Lebih separuh daripada semua wanita mengandung melaporkan simptom pedih ulu hati ketika hamil yang teruk, terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Apa Itu Pedih Ulu Hati?
Keadaan ini sebenarnya disebabkan oleh asid perut yang masuk ke dalam kerongkong (esofagus) apabila otot yang melingkari (sfinkter) bahagian bawah esofagus tidak tertutup sepenuhnya selepas makanan masuk ke dalam perut.
Kebiasaannya, sfinkter tersebut akan tertutup dan asid serta isi kandungan perut tidak berpatah kembali atau refluks ke dalam esofagus.
Ini menyebabkan rasa panas dan tidak selesa di bahagian tengah dada. Kadangkala, ia boleh naik sehingga ke tekak.
Pedih ulu hati ialah keadaan yang biasa berlaku dan ia bukan satu keadaan yang serius.Jenis dan gaya pemakanan boleh menyebabkan asid refluks.
Punca Pedih Ulu Hati Ketika Hamil
Keadaan pedih ulu hati yang berlaku semasa mengandung mungkin berlaku akibat perubahan hormon, yang boleh menjejaskan otot saluran pencernaan dan penerimaan makanan.
Sebab utamanya adalah kerana perubahan hormon kerana dalam keadaan biasa, sfinkter di bahagian atas perut akan tertutup dengan kemas untuk mengelakkan makanan dan asid perut daripada naik ke esofagus.
Ketika mengandung, hormon progesteron akan menyebabkan otot sfinkter ini lebih cenderung untuk longgar dan makanan dan asid perut akan mempunyai peluang untuk naik semula ke bahagian esofagus, mengakibatkan rasa pedih ulu hati.
Di samping itu, rahim yang semakin membesar boleh menyebabkan perut menjadi penuh dan seterusnya menolak asid perut ke atas.
Walaupun ia jarang berlaku, batu hempedu juga boleh menyebabkan pedih ulu hati selama kehamilan.
Apakah yang Memburukkan Keadaan Pedih Ulu Hati Ketika Hamil?
Makanan pedas, berminyak dan berlemak diketahui sebagai penyebab pedih ulu hati ketika berbadan dua.
Makanan yang tidak dicerna dengan baik atau bergerak dengan cepat semasa mengandung. Jadi, makan hidangan besar atau makan secara berlebihan juga boleh meningkatkan risiko untuk pedih ulu hati.
Selain itu, makan sebelum tidur juga boleh mendorong kepada keadaan ini. Merokok boleh menyebabkan pedih ulu hati lebih parah dan ia merupakan satu lagi sebab untuk anda hentikan tabiat ini, terutamanya semasa mengandung.
Bagaimana Melegakan Pedih Ulu Hati Semasa Mengandung?
Terdapat kaedah tertentu yang selamat dan berkesan untuk menolong wanita mengandung melegakan keadaan pedih ulu hati mereka. Antaranya:
1. Mengawal pemakanan harian
Kurangkan saiz hidangan dalam masa yang sama, meningkatkan ketumpatan makanan bukan sahaja kaedah yang disarankan untuk kurangkan berat badan, ianya juga berkesan untuk membantu mereka yang mengalami pedih ulu hati.
Bahagikan hidangan anda kepada pecahan yang lebih kecil dan berkala untuk memudahkan badan anda untuk menerimanya.
Dengan memastikan diet yang sihat, anda akan mengatasi pedih ulu hati dan ianya membantu anda untuk mempunyai tabiat pemakanan yang sihat sepanjang anda mengandung.
2. Kunyah gula-gula getah setelah hidangan yang besar, bantu atasi pedih ulu hati ketika hamil
Mengunyah gula-gula getah membantu untuk mengurangkan rembesan asid perut jadi jika anda terasa seperti kepedihan ulu hati mula datang, kunyah satu gula-gula getah.
Jika anda tidak inginkan pemanis tiruan dalamnya, pilih gula-gula getah yang tiada pemanis atau gula.
3. Cuba terapi urutan untuk rawat pedih ulu hati
Kaedah ini akan menenangkan badan anda secara menyeluruh.
Resipinya adalah tambahkan 3 hingga 4 titisan essential oils dengan lemon, buah oren dan halia pada satu sudu kecil minyak asas kemudian urutkan pada bahagian dada dan atas belakang.
4. Cuba rawatan semula jadi untuk atasi pedih ulu hati ketika hamil
Terdapat 3 jenis rawatan semula jadi dan petua yang digunakan untuk melegakan pedih ulu hati antaranya:
- Betik: Betik yang ranum bukan sahaja sedap, malah melegakan pedih ulu hati.
- Kacang Badam: Memakan badam selepas makan akan kurangkan rasa tidak selesa dalam perut di samping membekalkan lemak yang sihat dan kalsium.
- Madu: Satu sudu madu bercampur susu suam menolong melegakan kepedihan di samping membantu anda untuk tidur.
Baca juga: