Bengkak belakang telinga yang muncul dengan tiba-tiba sahaja sudah pasti akan mendatangkan ketidakselesaan buat penderita.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Bengkak belakang telinga yang muncul dengan tiba-tiba sahaja sudah pasti akan mendatangkan ketidakselesaan buat penderita.
Bukan sahaja ia akan membuat kawasan sekitar telinga menjadi sakit, malahan juga mungkin boleh membuat anda pening kepala.
Persoalannya, adakah benjolan belakang telinga ini berbahaya dan apa punca ia berlaku? Jom ikuti artikel dengan lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, sila dapatkan di sini.
Bengkak yang berupa seperti benjolan atau ketulan pada bahagian belakang telinga adalah kondisi yang sangat jarang berlaku.
Ramai yang mungkin salah tanggapan dengan menyangka ia adalah kondisi beguk dan mungkin ia adalah salah satu daripada puncanya.
Untuk pengetahuan anda, keadaan kesihatan ini bukan merupakan masalah kesihatan yang boleh membahayakan nyawa penderita.
Namun jika bengkak itu disertai oleh beberapa gejala lain, itu mungkin petanda adanya masalah pada telinga, hidung atau tekak (ent).
Untuk lebih pasti dan selamat, sila berjumpa doktor segera untuk diagnosis ya?
Sebenarnya, terdapat beberapa punca kondisi benjolan belakang telinga terjadi dan berikut merupakan antaranya:
Ada bakteria atau virus yang boleh menyebabkan pembengkakan pada kawasan muka, leher serta belakang telinga.
Antara jenis jangkitan yang mengakibatkannya adalah virus Epstein-Barr, HIV, demam campak dan cacar air.
Kelenjar getah bening yang bengkak mungkin boleh menyebabkan benjolan kecil di bahagian belakang telinga.
Ia kebiasaannya berukuran seperti biji jagung dan tidak mendatangkan sebarang rasa sakit atau tidak selesa jika disentuh.
Ia adalah sejenis jangkitan pada tulang mastoid yang terletak di belakang telinga dan didalangi oleh jangkitan telinga tengah.
Kondisi ini mungkin akan menyebabkan kebengkakan, kemerahan dan kesakitan di kawasan terbabit selain beberapa gejala lain.
Ia adalah sejenis jangkitan yang menyebabkan munculnya kantung abnormal pada belakang telinga dan penuh dengan nanah.
Kondisi ini sering kali disalahertikan sebagai kista ekoran karakteristik yang lebih kurang sama jika dilihat atau disentuh daripada luar.
Ia disebabkan oleh penyumbatan kelenjar sebaceous (minyak kulit) yang disertai dengan sebum (zat lemak).
Selain daripada bahagian belakang telinga, kista yang bernanah ini juga mungkin boleh terbentuk pada bahagian tubuh badan lain.
Ataupun, kondisi ini mungkin sahaja didalangi oleh kondisi sangat tidak berbahaya iaitu jerawat akibat sel kulit yang mati.
Namun dalam kes tertentu, jerawat ini boleh menjadi sangat besar, keras dan padat lantas menyebabkan kesakitan apabila disentuh.
Selain itu, benjolan belakang telinga juga mungkin disebabkan oleh lipoma iaitu benjolan lemak yang boleh muncul di mana-mana.
Ia kebiasaannya tidak dapat dirasai di permukaan kulit namun berkeupayaan untuk membesar sekali gus timbul pada kulit.
Akhir sekali, kalian pasti mahu lebih berwaspada dengan kondisi ini kerana ia mungkin petanda kanser pangkal hidung (nasofarinks).
Selain menimbulkan benjolan belakang telinga, sel kanser ini juga mampu menyebabkan bengkak pada leher atau kerongkong.
Pada awalnya, ia mungkin tidak akan menyebabkan apa-apa gejala namun lama-kelamaan mungkin akan menyebabkan penderita mengalami:
Jika mendapati adanya gejala-gejala tersebut, sebaiknya segera berjumpa doktor untuk melakukan diagnosis.
Sebelum memutuskan untuk menjalani rawatan, kalian perlu tahu terlebih dahulu punca sebenar kondisi ini boleh terjadi.
Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan melihat dan meraba benjolan ini untuk mengetahui sama ada sakit atau tidak.
Jika masih tidak pasti tentang punca ia berlaku seperti yang kami telah nyatakan di atas, sila berjumpa doktor untuk diagnosis.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen