JANGAN Urut Kaki Jika Terseliuh, Tapi Cuba Guna Kaedah RICE Untuk Merawatnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 21/09/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Ketika anda sedang bermain bola dan cuba menggelecek bola daripada pasukan lawan, kaki anda tersalah gelecek dan menyebabkan anda terseliuh pada bahagian pergelangan kaki. Anda meraung kesakitan kerana ini adalah pertama kali anda mengalami kaki terseliuh dan resah kerana tidak tahu apa yang perlu dibuat.

Anda mungkin runsing untuk membuat keputusan sama ada ingin berurut, berjumpa doktor atau hanya merawat sendiri? Namun tahukah anda, jika anda mengalami kaki terseliuh, anda tidak semestinya perlu melakukan urutan. Ada satu kaedah yang mungkin lebih kurang menyakitkan. 

Apakah kaedah tersebut?

Hanya tukang urut profesional

kaki terseliuh

Untuk pengetahuan anda, kaki terseliuh adalah salah satu kecederaan yang paling kerap berlaku dalam aktiviti sukan yang banyak melibatkan penggunaan bahagian bawah tubuh seperti kaki. Terdapat beberapa jenis kaki terseliuh yang boleh berlaku dan ia boleh menjadi kronik.

Walaupun terdapat beberapa jenis rawatan yang tersedia bagi membantu memulihkan kaki yang terseliuh, anda tidak sepatutnya mencuba melakukan urutan pada bahagian yang terseliuh.

Ia hanya boleh dilakukan oleh ahli profesional yang bertauliah yang benar-benar mengetahui kaedah sebenar terapi urutan. 

Rawatan bagi kaki terseliuh

kaki terseliuh

Ia sebenarnya bergantung kepada jenis dan tahap kecederaan yang anda alami. Tujuan rawatan adalah untuk mengurangkan kesakitan dan pembengkakan, menggalakkan penyembuhan ligamen dan mengembalikan fungsi pergelangan kaki anda.

Sekiranya anda mengalami jenis kecederaan teruk, anda mungkin akan dirujuk kepada pakar perubatan kecederaan muskuloskeletal. 

Bagi jenis kaki terseliuh akut, kaedah terapi urutan mungkin memberi kebaikan kepada pesakit yang terlibat. Rawatan standard bagi memulihkan seliuh yang akut adalah berpandukan akronim RICE iaitu rest, ice, compression dan elevation.

  • Rest: Elakkan penglibatan diri dalam aktiviti yang boleh menyebabkan kesakitan, pembengkakan dan ketidakselesaan
  • Ice: Gunakan pek ais dengan segera selama 15 ke 20 minit dan ulanginya dalam setiap 2 atau 3 jam. 
  • Compression: Untuk mengurangkan pembengkakan, gunakan pembalut elastik pada bahagian kaki yang bengkak dan gunakannya sehingga bengkak tersebut surut. Jangan balut dengan terlalu ketat
  • Elevation: Tinggikan atau naikkan kaki anda lebih tinggi daripada paras jantung anda untuk mengurangkan bengkak

Nak gunakan ubat-ubatan untuk kurangkan kesakitan?

kaki terseliuh

Anda boleh mendapatkan ubat tahan sakit atau pain reliever di kaunter farmasi bagi mengurangkan kesakitan yang dialami akibat kaki yang terseliuh.

Anda boleh mendapatkan ibuprofen (Advil, Motrin IB) atau naproxen sodium (Aleve dan lain-lain) atau juga acetaminophen (Tylenol). Kesemuanya berkesan untuk mengurangkan kesakitan tersebut.

Namun, jika anda tidak begitu pasti berkenaan keadaan sebenar kaki anda, berjumpalah dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan dan rawatan yang sepatutnya.

Kesimpulan

Jika anda hanya mengalami kaki terseliuh yang bersifat ringan dan tidak parah atau teruk, anda masih boleh merawatnya di rumah melalui kaedah RICE ini.

Walau bagaimanapun, setiap kecederaan yang dialami perlu dilaporkan kepada pihak doktor terlebih dahulu bagi mengesan sekiranya terdapat kecederaan dalaman yang lebih parah.

Doktor akan melakukan beberapa jenis pemeriksaan seperti X-ray, MRI, CT-scan dan juga ultrasound.

Ini untuk memastikan agar tidak terdapat sebarang tulang yang patah dan mendapatkan maklumat yang lebih mendalam bagi kecederaan ligamen.

Hanya selepas disahkan doktor bahawa kaki anda hanya mengalami seliuh yang biasa, barulah anda boleh merawat sendiri kaki anda di rumah melalui nasihat doktor. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sapu Cili untuk Sakit Otot?

    Menyapu krim cili untuk melegakan kesakitan otot anda mungkin kedengaran seperti idea ganjil, tetapi anda mungkin terkejut dengan bukti saintifik di sebaliknya. Percubaan klinikal menunjukkan bahawa 80% pesakit ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 28/01/2019 . 2 minit bacaan

    Erythromelalgia: Kaki Sakit, Merah dan Panas Gara-gara Aliran Darah Tersekat

    Erythromelalgia, juga dikenali sebagai penyakit Gerhardt, penyakit Mitchell dan penyakit Weir-Mitchell ialah keadaan yang menyebabkan rasa sakit terbakar, kemerahan dan kepanasan pada kaki, serta mungkin juga berlaku ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Pusat Kesihatan, Penyakit Muskuloskeletal 28/01/2019 . 3 minit bacaan

    Faedah Berkaki Ayam

    Berjalan kaki tanpa mengenakan kasut mungkin sesuatu yang anda lakukan di rumah sahaja. Tetapi bagi sesetengah orang, berjalan dan bersenam dalam keadaan berkaki ayam adalah amalan yang mereka lakukan setiap hari. Apabila ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 08/11/2018 . 3 minit bacaan

    Meredakan Kesakitan: Terapi Sejuk atau Panas?

    Terapi panas dan sejuk sering disyorkan untuk membantu melegakan kesakitan yang disebabkan oleh kerosakan otot atau sendi. Terapi asas panas (thermotherapy) melibatkan penggunaan botol air panas, pad yang boleh ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Artikel lain untuk anda

    rawatan fisioterapi

    Jangan Biarkan! Jika Sering Sakit Belakang, Ini Mungkin Petanda Anda Perlukan Rawatan Fisioterapi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/09/2020 . 3 minit bacaan
    jari lebih

    Pelik Tengok Ada Orang Jari Lebih, Kenali Apa itu Polydactyly

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 31/10/2019 . 2 minit bacaan
    kesakitan kaki

    Memahami Keadaan Kesakitan Kaki

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 02/04/2019 . 2 minit bacaan
    kaki

    Bagaimana Sepatutnya Saya Melembapkan Kaki Saya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 06/03/2019 . 3 minit bacaan