Hepatitis C dan Pemindahan Hati

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Hati ibarat pahlawan dalam tubuh manusia. Ia mempunyai pelbagai fungsi penting termasuk menapis toksin daripada pernafasan dan makanan, menyimpan gula dan vitamin sebagai tenaga yang diperlukan tubuh dan membantu sistem imun bagi mencegah jangkitan. Jadi , sudah tentu anda tidak mampu hidup tanpanya dan hepatitis C boleh mengancam kesihatan hati anda.

Kegagalan hati akibat hepatitis C adalah salah satu sebab utama pemindahan hati dilakukan. Tanpa rawatan, kebanyakan orang yang menghidap hepatitis C kekal dijangkiti dan jangkitan yang berterusan dikenali hepatitis C kronik. Jangkitan hepatitis C kronik menyebabkan keradangan hati berterusan yang membawa kepada parut (fibrosis). Apabila fibrosis berkembang, parut secara beransur-ansur menggantikan tisu yang sihat.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) melaporkan bahawa daripada 100 orang yang dijangkiti hepatitis C, kira-kira 60 hingga 70 orang akan mengalami penyakit hati kronik khususnya, hepatitis dan fibrosis. 5 hingga 20 orang akan mengalami sirosis dalam tempoh 20 hingga 30 tahun. Dianggarkan 1 hingga 5 daripada 100 orang menghidap hepatitis C kronik akan mati akibat sirosis atau kanser hati akibat daripada jangkitan.

Apa itu pemindahan hati?

Pemindahan hati melibatkan penggantian hati yang sakit yang tidak lagi berfungsi dengan normal dengan semua atau sebahagian daripada hati yang sihat dari penderma. Transplantasi Orthotopic adalah teknik yang paling biasa digunakan. Ia melibatkan penyingkiran hati yang dijangkiti dan menggantikan organ yang didermakan di lokasi yang sama seperti organ yang dikeluarkan.

Bagaimana pemindahan hati dilakukan?

Pemindahan hati adalah operasi panjang dan kompleks yang boleh mengambil masa antara 4 hingga 18 jam, bergantung kepada keperluan seseorang pesakit dan faktor lain. Biasanya, satu pasukan pakar bedah dan pakar anestesiologi disokong oleh jururawat pemindahan, dikehendaki menyelesaikan pembedahan. pemindahan hati sangat kompleks kerana ia memerlukan pembuangan hati yang sakit dan menyambung semula organ yang didermakan ke saluran darah, tisu perut dan hati. Selain itu, untuk pemindahan hati berfungsi, penyesuaian mesti dibuat antara penerima dan penderma hati.

Kebanyakan pemindahan hati terutamanya pada orang dewasa melibatkan penggunaan seluruh hati yang didermakan oleh penderma yang sudah mati. Manakala pemindahan hati kanak-kanak boleh menggunakan sebahagian daripada hati orang dewasa.

Pemindahan hati penderma hidup (LDLT) menjadi kebiasaan dalam kalangan ibu bapa akibat kesukaran mendapat penderma. Dalam LDLT, sebahagian dari hati yang sihat iaitu kira-kira 20 peratus dikeluarkan daripada penderma hidup dan dimasukkan ke dalam tubuh penerima sebaik sahaja bahagian yang dijangkiti dibuang. Oleh kerana keupayaan luar biasa hati untuk membiak semula, hati penderma dan bahagian hati yang dipindahkan ke penerima berkembang kepada saiz yang penuh dalam masa beberapa minggu.

http://https://youtu.be/vSi9eHAFvGA

Video ihsan You Tube

Penjagaan hati baru

Untuk mengekalkan kualiti hidup, anda harus mengelakkan jangkitan, mengikuti prosedur anti penolakan (antirejection), dan mengubah gaya hidup anda. Pasukan perubatan anda akan mengesyorkan cara terbaik untuk melakukannya. Pastikan untuk teruskan temujanji susulan dengan pasukan pemindahan dan doktor supaya mereka boleh memantau kecekapan hati baru anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    14 Makanan Yang Membersihkan Hati

    Terdapat banyak bahan proses yang perlu diproses oleh hati dalam makanan yang diambil oleh masyarakat moden kini. Dengan menyerap makanan yang diproses atau makanan bergoreng yang berlebihan, atau berlaku pendedahan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 28/02/2019 . 3 minit bacaan

    Herba dan Manfaat Penggunaannya Terhadap Manusia

    Herba bukan sahaja boleh digunakan sebagai bahan penyedap masakan malah turut digunakan untuk tujuan perubatan terutamanya dalam perubatan tradisional.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 27/11/2018 . 8 minit bacaan

    Penyakit Hati Akibat Kesan Ubat-ubatan

    Terdapat pelbagai ubat yang boleh menjejaskan dan merosakkan fungsi hati atau kedua-duanya. Sesetengah ubat yang merosakkan hati menyebabkan simptom seperti jaundis, sakit perut, gatal-gatal, dan kecenderungan untuk ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 05/10/2018 . 2 minit bacaan

    Hepatitis: Merawat Dengan Diet

    Pesakit yang menderita hepatitis berjangkit akut akan mengalamii hilang selera makan atau anoreksia, mual, muntah, sakit perut, perubahan rasa, demam dan penyakit kuning. Simptom ini menyebabkan kesukaran pengambilan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 13/09/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    keletihan

    Hati-Hati Jika Selalu Rasa Letih, Ini 8 Cara BERKESAN Untuk Pulihkan Tenaga Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 17/04/2019 . 2 minit bacaan
    kadar survival

    Kadar Survival Untuk Kanser Hati

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 17/04/2019 . 3 minit bacaan
    kanser hati

    Ubat-ubatan yang Perlu Dielakkan Jika Anda Mempunyai Kanser Hati

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 08/04/2019 . 2 minit bacaan
    minuman berkarbonat

    1 Tin Minuman Berkarbonat Sehari Meningkatkan Risiko Kanser

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 25/03/2019 . 3 minit bacaan