backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Digelar Anti Sosial Sebab Asyik Dengan Telefon, Ini 5 Cara Ingin Atasi Ketagihan Telefon

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 16/03/2022

    Digelar Anti Sosial Sebab Asyik Dengan Telefon, Ini 5 Cara Ingin Atasi Ketagihan Telefon

    Ketagihan bukan hanya melibatkan isu seperti dadah atau minuman beralkohol, tetapi juga telefon pintar. Ini cara mengatasi ketagihan telefon pintar yang anda perlu tahu.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kesihatan mental, anda boleh klik di sini.

    Maksud ketagihan telefon pintar

    Perasan tak, anda mungkin menghabiskan lebih banyak masa di media sosial atau bermain permainan daripada berinteraksi dengan individu sebenar.

    Anda juga mungkin tidak boleh menahan diri daripada berulang kali memeriksa mesej, e-mel, atau aplikasi di telefon pintar walaupun ia mempunyai kesan negatif dalam hidup anda.

    Mungkin sudah sampai waktunya untuk anda menilai semula penggunaan teknologi anda.

    Ketagihan telefon bimbit juga kadangkala dikenali sebagai “nomophobia” (takut hidup tanpa telefon bimbit). Ia sering didorong oleh masalah penggunaan internet atau gangguan ketagihan internet.

    Bukan telefon atau gajet itu yang menjadi puncanya, tetapi permainan, aplikasi, dan dunia dalam talian yang membuatkan kita ketagihan. 

    Tanda-tanda anda ketagihan telefon pintar

    ketagihan telefon pintar

    Berikut adalah antara tanda-tanda jika anda sudah menggunakan telefon secara berlebihan:

    1. Bermasalah menyelesaikan tugas di tempat kerja atau di rumah

    Adakah anda perasan banyak tugasan anda di rumah tidak dapat diselesaikan pada waktunya? Atau mungkin juga anda bekerja lebih lewat kerana tidak dapat menyelesaikan tugasan tepat pada waktunya?

    Ia mungkin kerana anda banyak menghabiskan masa dengan berbual di WhatsApp, atau bermain permainan video.

    2. Mengasingkan diri daripada keluarga dan rakan-rakan

    Adakah kehidupan sosial anda menjadi semakin teruk kerana anda menghabiskan banyak masa dengan telefon atau gajet lain sepanjang masa?

    Sekiranya anda sedang melepak atau berbual dengan rakan, adakah anda tidak dapat mengikuti apa yang dikatakan kerana kerap bermain dengan telefon?

    Atau adakah rakan atau ahli keluarga anda ada menyatakan kebimbangan mereka mengenai jumlah masa yang anda habiskan di telefon?

    Kesemua ini membawa maksud bahawa anda telah mengasingkan diri anda daripada dunia sebenar.

    3. Menyembunyikan penggunaan telefon

    Jika anda pernah menyelinap keluar ke tempat lain semata-mata untuk menggunakan telefon, atau menyembunyikan penggunaan telefon pintar daripada bos dan keluarga, ini tanda anda mengalami ketagihan.

    Seseorang yang obses telefon juga akan berasa jengkel atau naik angin sekiranya diganggu semasa menggunakan telefon.

    4. Berasa takut jika ketinggalan

    Tidak senang jika ketinggalan sebarang berita atau maklumat penting daripada telefon, atau anda sering bangun malam hanya untuk memeriksa telefon; ini tanda-tanda ketagihan telefon pintar.

    5. Rasa takut, cemas, atau panik jika anda tertinggal telefon

    Anda akan berasa cemas atau panik jika telefon anda tidak berada bersama anda setiap masa.

    Anda juga akan berasa hal yang sama sekiranya bateri telefon anda semakin berkurangan atau telefon anda tidak dapat dihidupkan.

    Cara mengatasi ketagihan telefon pintar

    ketagihan telefon pintar

    Bagi sesetengah individu, pengawalan terhadap penggunaan internet dan telefon pintar mungkin akan menjadi sedikit sukar. Namun, matlamat anda hanyalah untuk mengurangkan penggunaannya kepada tahap penggunaan yang lebih sihat.

    Antara perkara yang boleh dilakukan sebagai cara mengatasi ketagihan telefon pintar adalah seperti berikut:

    #1. Tetapkan matlamat bilakah anda boleh menggunakan telefon pintar

    Sebagai contoh, anda mungkin boleh menentukan penggunaan telefon pintar pada waktu-waktu tertentu sahaja dalam sehari.

    Jadikan penggunaan telefon sebagai ganjaran untuk anda setelah selesai tugasan rumah atau pekerjaan anda.

    #2. Matikan telefon anda pada waktu-waktu tertentu dalam sehari

    Matikan telefon anda pada waktu tertentu seperti ketika anda memandu, dalam mesyuarat, di gim, makan malam, atau bermain dengan anak-anak anda.

    Jangan bawa telefon anda ke tandas atau bilik mandi.

    #3. Jangan bawa telefon atau tablet anda ke tempat tidur

    Lampu biru yang dipancarkan oleh skrin telefon boleh mengganggu tidur anda jika digunakan dalam masa dua jam sebelum waktu tidur.

    Matikan telefon anda dan biarkannya di bilik lain semalaman untuk dicaj. 

    #4. Gantikan penggunaan telefon pintar anda dengan aktiviti yang lebih sihat

    Sekiranya anda bosan dan kesepian, tahan keinginan untuk menggunakan telefon pintar boleh menjadi sesuatu yang sangat sukar.

    Lakukan perkara lain yang lebih menyihatkan untuk mengisi masa anda, seperti bermeditasi, membaca buku, atau berbual dengan rakan secara langsung.

    #5. Buang aplikasi media sosial daripada telefon anda

    Untuk memeriksa akaun media sosial anda, gunakan aplikasi di komputer berbanding telefon.

    Dengan itu, anda tidak akan meluangkan banyak masa anda hanya di telefon sahaja. Ingat, apa yang anda lihat mengenai orang lain di media sosial kadangkala bukanlah gambaran sebenar kehidupan mereka.

    Jangan bandingkan diri anda dengan mereka, kerana berkemungkinan kehidupan anda jauh lebih baik dari segi realiti. 

    Kesimpulan

    Gunalah telefon anda untuk keperluan sahaja. Jangan jadikan hidup anda dikawal oleh telefon pintar 100%. Ikuti cara mengatasi ketagihan telefon pintar yang telah kami kongsikan ini. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 16/03/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan