backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Awas, Ini 4 Punca Sakit Pergelangan Tangan Boleh Terjadi!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 25/10/2023

Awas, Ini 4 Punca Sakit Pergelangan Tangan Boleh Terjadi!

Selalu rasa sakit pergelangan tangan? Tapi kenapa ya? Kalau nak tahu punca dan rawatan yang boleh dilakukan, teruskan membaca perkongsian artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tulang & Otot, sila dapatkannya di sini.

Definisi

Apakah itu sakit pergelangan tangan?

Sakit pergelangan tangan merupakan rasa tidak selesa pada pergelangan tangan.

Ia selalunya disebabkan oleh terseliuh atau patah tulang daripada kecederaan yang tiba-tiba.

Tetapi sakit ini juga boleh disebabkan oleh masalah yang berpanjangan, seperti stres yang berulang, arthritis dan sindrom terowong karpus.

Oleh sebab terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan keadaan ini, untuk mendiagnosis punca yang sebenarnya adalah sukar.

Tetapi diagnosis yang tepat adalah penting untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.

Simptom

Apakah simptom sakit pergelangan tangan?

Simptom sakit pergelangan tangan ada pelbagai, bergantung kepada punca yang menyebabkannya.

Sebagai contoh, kesakitan osteoarthritis selalunya diterangkan seperti sakit gigi yang tumpul, manakala sakit sindrom terowong karpus adalah seperti dicucuk jarum dan pin, terutamanya pada waktu malam.

Lokasi tepat yang menunjukkan kawasan pergelangan yang sakit boleh memberi petunjuk tentang sebab berlakunya simptom anda.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak dinyatakan di atas.

Jika anda mempunyai soalan berkenaan simptom tertentu, sila hubungi doktor anda.

Punca

Apakah yang menyebabkan sakit pergelangan tangan?

sakit pergelangan tangan

Pergelangan tangan anda ialah sendi kompleks terdiri daripada lapan tulang kecil yang disusun dalam dua barisan di antara tulang lengan dan tulang tapak tangan anda.

Jalur ligamen yang kuat menghubungkan tulang pergelangan tangan anda kepada setiap tulang lengan dan tulang tapak tangan.

Tendon akan melekatkan otot kepada tulang. Kecederaan kepada mana-mana bahagian pergelangan tangan anda akan mengakibatkan kesakitan dan menjejaskan keupayaan anda untuk menggunakan pergelangan tangan dan tangan anda.

Kecederaan

  • Impak yang berlaku secara tiba-tiba. Kecederaan pergelangan tangan selalunya berlaku apabila anda jatuh tersungkur dengan tangan yang terulur. Ini akan menyebabkan terseliuh, tergeliat dan patah tulang. Patah tulang scaphoid melibatkan tulang ibu jari di sebelah pergelangan tangan. Patah tulang jenis ini mungkin tidak dapat dilihat pada X-ray serta merta selepas kecederaan
  • Stres yang berulang. Sebarang aktiviti yang melibatkan pergerakan pergelangan tangan yang berulang – memukul bola tenis atau bermain cello atau memandu ke seluruh pelusuk negeri – boleh menyebabkan keradangan kepada tisu sekitar sendi atau patah tulang yang disebabkan oleh stres, terutama sekali apabila anda melakukan pergerakan tersebut berpanjangan tanpa henti. Penyakit De Quervain ialah kecederaan stres berulang yang mengakibatkan kesakitan pada pangkal ibu jari

Arthritis

  • Osteoarthritis. Arthritis jenis ini berlaku apabila rawan yang menjadi pelapik di hujung tulang anda menipis dan hilang. Osteoarthritis pada pergelangan tangan adalah luar biasa dan biasanya terjadi kepada individu yang mengalami kecederaan pada masa lepas
  • Arthritis reumatoid. Suatu penyakit yang mengakibatkan sistem imuniti tubuh badan menyerang tisunya sendiri, arthritis reumatoid biasanya terjadi pada pergelangan tangan. Jika sebelah pergelangan tangan terjejas, maka pergelangan tangan yang lain turut terjejas juga

Faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap sakit pergelangan tangan?

Terdapat banyak faktor risiko terhadap sakit tangan, seperti:

  • Bersukan. Kecederaan pergelangan tangan adalah biasa ketika bersukan, terutamanya ketika boling, golf, gimnastik, snowboarding, dan tenis
  • Pekerjaan yang berulang. Hampir setiap aktiviti yang melibatkan pergelangan tangan anda – samada menyulam atau menggunting rambut – jika dilakukan dengan terlalu memaksa dan berulang kali boleh menyebabkan kesakitan berlaku
  • Penyakit atau keadaan kesihatan tertentu. Kehamilan, kencing manis, obesiti, arthritis reumatoid dan gout boleh meningkatkan risiko anda terhadap sindrom terowong karpus

Baca juga:

Diagnosis dan Rawatan

Bagaimanakah ia didiagnosis?

Selepas pemeriksaan fizikal dan penelitian terhadap simptom, doktor akan mendiagnosis  dengan:

  • Skan pengimejan kesihatan – termasuklah X-ray, imbasan CT dan MRI
  • Arthroskopi – prosedur ini dilakukan dengan membuat hirisan keil pada pergelangan tangan. Sebuah alat kecil yang mempunyai kamera halus dimasukkan melalui hirisan tersebut. Gambar daripada kamera kemudiannya dipamerkan pada monitor komputer untuk kegunaan doktor
  • Kajian konduksi saraf – prosedur ini akan menyukat kelajuan impuls saraf bergerak melalui terowong karpus di kawasan pergelangan tangan

Kebiasaannya, teknik diagnosis invasif dilakukan hanya selepas kegagalan kecederaan untuk pulih selepas berehat seketika.

Bagaimanakah sakit pergelangan tangan dirawat?

Rawatan kepada masalah pergelangan tangan adalah berbeza-beza, bergantung kepada jenis, lokasi, dan tahap kecederaan, dan juga kepada umur anda dan keadaan kesihatan anda.

Ubat-ubatan

sakit pergelangan tangan

Ubat penahan sakit tersedia di kaunter, seperti ibuprofen (Advil, Motrin, lain-lain) dan acetaminophen (Tylenol, lain-lain), boleh mengurangkan kesakitan pergelangan tangan.

Ubat penahan saki yang lebih kuat boleh didapati dengan preskripsi.

Terapi

Ahli terapi fizikal akan mencadangkan rawatan khas dan senaman untuk masalah kecederaan tendon dan pergelangan tangan.

Jika anda memerlukan pembedahan, ahli terapi fizikal anda boleh membantu proses rehabilitasi selepas pembedahan.

Anda juga boleh mendapat manfaat daripada penilaian ergonomik yang menunjukkan tempat kerja anda menjadi faktor kepada pergelangan tangan anda yang sakit.

Jika anda mempunyai tulang yang patah di pergelangan tangan anda, tulang ini perlu dibetulkan semula supaya ia boleh sembuh dengan sempurna.

Splin dan kas boleh membantu memegang cebisan tulang bersama-sama semasa proses penyembuhan.

Jika pergelangan tangan anda tergeliat atau terseliuh, anda mungkin perlu menggunakan splin untuk melindungi tendon atau ligamen yang tercedera semasa ia sembuh.

Splin adalah berguna kepada kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan yang berulang.

Pembedahan

Dalam sesetengah kes, pembedahan adalah perlu. Contohnya adalah:

  • Tulang yang patah teruk. Pakar bedah mungkin boleh mencantumkan cebisan tulang dan mengikatnya dengan wayar besi
  • Sindrom terowong karpus. Jika simptom anda adalah serius, anda mungkin perlu untuk membuka terowong dengan menghirisnya bagi melegakan tekanan pada saraf
  • Membaiki ligamen atau tendon. Pembedahan adalah perlu untuk membaiki tendon atau ligamen yang putus

Pencegahan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh membantu saya menangani sakit pergelangan tangan?

sakit pergelangan tangan

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin boleh membantu anda menangani kesakitan pergelangan tangan:

Tidak semua penyebab kesakitan pergelangan tangan memerlukan rawatan kesihatan.

Untuk kecederaan ringan, anda hanya perlu letakkan ais di atas pergelangan tangan yang sakit dan membalutnya dengan kain pembalut elastik.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berbincang doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 25/10/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan