#3. Mengeringkan alat elektronik yang basah
Alat elektronik terutama peranti gajet seperti telefon dan komputer mudah terdedah dengan air di sekitar anda lantas membuat ia basah. Kesannya, alat-alat ini ada risiko untuk ia menjadi rosak.
Selain merendamkan alat elektronik itu ke dalam bekas berisi beras, bebola kecil ini mungkin biasa dijadikan alternatif untuk mengeringkan alat yang basah meskipun tidak ada jaminan berkesan.
#4. Mengelakkan foto atau dokumen rosak
Meskipun kita semua hidup pada zaman digital yang mementingkan soft copy, namun masih ada beberapa perkara atau benda yang memerlukan hard copy contohnya foto atau dokumen penting individu.
Foto kenangan serta dokumen seperti surat beranak, sijil, geran, lesen atau sebagainya mempunyai risiko untuk rosak. Dengan gel ini, ia boleh tahan lebih lama sebagai simpanan jangka masa panjang.
Fungsi gel silika #5. Kilauan barang kemas

Barang kemas seperti cincin, rantai dan gelang wajar diletakkan di dalam bekas yang disertakan gel ini agar ia tidak cepat pudar dan sentiasa bersinar lagi berkilau seumpama baru sahaja dibeli.
Kesemua manfaat di atas tadi adalah disebabkan oleh sifat atau fungsi bebola kecil ini yang mampu menyerap lembapan di dalam apa sahaja bungkusan yang berisi barangan peribadi kita semua.
Awas, silika gel boleh bawa kesan bahaya!
Umumnya, silika gel mungkin tidak beracun namun masih berpotensi untuk menyebabkan salur penghadaman atau pencernaan tersumbat apabila individu tertelan dalam jumlah yang terlalu banyak terutama bagi kanak-kanak.
Ia sama sekali tidak akan mendatangkan kesan mudarat apabila anda terhidu atau tersentuh pada kulit. Maka, sebarang kontak yang sedikit tidak membawa komplikasi atau implikasi negatif!
Konklusinya, benda kecil ini ada banyak kegunaan dan bukan hanya perlu disimpan dalam plastik atau kotak barangan jualan sahaja. Jadi, jangan takut untuk cuba petua kami hari ini juga ya?
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen