home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Hati-Hati Ada Kes Anak Termakan Hand Sanitizer, Jangan Biar Anak Bermain Botol Pembasmi Kuman!

Hati-Hati Ada Kes Anak Termakan Hand Sanitizer, Jangan Biar Anak Bermain Botol Pembasmi Kuman!

Seiring dengan wabak COVID-19 yang menyerang negara kita, penggunaan pembersih tangan atau pencuci tangan yang mengandungi alkohol sangat digalakkan untuk membasmi kuman.

Pembersih tangan dan pencuci tangan memang selamat digunakan pada kulit kita, tetapi bagaimana pula jika si kecil termakan atau terminum hand sanitizer ini?

Bolehkah ia memudaratkan kesihatan si kecil, dan apakah langkah untuk mengatasinya?

Jangan cemas, jom ikuti artikel ini untuk panduan anda!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Adakah pembersih tangan/ pencuci tangan selamat digunakan?

pencuci tangan

Pembersih tangan merupakan sejenis produk yang selamat digunakan untuk luaran badan kita. Ia kerap digunakan sebagai pengganti sabun mencuci tangan dan lebih praktikal dibawa ke mana sahaja.

Walapun selamat digunakan jika mengikut arahan yang diberikan, pengambilan secara tidak sengaja oleh kanak-kanak boleh menimbulkan risiko keracunan.

Mengikut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ia haruslah mempunyai konsentrasi alkohol yang tinggi untuk membasmi kuman dengan berkesan.

Konsentrasi alkohol yang dicadangkan oleh WHO ialah sekitar 80% hingga 75%.

Jumlah kepekatan alkohol yang terkandung dalam pembersih tangan lebih tinggi daripada minuman keras yang ada di pasaran.

Selain itu, bahan kimia berbahaya lain yang terdapat di dalamnya ialah hidrogen peroksida yang bertindak sebagai pembasmi kuman juga.

Kes keracunan pencuci tangan

Mengikut Pusat Racun Negara, sebanyak 4 kes telah dilaporkan berkait dengan keracunan pembersih tangan.

Kes tersebut melibatkan kanak-kanak berusia 5 bulan sehingga 2 tahun yang terminum pencuci tangan yang tidak disimpan dengan selamat.

Selain itu, terdapat kes lain yang dilaporkan di Australia pada tahun 2014, di mana kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun diusung ke jabatan kecemasan hospital dengan tahap kesedaran yang berubah-ubah.

Terdapat kajian lain yang diterbitkan dalam tahun 2011 mendedahkan satu kes keracunan etanol akut pada gadis yang berusia 6 tahun berikutan terminum pembersih tangan berasaskan alkohol di sekolah.

Efek keracunan alkohol terhadap kanak-kanak

Keracunan alkohol merupakan suatu masalah kecemasan yang harus diambil serius kerana ia boleh membawa maut.

Ia boleh berlaku kepada kanak-kanak sekiranya mereka terminum produk isi rumah yang mengandungi alkohol secara tidak sengaja.

Salah satu produk yang mempunyai bahan kimia berbahaya ialah pencuci tangan.

Jika diambil dalam kuantiti yang banyak, ia boleh mempengaruhi pernafasan, degupan jantung, suhu badan dan refleks muntah.

Seandainya tidak menerima rawatan segera, ia berpotensi menyebabkan koma dan kematian.

Tanda dan gejala keracunan alkohol

Mengikut Upstate New York Poison Center, kandungan etanol yang tinggi dalam pembersih tangan senang untuk mengakibatkan keracunan alkohol dalam kalangan kanak-kanak.

Jumlah yang boleh membahayakan kanak-kanak hanyalah sebanyak 29 ml sahaja. Untuk bayi pula, jumlah yang lebih kecil sudah boleh membawa maut.

Keracunan alkohol boleh mengakibatkan komplikasi segera dalam kalangan kanak-kanak. Pertama, ia boleh menurunkan paras gula dalam darah mereka.

Dalam situasi yang teruk dan tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan koma dan sawan.

Tanda dan gejala lain yang harus diambil kira termasuklah:

Cara pencegahan untuk si manja anda

pencuci tangan

Walaupun pembersih tangan berfungsi dengan efektif sekali dalam membasmi kuman, tetapi ia mengandungi bahan kimia yang berbahaya untuk si kecil anda.

Anda boleh mencegah anak daripada terminum bahan tersebut dengan melakukan langkah-langkah berikut :

Alamak, anak saya terminum sedikit! Apakah yang perlu saya buat?

Jika diminum, pembersih tangan akan menyebabkan sensasi mulut terbakar dan rasanya kurang enak.

Sekiranya anda terlepas pandang dan keadaan tersebut berlaku, tenangkan diri dan ikuti kaedah berikut :

  • Segera hubungi nombor kecemasan yang berhampiran dengan anda.
  • Jika terdapat hospital yang berhampiran, bawalah anak anda ke bahagian kecemasan dengan segera.
  • Bawa botol pembersih tangan sekali ke kecemasan. Informasi di botol tersebut boleh membantu doktor untuk merawat anak anda.
  • Jangan memaksa anak untuk muntah kerana risiko tersedak sangat tinggi.
  • Pastikan anak anda tidak hilang kesedaran sehingga mendapat rawatan kecemasan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.mja.com.au/journal/2015/203/1/alcohol-based-hand-sanitiser-potentially-fatal-toy
  2. https://www.poison.org/articles/2007-jun/hand-sanitizer-whats-the-real-story
  3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4129717/
  4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK144054/
  5. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/alcohol-poisoning/symptoms-causes/syc-20354386
  6. https://www.poisoncontrol.org/hand-sanitizers-how-toxic-are-they/
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nana Muhammad Disemak pada 29/09/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman