backup og meta

7 Sebab Mengapa Kulit Anda Sering Kering Dan Gatal, Ubah Tabiat Ini Sekarang!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/11/2022

    7 Sebab Mengapa Kulit Anda Sering Kering Dan Gatal, Ubah Tabiat Ini Sekarang!

    Kulit kering dan gatal boleh membuatkan ramai individu berasa tidak selesa, terutamanya apabila ia melibatkan situasi sosial (ataupun keintiman), di mana sentuhan dengan kulit kering dan gatal amat diperlukan.

    Apa yang lebih memburukkan keadaan adalah apabila kulit bukan sahaja kering dan gatal, malah juga mula mengelupas! Namun usah khuatir, jika anda mengalami keadaan seperti di atas, baca artikel ini untuk mengetahui cara merawat kulit kering yang boleh diamalkan.

    Punca Masalah Kulit Kering Dan Gatal 

    Kulit kering atau lebih dikenali sebagai xerosis di dalam bahasa perubatan merupakan masalah lazim yang dialami oleh kebanyakan individu1. Antara simptom yang sering dikaitkan dengan permasalahan ini adalah:

    • Kulit terasa tegang (terutamanya selepas mandi dan berenang)
    • Kulit kelihatan kasar
    • Gatal-gatal
    • Kulit mengelupas dan merekah
    • Kulit berwarna seakan kekelabuan
    • Kemerahan (keradangan kulit)

    Keadaan kulit ini boleh disebabkan oleh faktor persekitaran, masalah kulit yang diwarisi atau gabungan di antara kedua-duanya. Antara faktor persekitaran yang boleh menyebabkan masalah kulit kering dan gatal adalah:

    Cuaca

    Jika anda tinggal di negara yang mempunyai empat musim, keadaan kulit akan menjadi lebih kering terutamanya pada musim sejuk2. Ini berikutan penurunan suhu persekitaran dan kadar kelembapan rendah yang mempengaruhi keupayaan kulit untuk mengekalkan kelembapan badan.

    Jika anda tinggal di kawasan beriklim panas pula, faktor suhu kebiasaannya tidak akan mempengaruhi keupayaan tersebut.

    Kehangatan persekitaran punca kulit kering dan gatal

    kulit kering dan gatal

    Selain itu, faktor kelembapan di persekitaran juga merupakan salah satu punca kulit kering2.

    Pendedahan kepada api dapur, alat pemanas badan dan pendiangan (fireplace) boleh menurunkan kadar kelembapan di persekitaran. Ini boleh mengakibatkan kulit anda menjadi kering dan kusam.

    Mandi menggunakan air panas

    kulit kering dan gatal

    Seronoknya jika dapat mandi menggunakan air panas setelah pulang dari bekerja, bukan? Namun tahukah anda, tindakan tersebut boleh menyebabkan kulit kering dan gatal?

    Ini berikutan kerana sifat air panas yang berupaya untuk menarik keluar lembapan dan minyak daripada permukaan kulit2.

    Bahan kimia di dalam sabun dan pencuci baju

    Kebanyakan gel mandian, syampu, sabun pencuci baju dan sabun buku dihasilkan khas untuk membuang minyak pada permukaan kulit1.

    Walaupun ia kedengaran seperti satu berita baik buat kulit kerana ia boleh mencegah pertumbuhan jerawat, namun perkara tersebut sebenarnya boleh menjadi punca kulit kering dan gatal.

    Masalah keradangan kulit (dermatitis)

    Selain daripada faktor persekitaran, masalah keradangan kulit (dermatitis) juga boleh menyebabkan kulit anda kering2. Antara masalah keradangan kulit yang sering terjadi adalah:

    • Dermatitis sentuh
    • Dermatitis sentuh iritasi
    • Dermatitis sentuh alergik
    • Dermatitis seborea
    • Dermatitis atopik (ekzema)

    Keadaan kesihatan lain seperti psoriasis dan kencing manis jenis 2 juga boleh menyebabkan masalah kulit kering dan gatal.

    Kulit Kering Dan Gatal, Kenal Pasti Faktor Penyumbang

    Walaupun masalah ini kelihatan seperti jarang berlaku pada kebanyakan individu, namun ia lazim dialami oleh sebahagian besar populasi umum. Individu yang mempunyai faktor risiko tertentu memiliki kebarangkalian yang lebih tinggi berbanding individu lain untuk mendapat permasalahan ini.

    Antaranya seperti:

    Faktor usia punca kulit kering bersisik

    Masalah kulit lazimnya dialami oleh golongan berusia. Lebih daripada 50% individu yang berusia 40 tahun dan ke atas mempunyai masalah kulit kering1.

    Pekerjaan

    Pekerjaan tertentu yang melibatkan penggunaan air setiap hari seperti jururawat dan pekerja salun gunting rambut mudah untuk mendapat masalah kulit kering1.

    Mereka yang bekerja sebagai penyelamat (lifeguard) dan atlet renang juga mempunyai risiko yang sama memandangkan mereka terdedah kepada air berklorin.

    Cara Merawat Kulit Kering Dengan 5 Produk Berikut

    Namun usah bimbang, masalah kulit kering merupakan keadaan kesihatan yang boleh dihindari dan dirawat. Antara langkah yang boleh diambil adalah seperti mendapatkan rawatan daripada produk terbaik yang mampu merawat kulit kering, seperti:

    1. Skin Cleanser

     Skin Cleanser merupakan sabun mandian yang berfungsi untuk membersih sambil menghidrat secara aktif tanpa menyingkirkan kelembapan yang bertindak sebagai pelindung semula jadi kulit.

    Skin Cleanser yang mengandungi formula bebas sabun dan pewangi amat sesuai untuk digunakan sebagai sabun mandian buat mereka dengan masalah kulit kering dan gatal.

    Di samping itu, manfaatkan produk yang mengandungi formula pH seimbang3 dan tidak merengsakan kulit kerana ia sesuai digunakan pada semua jenis kulit seperti kulit kering, berminyak, kombinasi atau kulit sensitif.

    1. Body Wash

    Bagi mereka dengan masalah kulit sensitif sehingga boleh mengakibatkan wujudnya alahan kulit seperti kegatalan, penggunaan body wash yang sesuai adalah antara cara merawat kulit kering yang amat disarankan pakar.

    Di samping itu, Body Wash dengan formula bebas sabun, pewangi, paraben dan steroid harus diutamakan kerana ia juga sesuai digunakan setiap peringkat umur!

    1. Body Moisturizer

    Menggunakan pelembap kulit4 adalah rutin penting dalam penjagaan kulit seharian, terutamanya buat individu yang menghadapi masalah kulit kering dan gatal.

    Body Moisturizer atau pelembap kulit boleh membantu untuk mengurangkan masalah kulit kering dan kegatalan. Pelembap ini dapat memastikan kulit kekal terhidrat serta berperanan mengunci lembapan pada kulit supaya ia kekal tahan lebih lama.

    Atasi Masalah Kulit Yang Dialami

    Kebanyakan masalah kulit kering dan gatal sebenarnya boleh dirawat. Namun, penting untuk anda mengamalkan teknik penjagaan kulit yang betul bagi mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit pada tahap yang optimum.

    Akan tetapi, jika masalah kulit anda semakin teruk6, sebaiknya berjumpalah dengan pakar kulit bagi mengetahui cara merawat kulit kering yang terbaik.

    Diharap perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda dan dapat membantu dalam mengatasi masalah kekeringan kulit yang anda alami. Semoga keadaan kulit anda akan bertambah baik dengan penggunaan produk yang berkesan.

    Teruskan pembacaan tentang penjagaan kulit badan dan wajah yang tepat di laman web Hello Doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan