backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Paronikia, Masalah Pada Kuku Tangan & Kaki Yang Boleh Memudaratkan Jari?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela · Disemak pada 27/06/2023

Paronikia, Masalah Pada Kuku Tangan & Kaki Yang Boleh Memudaratkan Jari?
Pernahkah anda mengalami jari kuku bengkak dan bernanah tetapi tidak tahu kenapa? Ia mungkin angkara paronikia. Persoalannya, apa itu paronikia ? Jom baca artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Definisi

Apa itu paronikia?

Apa itu paronikia ialah infeksi kulit yang berlaku sekitar kuku tangan dan kuku kaki. Lipatan kuku yang terjangkit akan kelihatan bengkak, radang dan mungkin nyeri.

Ia mungkin disebabkan infeksi yis atau  jangkitan bakteria atau mungkin beberapa jenis fungi lain.

Apa itu paronikia boleh membentuk perlahan dan kekal lama atau muncul secara tiba-tiba dan bertahan sekitar satu atau dua hari.

Jika dibiar tanpa dirawat, ia boleh mengakibatkan infeksi serius atau mungkin juga kehilangan sebahagian dari kuku anda.

Apa risiko paronikia?

apa itu paronikia

Di Amerika Syarikat, paronikia ialah infeksi kuku paling biasa berlaku, mewakili 35% daripada masalah ini.

Infeksi ini biasanya berlaku pada wanita berbanding lelaki, dengan nisbah wanita-lelaki sebanyak 3:1. Ia boleh dihidapai oleh pesakit pada mana-mana peringkat usia.

Anda boleh mengurangkan menghidap penyakit ini dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apa simptom paronikia

Apa simptom paronikia yang lazim adalah seperti di bawah:

  • Perubahan kuku. Contohnya, kuku kemerahan, bengkak, tanggal, berbentuk abnormal;
  • Merekah pada lipatan kuku atau trauma pada kuku;
  • Rasa menyengat dan nyeri pada kulit sekitar kuku;
  • Kulit sekitar kuku terasa lembap dn mungkin mengandungi mucus (cecairan);
  • Demam panas, menggigil dan rasa sakit yang umum;
  • Kesakitan pada sendi dan otot.

Sekiranya tidak dirawat, jangkitan boleh merebak pada kulit lapisan tebal sekitar kuku (eponychium) untuk menanggalkan kuku.

Mungkin terdapat beberapa tanda yang tidak disenaraikan. Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang apa simptom paronikia, sila berjumpa dengan doktor anda.

Punca

Apa yang mengakibatkan paronikia?

apa itu paronikia

Ada banyak punca jangkitan pada paronikia. Bagaimanapun, yang paling biasa adalah:

  • Jangkitan bakteria biasanya adalah sakit dan secara tiba-tiba
  • Jangkitan yis berkembang perlahan dan tidak menyebabkan mucus dalam kebanyakan kes
  • Lain-lain jenis virus dan fungi mungkin juga menyebabkan paronikia, tapi ianya tidak biasanya berlaku

Kadangkala apa itu paronikia boleh berlaku kerana kuku anda berada dalam persekitaran yang sesuai untuk menarik bakteria, contohnya:

  • Sekiranya anda sering meletakkan tangan pada air atau air sabun
  • Contohnya, menggigit kuku, potongan kuku yang kurang elok, kuku yang rosak atau berpenyakit atau lipatan kuku dan lain-lain lagi
  • Contohnya, anda menggunakan sarung tangan dalam jangka masa yang panjang atau kuku palsu
  • Faktor-faktor Risiko

    Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko paronikia?

    Ada banyak faktor risiko bagi paronikia, contohnya:

    Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana kondisi ini didiagnosis?

    Doktor anda boleh mendiagnosis paronikia dengan melihat pada kuku yang dijangkiti.

    Jika diperlukan, mereka akan mengarahkan ujian sampel seperti nanah atau cairan yang dikeluarkan dari kuku yang dijangkiti untuk mencari punca infeksi bagi mencari rawatan yang terbaik.

    Bagaimana kondisi ini dirawat?

    Jika anda mengalami paronikia yang sederhana, yang anda perlukan cumalah rawatan di rumah.

    Anda boleh mencuba merendam tangan dalam air suam 2-3 kali sehari bagi mengurangkan bengkak dan kesakitan.  

    Ubat penahan sakit, seperti paracetamol atau ibuprofen, biasanya berfungsi dengan baik untuk melegakan apa-apa jenis kesakitan.

    Selepas direndam, anda boleh menyapu krim antibiotik sekiranya jangkitan anda disebabkan oleh bakteria.

    apa itu paronikia

    Sekiranya jangkitan anda membentuk mukus, doktor anda akan mula menyedut mukus terlebih dahulu kemudian memberi anda ubatan antibiotik untuk dibawa ke rumah.

    Sebahagian dari kuku mungkin perlu dibuang (dipotong).

    Sekiranya anda mengalami paroniki fungal, pengamal kesihatan anda boleh memberi preskripsi ubatan tablet antifungal atau krim.

    Pastikan tangan anda kering dan sapukan bahan pengering kulit sekiranya diperlukan.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas paronikia?

    Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi paronikia:

    • Elakkan dari menggigit kuku
    • Elakkan pendedahan tangan kepada air yang terlalu lama
    • Sekiranya perlu bagi anda unuk bekerja dengan air, gunakan sarung tangan yang mempunyai lapisan kapas di bahagian dalam
    • Elakkan memakai sarung tangan atau kuku artifisial terlalu lama
    • Ambil berat mengenai kuku dan jari anda dengan sebaiknya

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang apa itu paronikia, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela · Disemak pada 27/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan