Antara komplikasi yang mungkin berlaku melibatkan pernafasan, sakit perut, muntah, sawan, koma dan juga kematian. Jadi tolong jangan memandang remeh perkara ini, okay?
- Sentuhan langsung dengan kulit
Walaupun ramai pengeluar menyarankan untuk mencampur EO dengan carrier oil sebelum digunakan kepada kulit, namun ia adalah tidak digalakkan khususnya kepada kanak-kanak.
Penyerapan minyak yang pekat dalam jumlah yang tidak selamat boleh menjadi toksik kepada kanak-kanak.
Ia berisiko menyebabkan keadaan sama seperti pengambilan secara oral.
- Menggunakan humidifier
Penggunaan minyak EO dalam alat pelembap udara (humidifier) adalah cara yang paling selamat.
Sebaiknya, alat pelembap udara digunakan dalam bilik yang besar berbanding bilik bersaiz kecil seperti bilik tidur kanak-kanak.
- Simpan di tempat selamat
Minyak EO berisiko menyebabkan komplikasi jika diambil secara oral atau terkena pada kulit.
Jadi ini bermakna anda perlu menyimpannya di tempat yang selamat dan jauh daripada capaian kanak-kanak.
Ini kerana kanak-kanak adalah individu yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Jadi, sila berhati-hati ya!
- Perhatikan tindak balas
Parents, tolong perhatikan sebarang reaksi alahan atau tindak balas daripada minyak pati, seperti saat anda memperkenalkan makanan baru kepada si kecil.
Cara terbaik adalah apabila si kecil menyatakan mereka tidak sukakan baunya. Jadi hentikan penggunaan minyak pati tersebut.
Jika berlaku keadaan kesihatan pada si kecil, hentikan penggunaannya dan rujuk doktor dengan segera.

- Minyak pati tertentu
Terdapat beberapa minyak pati yang mungkin tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak, antaranya peppermint, rosemary dan wintergreen.
Ini kerana jenis minyak pati tersebut mengandungi dos kimia tinggi seperti 1,8-cineole dan methyl salicylate.
Akhir kata
Oleh sebab sesetengah minyak EO tidak patut digunakan sebagai kaedah perubatan, maka jalan terbaik adalah untuk mendapatkan rundingan daripada doktor terlebih dahulu.
Jika anda mengandung, bincangkan dengan doktor sebelum menggunakannya, okay?
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel: