backup og meta

7 Cara Mudah Namun Berkesan Agar Anda Tidak Terlupa Untuk Makan Ubat!

7 Cara Mudah Namun Berkesan Agar Anda Tidak Terlupa Untuk Makan Ubat!

Cara untuk ingat makan ubat setiap hari nampak seperti satu perkara yang mudah tetapi kita selalu terlupa.

Badan kita memerlukan jumlah yang khusus supaya ubat tersebut boleh berfungsi.

Terlepas 1 atau 2 dos ubat boleh mengganggu fungsinya menjadikan ia kurang efektif.

Kini kita sudah bersetuju bahawa kita perlu ingat untuk mengambil ubat.

Kita boleh mula membuat perancangan supaya tidak terlepas dos ubat tersebut.

Berikut adalah beberapa tip dan petua untuk ingat makan ubat!

#1. Belajar tentang keadaan anda

Mengetahui tentang ubat anda akan mengukuhkan lagi komitmen anda untuk mengikuti pelan rawatan tersebut.

Dengan memahami apa yang anda ambil, anda akan tahu apa kesan sampingan yang perlu diperhatikan.

Cara untuk ingat makan ubat

Cara untuk ingat makan ubat #2. Dapatkan kotak pil

Kotak pil ialah sebuah alat untuk menyimpan ubat dan mengingatkan anda untuk mengambilnya setiap hari.

Kotak pil kebiasaannya terbahagi kepada beberapa bahagian yang menyimpan ubat untuk kegunaan seminggu.

Ia boleh disimpan di dalam beg dan dibawa semasa bercuti. Ia sangat berguna untuk orang berumur.

Cara untuk ingat makan ubat #3. Aplikasi peringatan pil

Kita melihat telefon bimbit sekurang-kurangnya 50 kali sehari dan menghabiskan satu pertiga dari hari kita dengan telefon.

Jadi, mengapa tidak menggunakan telefon sebagai peringatan untuk mengambil ubat.

Terdapat  banyak aplikasi yang membantu anda ingat untuk makan ubat.

Sebagai alternatif, anda boleh menetapkan jam loceng mengikut waktu anda perlu mengambil ubat.

Cara untuk ingat makan ubat

#4. Letakkan ubat di tempat yang mudah dilihat

Kebolehnampakan adalah kuncinya. Letakkan ia di tempat yang mudah dilihat agar anda ingat untuk mengambilnya.

Cara untuk ingat makan ubat #5. Buat satu rutin

Jadikan pengambilan ubat sebagai rutin harian.

Sebagai contoh: “Ubat ini digunakan selepas sarapan, ubat ini pula sebelum tidur”, dsb.

Buat satu “mantra” untuk diri anda seperti “Saya akan ambil pil hari Selasa sekarang.”

Cara untuk ingat makan ubat

#6. Minta agar doktor berikan rejim ubat yang mudah 

Walaupun anda tidak boleh meminta ubat yang khusus untuk anda, anda masih boleh meminta alternatif dari doktor agar ia sesuai dengan jadual anda.

Doktor mungkin boleh mengurangkan sebahagian dari ubat anda.

Sila bertanya doktor dan ahli farmasi tentang ubat yang anda boleh gunakan dengan selamat pada satu-satu masa untuk mengurangkan pengambilan yang banyak setiap hari.

#7. Dapatkan bantuan dari keluarga dan kawan-kawan

2 orang lebih baik dari seorang. Ahli keluarga dan kawan-kawan yang mengingatkan anda adalah sangat membantu.

Wujudkan satu sistem dengan kawan anda supaya saling mengingatkan satu sama lain untuk mengambil ubat.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/patientinstructions/000613.htm
  2. https://healthblog.uofmhealth.org/wellness-prevention/8-easy-ways-to-remember-to-take-your-medication
  3. https://www.nami.org/FAQ/Mental-Health-Medication-FAQ/I-am-having-trouble-remembering-to-take-my-medicat
  4. https://www.acsh.org/news/2017/07/01/dont-forget-take-your-medicine-11508
  5. https://www.nps.org.au/living-with-multiple-medicines/forgetting-and-remembering

 

Versi Terbaru

02/07/2021

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Panduan Bagi Bayi Makan Ubat, #5 Paling Mudah Untuk Ibu Bapa Buat!

Nangis Makan Ubat Macam Kena Pukul, Mari Ajar Anak Makan Ubat Cara Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 02/07/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan