh cuba urutan lembut dan tepat pada titik tertentu bagi mengurangkan kesakitan di kepala anda! Caranya, hanya dengan melakukan urutan lembut tepat pada titik berikut:

  • Titik di atas telinga
  • Titik di antara kening
  • Dua titik di hujung kening
  • Dua titik di bawah tulang pipi
  • Dua titik pada tengkuk

Namun, cara ini mungkin cuma akan dapat membantu meringankan kesakitan, bukannya menghilangkan masalah pening anda. Jadi, adalah lebih baik untuk anda mendapatkan ubatan dan rawatan yang sebenar daripada doktor.

Konklusinya, kesakitan pada kepala itu mungkin umum tetapi boleh jadi bahaya jika berlaku secara berulang kali. Sila berjumpa dan berbincang dengan pakar untuk mendapatkan diagnosis yang lebih lanjut.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Headaches, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9639-headaches, Accessed Aug 31 2023.
  2. Types of Headache, https://stanfordhealthcare.org/medical-conditions/brain-and-nerves/headache/types.html, Accessed Aug 31 2023.
  3. Why Do I Get Frequent Headaches?, https://www.scripps.org/news_items/3239-why-do-i-get-frequent-headaches, Accessed Aug 31 2023.
  4. The Best OTC Meds and Supplements to Treat Headache, https://www.michiganmedicine.org/health-lab/best-otc-meds-and-supplements-treat-headache, Accessed Aug 31 2023.
  5. 6 tips for headache relief, https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/6-tips-for-headache-relief, Accessed Aug 31 2023.

Versi Terbaru

01/09/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Jika Kepala Terhentak, Periksa 10 Tanda Amaran Ini, Jangan Biarkan Takut Ada Darah Beku!

Tak Semua Sakit Kepala Itu Sebab Migrain, Tapi Ini Petanda Kepala Berdenyut Anda Itu Bahaya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/09/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan