#1. Semburkan minyak wangi ke bahagian nadi
Merupakan petua yang paling popular, ramai percaya jika sembur minyak wangi di kawasan tubuh badan yang ada nadi, ia akan melekat dan memberi kesan dalam jangka masa lebih panjang.
Ya, ia benar kerana bahagian yang bernadi termasuk pergelangan atas tangan dan belakang telinga mempunyai suhu yang lebih panas berbanding anggota badan lain lalu menjadi tempat yang ideal untuk perfume disembur.

Perfume tahan lama jika #2. Jangan gosok kulit
Sudah menjadi tabiat ketika memakai minyak wangi, ramai yang mungkin menggosok kulit dengan harapan ia dapat merebak ke tempat lain sedangkan perbuatan ini adalah salah sama sekali.
Ini kerana molekul-molekul di dalam perfume yang anda gosok itu akan pecah dan rosak sekali gus membuat ia tidak berbau seperti diinginkan. Teknik yang tepat adalah dengan hanya sentuh sedikit kawasan yang telah disembur bagi meratakan haruman tersebut.
Perfume tahan lama jika #3. Pakai lepas mandi
Kadangkala, ada individu yang akan menggunakan minyak wangi akibat tidak sempat untuk mandi selepas bangun tidur kononnya untuk menyorokkan bau badan yang kurang menyenangkan.
Pun begitu, ketahuilah bahawa haruman perfume yang bercampur dengan bauan asli tubuh badan hanya akan mendatangkan aroma tidak sedap. Disebabkan itu, jangan pula lupa atau sengaja tidak mandi sebelum menyemburkan minyak wangi agar lebih berkesan.
Baca lagi artikel berkaitan:
#4. Gunakan di atas produk pencuci & pelembap
Sebelum semburkan minyak wangi, jangan lupa untuk gunakan produk pencuci serta pelembap ya!
Alasannya, perfume mampu untuk berkesan dan bertahan lebih lama di atas permukaan kulit yang licin lagi lembap. Boleh juga jika digunakan pada kulit yang kering, cuma ia akan cepat hilang.

Perfume tahan lama jika #5. Sembur pada rambut
Ramai yang menyangka bahawa perfume hanya boleh digunakan pada kulit dan perlu dielakkan di kawasan seperti mata, mulut, hidung dan telinga. Namun, tiada larangan untuk rambut, bukan?
Sebenarnya, anda juga boleh menggunakan minyak wangi pada rambut dengan kuantiti ideal. Cara yang paling bagus adalah menyemburkan haruman pada sikat kemudian sikat rambut seperti biasa agar wangian itu dapat diratakan dan disebarkan ke kulit kepala.
Petua minyak wangi tahan lama #6. Produk berkualiti
Akhir sekali, anda perlu kenal dan tahu produk minyak wangi tahan lama yang anda gunakan itu. Ya, ada banyak produk di pasaran yang dikatakan bagus tetapi mungkin itu hanya strategi iklan mereka.
Jadi, anda perlu bereksperimen dengan pelbagai jenis produk berkualiti dalam usaha menentukan mana yang terbaik untuk diri sendiri. Hasilnya, anda akan berjaya menemukan perfume terbaik.
Konklusinya, tidak sukar untuk buat perfume tahan lama dengan petua di atas. Jom mulakan hari ini!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen