Walau bagaimanapun, kedua-dua kajian di atas masih belum lagi melalui kajian semula setara (peer-reviewed).
Oleh sebab itu, masih banyak lagi kajian yang perlu dilakukan sebelum sebarang kesimpulan dapat dilakukan.
Malah, varian ini juga masih lagi diklasifikasikan sebagai VOI dan bukannya VOC (variant of concern).
Menurut CDC, VOC ialah sejenis varian yang lebih berbahaya dan berupaya menyebabkan penyakit yang lebih serius melibatkan hospitalisasi dan juga kematian.
Varian delta merupakan salah satu contoh varian yang diklasifikasikan sebagai VOC.
Varian lambda di Malaysia

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, buat masa ini varian lambda masih belum dikesan di Malaysia. Kebanyakan penularan COVID-19 disebabkan virus ini dikesan di Amerika Selatan.
Beliau juga menggesa kerajaan agar memperketatkan lagi sempadan antarabangsa supaya varian ini tidak terlepas ke negara kita.
Di United Kingdom, 8 kes COVID-19 disebabkan varian lambda dikesan mempunyai kaitan dengan perjalanan ke luar negara.
Pada waktu ini, saintis masih lagi berpendapat varian delta lebih berbahaya berbanding varian lambda.
Malah, varian ini juga dianggap sebagai ancaman dunia yang terbesar dengan nama julukan ‘the fastest and the fittest’. Kini, varian delta telah menular di hampir 100 buah negara yang berbeza.
Setakat 30 Jun 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesan hampir 40 kes jangkitan COVID-19 dengan varian delta di negara kita.
Menurut Dr. F. Perry Wilson dalam laman sesawang Yale Medicine, varian delta mampu merebak sebanyak 50% lebih pantas berbanding varian alpha.
Kini, varian delta telah menjadi strain yang dominan berbanding varian lain.
Adakah vaksin tidak lagi berkesan?
Buat masa ini, masih belum ada data yang mencukupi untuk mengesahkan kenyataan di atas. Malah, ada kajian yang menunjukkan vaksinasi masih lagi berkesan dalam mengelakkan penularan varian lambda.
Sebuah kajian pracetak dari New York University Grossman School menemui pengurangan keberkesanan vaksin Pfizer dan Moderna sebanyak 2 hingga 3 kali ganda terhadap varian lambda.
Walaupun terdapat pengurangan dari segi keberkesanan, pakar berpendapat dua vaksin ini masih lagi mampu memberikan perlindungan terhadap varian yang ada.
Namun, hingga kini belum ada lagi vaksin yang mampu memberikan perlindungan sebanyak 100% terhadap mana-mana varian COVID-19.
Namun, langkah terbaik yang anda boleh lakukan untuk melindungi diri anda dan keluarga daripada varian alpha, lambda dan delta adalah dengan mengambil vaksinasi.
Vaksinasi juga perlu dilengkapkan sebanyak dua dos. Selepas itu, anda diminta untuk menunggu selama 2 minggu supaya vaksinasi tersebut benar-benar berkesan.
Baca juga:
Kesimpulan
Kini, dunia berhadapan pula dengan mutasi demi mutasi varian COVID-19 yang semakin berbahaya. Malah, di negara kita sendiri, COVID-19 sudah bertukar menjadi mimpi ngeri dengan bilangan kes yang telah mencecah 5 angka.
Pada waktu ini, harapan kita hanyalah melalui vaksinasi. Oleh sebab itu, jangan sesekali bertindak memilih vaksin. Ingatlah, vaksin yang terbaik adalah vaksin yang terpantas yang boleh kita dapatkan.
Selain itu, jangan lupa amalkan penjarakan sosial dan pakai pelitup muka jika perlu keluar rumah.
Walaupun kita sudah divaksin, amalan ini masih lagi perlu dilakukan supaya kita tidak bertindak menjangkiti orang lain secara tidak sengaja!
[mc4wp_form id=”115319″]
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen