Aduh, menderitanya hidup kalau hilang deria rasa! Jika anda pernah dijangkiti COVID-19, anda pasti tahu betapa merananya hidup jika kita tidak mampu merasa dan menghidu secara normal.
Ingin tahu cara terbaik melatih kemampuan deria maksud dalam menghidu dan merasa anda? Jom ikuti penjelasan kami dalam artikel di bawah.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.
Bagaimana deria manusia menghidu dan merasa?
Jika diberi 2 pilihan – tidak boleh menggunakan telefon bimbit sepanjang hayat atau hilang deria rasa atau bau, mana satu yang anda pilih?
Menurut sebuah tinjauan yang dilakukan ke atas 7,000 individu di seluruh dunia, hampir separuh daripada mereka sanggup hilang deria ini berbanding kehilangan akses ke atas telefon pintar sepanjang hayat. Mengejutkan bukan!
Mungkin ramai yang sanggup hilang keupayaan untuk menghidu dan merasa kerana tidak sedar akan kepentingannya dalam kehidupan seharian.
Sebenarnya deria rasa dan bau kaitan! Kalau deria bau tidak ada, keupayaan kita untuk merasa akan turut terjejas.
Tetapi, bagaimana kita menghidu dan merasa? Apabila kita menghidu sesuatu, sel-sel dalam hidung dan otak akan bekerjasama untuk mentafsir molekul-molekul bau yang terampai di udara.
Ketika kita menarik nafas, molekul ini akan menyentuh kawasan dalam hidung dan membolehkan kita mengenal pasti sesuatu bau.
Namun, interaksi ini lebih kompleks daripada apa yang digambarkan di atas. Malah, menurut saintis, deria manusia dapat mengenal pasti lebih 1 trillion bau yang berbeza!
Dalam sesetengah kes, bau tertentu juga boleh membangkitkan emosi dan memori yang spesifik. Sebab itulah bau minyak wangi mungkin boleh mengingatkan kita kepada seseorang!
Ini kerana kawasan otak akan menghantar rangsangan bau kepada hipokampus dan amigdala, dua bahagian otak yang terlibat dengan memori!
5 cara membangkitkan deria rasa dan bau
Sekuat manapun deria tubuh badan kita, ia akan semakin berkurang apabila kita meningkat usia. Walau bagaimanapun, ada beberapa langkah yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini.
Di bawah, kami senaraikan 5 cara untuk mengoptimumkan deria rasa dan bau tersebut, semuanya terbukti oleh sains!
1. Cuba bau benda yang berbeza
Selepas ini, cuba bau benda di sekeliling dengan lebih kerap, terutamanya benda yang berbau wangi seperti teh, herba, kopi, coklat, atau buah-buahan.
Secara tidak langsung, anda akan melatih deria bau supaya ia dapat ‘menangkap’ bau-bauan baharu.
Selain itu, cuba luangkan masa beberapa saat untuk hidu dahulu makanan. Kami yakin, makanan tersebut akan rasa lebih sedap!
2. Hidu dengan lebih kerap
Kajian menunjukkan, mereka yang menghidu dengan lebih lama selalunya dapat meningkatkan keupayaan otak untuk memproses bau di persekitaran kita.
Malah, lebih lama anda menghidu, lebih banyaklah molekul bau yang akan masuk ke dalam otak. Secara tidak langsung, anda akan mempunyai deria bau yang lebih kuat!
3. Tambah lebih banyak sayuran dan buah-buahan dalam makanan
Tahukah anda, makanan yang mengandungi vitamin B amat baik untuk deria rasa dan bau?
Malah, kehilangan kemampuan menghidu dan merasa mungkin merupakan antara simptom kekurangan vitamin B12 dalam makanan.
Jadi, tambah lebih banyak ikan, daging, telur dan produk tenusu seperti keju, susu dan yogurt untuk memastikan bekalan vitamin B12 dalam badan sentiasa mencukupi.
4. Kurangkan garam dan makanan diproses untuk deria lidah
Kurangkan garam dalam makanan kerana garam boleh menumpulkan sensitiviti reseptor dalam kawasan hidung. Cuba kurangkan makanan yang diproses. Pasti deria rasa dan bau anda akan jadi lebih tajam!
5. Cuba berhenti merokok!
Anda merokok? Sebab itulah kedua-dua deria anda ini tumpul! Untuk menajamkan semula deria anda, cuba berhenti merokok. Lagipun, berhenti merokok dapat membawa 1001 kebaikan pada kesihatan anda!
Selain itu, hilang bau dan rasa juga mungkin berlaku disebabkan perkara lain seperti alahan rhinitis. Oleh sebab itu, jumpalah doktor secepat mungkin jika anda kehilangan deria rasa atau bau dalam jangka masa yang lama.
[embed-health-tool-bmi]