Masalah ruam lampin bayi adalah keadaan normal untuk terjadi pada si kecil. Tetapi apakah punca ia berlaku dan adakah cara menanganinya? Ikuti penjelasannya dalam artikel ini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Masalah ruam lampin bayi adalah keadaan normal untuk terjadi pada si kecil. Tetapi apakah punca ia berlaku dan adakah cara menanganinya? Ikuti penjelasannya dalam artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Ruam lampin atau radang kulit lampin ialah iritasi kulit yang berlaku pada kawasan di bawah lampin.
Penyakit ini biasanya terjadi pada bayi yang masih di peringkat memakai lampin atau napkin, ia mengakibatkan kulit menjadi merah berkilat dan menyebabkan bayi tidak selesa.
Ruam lampin bayi biasanya dikaitkan dengan lampin yang basah atau jarang ditukar, kulit sensitif, dan kulit melecet.
Ruam ini bukanlah keadaan yang serius tapi jangan pula dipandang mudah kerana dalam kes yang teruk, ia boleh berubah kepada jangkitan bakteria atau kulat.
Mana-mana bayi yang biasa memakai lampin boleh mengalami keadaan ini.
Menurut kajian, lebih dari 50% bayi dari 6 ke 9 bulan mengalami ruam ini. Ia boleh dikawal dengan usaha menurunkan faktor risiko.
Bincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Tanda-tanda biasa dan simptom ruam napkin ialah kemerahan dan gatal pada kawasan lampin. Simptom ini biasanya bermula dengan tompok merah jambu yang kabur, dan sedikit menaik.
Ianya akan tampak seolah-olah berkembang dan seterusnya menyelaputi seluruh kawasan kulit pada bahagian lampin sekiranya tidak dirawat.
Dalam kes yang teruk, kulit akan kelihatan merah dan mula mengelupas. Bayi kebiasaannya akan muram serta resah dan mula menangis, terutamanya selepas membuang air kecil atau besar. Ruam ini biasanya tidak mengakibatkan demam.
Terdapat juga sebahagian tanda atau simptom yang tidak dinyatakan di atas. Sekiranya anda ada persoalan mengenai simptom tersebut, sila rujuk terus pada doktor.
Sekiranya keadaan kulit bayi anda tidak bertambah baik selepas beberapa hari rawatan di rumah, bincangkan dengan doktor. Kadang-kadang, anda memerlukan preskripsi ubatan untuk merawat ruam lampin.
Bawa anak anda untuk diperiksa sekiranya ruam tersebut:
Antara punca ruam ini ialah bahan rengsa, ragi atau bakteria yang terperangkap melekat pada kulit bayi yang terdedah dan sensitif melalui lampin.
Bahan seperti penyerap sintetik dalam lampin pakai buang dan pembasmi pembunuh kuman juga boleh menyebabkan kerengsaan.
Antara faktor risiko ruam kesan pemakaian napkin adalah termasuk:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Ruam lampin adalah perkara yang biasa berlaku. Kebanyakan orang yang menjaga kanak-kanak akan tahu bila melihat keadaan tersebut. Namun, ia masih lagi idea yang baik untuk menghubungi doktor, yang akan menawarkan pendapat pakar berdasarkan preskripsi dan barang bayi yang lain.
Apabila anda berbincang dengan doktor anda, bersiaplah untuk membincangkan jenama lampin, losyen, bahan pencuci, dan lain-lain barngan rumah yang bersentuhan dengan bayi anda.
Rawatannya termasuk penggunaan krim dan sapuan pada kulit (topical) serta penukaran lampin secara kerap. Sekiranya kerengsaan ketika membuang air kecil menjadi masalah yang utama, sapuan biasa yang mengandungi zink oksida biasanya akan memberi kelegaan.
Ia perlu disapu setiap kali lampin ditukar, selepas lampin dibersihkan dengan air suam dan dijemur kering.
Jika ruam masih berterusan walaupun selepas rawatan ini dijalankan, penukaran jenis lampin boleh membantu. Sesetengah bayi adalah sensitif terhadap bahan kimia dalam bahan pembilas lampin, manakala sebahagian bayi sensitif dengan bahan sintetik dalam lampin pakai buang.
Menukar jenama lampin pakai buang atau membilas kain lampin dua kali boleh menyelesaikan masalah tersebut.
Doktor boleh memberi preskripsi ubat anti-kulat sekiranya bayi anda ada jangkitan ragi. Atau antibiotik sekiranya terjadi jangkitan bakteria.
Ruam ini biasanya disertai rasa sakit. Untuk melegakan rasa tidak selesa:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen