Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Sakit kepala sinus adalah sakit kepala yang boleh dirasai seperti jangkitan di dalam sinus (sinusitis).
Anda boleh merasai tekanan di sekeliling mata, pipi dan dahi anda. Kepala anda mungkin juga akan berdenyut.
Walau bagaimanapun, ramai orang yang menganggap bahawa mereka mempunyai sakit kepala disebabkan oleh sinusitis termasuk individu yang didiagnosis dengan keadaan ini, sebenarnya mengalami migrain atau sakit kepala tegang.
Sakit kepala sinus adalah jenis sakit kepala yang jarang berlaku dan ia disebabkan oleh radang sinus (sinusitis).
Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom-simptom biasa bagi sakit kepala sinus ialah:
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.
Anda harus hubungi doktor anda jika anda mempunyai sebarang masalah berikut:
Sakit kepala sinus biasanya dikaitkan dengan migrain atau jenis sakit kepala yang lain.
Sakit kepala sinus dikaitkan dengan sakit dan tekanan di dalam muka dan sinus dan boleh menyebabkan simptom-simptom nasal.
Kebanyakan sakit kepala ini tidak disebabkan oleh jangkitan sinus dan tidak seharusnya dirawat dengan antibiotik.
Terdapat banyak faktor risiko bagi sakit kepala sinus, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Punca sakit kepala boleh jadi sukar untuk dikenal pasti.
Doktor akan bertanya mengenai sakit kepala anda dan melakukan pemeriksaan fizikal.
Doktor anda akan melakukan ujian gambar bagi bantu menentukan punca sakit kepala anda.
Kebanyakan orang yang menganggap mereka mempunyai sinusitis sebenarnya mengalami migrain atau pening kepala jenis tegang.
Migrain dan sakit kepala kronik atau berulang boleh dirawat dengan ubat preskripsi yang sama ada diambil setiap hari bagi mengurangkan atau menghalang sakit kepala atau diambil semasa sakit kepala bermula bagi mengelakkan daripada sakit kepala bertambah teruk.
Bagi merawat sakit kepala jenis ini, doktor anda akan menyarankan:
Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi sakit kepala sinus:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen