backup og meta

Khuatir Pakai Pakaian Ketat Semasa Hamil? Kalau Musykil, Baca Ini Dulu Ya Bakal Ibu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 04/07/2022

    Khuatir Pakai Pakaian Ketat Semasa Hamil? Kalau Musykil, Baca Ini Dulu Ya Bakal Ibu!

    Semakin meningkat usia kandungan, ibu hamil akan mengalami perubahan pada tubuh terutamanya pada bahagian dada, abdomen dan juga bawah badan.

    Perubahan bentuk dan saiz ini membuatkan ibu tidak lagi selesa untuk mengenakan pakaian yang biasa dipakai semasa sebelum hamil dan di awal kehamilan.

    Jadi, pemilihan pakaian semasa hamil adalah penting bukan sahaja untuk keselesaan tubuh ibu, tetapi juga bayi!   

    Pakaian yang sesuai untuk bakal ibu

    Disebabkan perubahan bentuk tubuh yang berlaku semasa kehamilan, ibu hamil memerlukan pakaian yang bukan sahaja selesa tetapi juga lembut pada tubuh.

    Ketika hamil, anda memerlukan jenis pakaian yang membolehkan kawasan abdomen anda berkembang. Anda boleh mencari pakaian materniti yang banyak dijual di pasaran.

    Kebanyakan pakaian materniti dibuat daripada material yang selesa dan sejuk, sesuai dengan keadaan wanita hamil.

    Bagaimanapun, terdapat pelbagai jenis dan rekaan pakaian materniti yang boleh dipilih oleh ibu hamil; ada yang longgar dan mampu menutupi tubuh ibu yang semakin membesar, dan ada juga yang mengikut bentuk tubuh badan ibu.

    orang melayu

    Berikut adalah beberapa tip dalam memilih pakaian materniti:

  • Cari pakaian yang ringan dan selesa
  • Elakkan daripada memakai pakaian yang sendat supaya tubuh anda berasa selesa
  • Pilih pakaian yang menyediakan sokongan pada perut anda
  • Pakai pakaian ringkas dan selesa untuk anda, dan yakin dengan pilihan pakaian anda
  • Bolehkah ibu hamil memakai pakaian ketat?

    Tiada sebarang kajian yang menyatakan pakaian ketat seperti jeans boleh membahayakan ibu hamil dan juga bayi.

    Akan tetapi, ada peraturan tertentu yang ibu hamil perlu patuhi dalam aspek memilih pakaian materniti yang betul.

    Ini kerana, pemilihan pakaian yang tidak sesuai dengan keadaan ibu hamil bukan sahaja boleh membuatkan anda rasa tidak selesa, malahan turut mempengaruhi bayi dalam kandungan anda.

    Kebanyakan wanita tidak menyedari hakikat bahawa rahim boleh menahan tekanan dan melindungi bayi dalam kandungan.

    Selain itu, cecair amniotik yang ada di dalamnya boleh melindungi janin daripada daya luaran.

    Oleh sebab itu, pemakaian pakaian yang ketat ataupun seluar jeans tidak meletakkan banyak tekanan pada uterus anda.

    orang melayu

    Walau bagaimanapun, jika anda ingin memakai pakaian ketat dan seluar jeans semasa pertengahan dan hujung kehamilan (trimester kedua dan ketiga), anda perlu ingat beberapa perkara seperti di bawah:

    • Pilih seluar jeans materniti: Lazimnya, seluar jeans untuk ibu hamil diperbuat daripada fabrik yang boleh meregang mengikut saiz pinggang anda. Ini bagi mengurangkan tekanan pada abdomen.
    • Elakkan memakai pakaian yang terlampau ketat: Meskipun anda ingin menyorokkan baby bump, namun anda disarankan untuk tidak memakai baju dan seluar yang ketat, terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga. Bukan itu sahaja, pakaian yang ketat juga boleh menyekat aliran darah anda.
    • Jaga kebersihan asas: Jika anda memakai seluar yang ketat, terdapat kebarangkalian akan berlaku peningkatan rembesan faraj yang seterusnya membuatkan anda berisiko tinggi mendapat jangkitan yis, yang membahayakan anda dan bayi.

    Kesan jika bakal ibu memakai pakaian ketat

    Terdapat beberapa kesan negatif jika anda memakai pakaian yang ketat semasa hamil. Antaranya:

    Pedih ulu hati – Pakaian ketat terutama di bahagian pinggang dan perut anda boleh membuatkan anda mengalami pedih ulu hati, iaitu ketidakselesaan biasa yang dialami semasa kehamilan. Ini terjadi kerana tekanan daripada pakaian yang ketat boleh menolak perut dan memaksa kandungan naik ke atas, serta menyebabkan pedih ulu hati.

    Kesakitan – Pemakaian yang ketat semasa hamil akan membuatkan ibu berasa sakit pada beberapa bahagian tubuh seperti abdomen, dada dan lengan.

    Peredaran darah berkurangan – Tidak kiralah jika anda sedang hamil ataupun tidak, pakaian yang ketat boleh memperlahankan peredaran dalam tubuh anda, menyekat aliran darah dan membuatkan anda rasa kebas.

    Jangkitan yis – American Pregnancy Association mendedahkan bahawa pakaian ketat dan kurang udara semasa hamil boleh meningkatkan jangkitan yis faraj, terutama jika anda memakai seluar dalam yang ketat.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 04/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan