Bukan Hanya A & B Sahaja, Tahukah Anda Hepatitis Sebenarnya Ada 5 Jenis?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Mungkin ramai sudah tahu mengenai penyakit hepatitis dan antara yang selalu diutarakan adalah jenis hepatitis A, B dan kadangkala C.

Untuk pengetahuan anda, penyakit ini adalah disebabkan oleh virus dan mungkin akan menjejaskan fungsi organ hati penderita.

Pun begitu, tahukah anda bahawa sebenarnya terdapat 5 jenis hepatitis yang wujud di dunia ini?

Jika masih belum tahu, marilah kita semua sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Apa itu hepatitis?

Sebelum itu, adalah wajar untuk kita semua berkenalan dengan definisi sebenar mengenai penyakit yang berbahaya ini terlebih dahulu.

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, hepatitis adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus bernama Hepatitis.

Sekiranya dijangkiti, penderita akan mengalami pelbagai masalah terhadap organ hati antaranya radang hati atau kanser hati.

Apa yang lebih menakutkan adalah virus ini boleh tersebar dengan mudah dari satu individu ke individu yang lain melalui pelbagai aspek.

Antara aspek yang paling kerap menyebarkan virus ini adalah seks yang tidak selamat sekali gus menjadikannya antara penyakit jangkitan kelamin (STD).

Persoalannya, ada berapa jenis hepatitis yang wujud di dunia ini?

Terdapat 5 jenis hepatitis!

Buat anda yang mungkin masih belum tahu, para saintis telah membahagikan virus ini kepada 5 jenis yakni; A, B, C, D dan E.

hepatitis b

Kelima-lima jenis virus ini juga mampu menyebabkan jangkitan akut serta kronik yang mungkin akan berterusan sehingga 6 bulan lamanya.

Meskipun memiliki karakteristik yang berbeza, jangkitan akibat 5 jenis virus ini akan menyebabkan simptom dan komplikasi yang lebih kurang sahaja.

Berikut adalah huraian 5 jenis hepatitis tersebut:

Jenis Hepatitis A (HAV)

Ia akan menyebabkan penyakit hepatitis A yang merupakan jangkitan pada organ hati penderita.

Jenis ini merupakan endemik di kebanyakan negara-negara yang sedang membangun kerana ia sangat berkait rapat dengan faktor kebersihan.

Ia dapat disebarkan melalui pengambilan makanan atau minuman yang telah tercemar dengan virus, selain melalui kontak rapat dengan pembawa virus.

Jika dijangkiti, penderita akan mengalami simptom seperti:

  • Mual-mual
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Kulit kekuningan
  • Mata kekuningan

Penyakit ini mungkin tidak memerlukan rawatan susulan kerana ia boleh sembuh dengan sendiri tanpa kerosakan organ hati yang kekal.

Jenis Hepatitis B (HBV)

Penyakit hepatitis B boleh menyebabkan jangkitan pada organ hati penderita.

Jenis ini boleh berjangkit akibat darah melalui pemindahan, penyuntikan atau pembedahan (mendedahkan darah yang dijangkiti).

Selain itu, ia juga boleh merebak melalui seorang ibu yang sudah sedia ada dijangkiti virus ini kepada bayi pada saat kelahirannya.

Jika dijangkiti, penderita akan mengalami simptom seperti:

  • Mual-mual
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Warna air kencing menjadi gelap
  • Bayi demam kuning

Tiada rawatan yang mampu diberi namun ia boleh dikawal dengan cara banyakkan berehat, dan mengelakkannya melalui pengambilan vaksin di awal usia.

Jenis Hepatitis C (HCV)

Penyakit hepatitis C juga boleh menyebabkan jangkitan pada organ hati penderita.

Sekiranya ia berlaku, penderita akan mengalami keradangan dan kerosakan hati yang boleh jadi kronik jika tidak dirawat dengan lebih awal.

Agak sama seperti jenis hepatitis B, ia boleh tersebar melalui darah dan dalam kebanyakan kes ia banyak merebak melalui prosedur mencacah tatu.

Jika dijangkiti, penderita akan mengalami simptom seperti:

  • Kekuningan
  • Mudah mengalami pendarahan
  • Cepat penat
  • Sakit otot

Jenis hepatitis ini dianggap sebagai yang paling serius dan tiada sebarang vaksin yang boleh diambil untuk mencegah virus ini.

Jenis Hepatitis D (HDV)

Untuk pengetahuan anda, ia turut dikenali dengan nama virus delta dan merupakan jenis hepatitis yang paling jarang berlaku.

HDV juga memerlukan HBV supaya ia mampu membiak dan merebak dengan lebih banyak, sekali gus menjadikannya penyakit yang lebih teruk.

Simptomnya adalah lebih kurang sama sahaja dengan hepatitis jenis lain terutamanya hepatitis B.

Jangkitan berganda daripada HDV dan HBV akan menyebabkan penyakit yang lebih serius, maka vaksin untuk hepatitis B mungkin boleh digunakan untuk melindungi individu tersebut.

penyakit hepatitis c

Jenis Hepatitis E (HEV)

Ini juga penyakit yang menyerang organ hati penderita.

Virus ini paling banyak merebak melalui pengambilan makanan atau minuman yang terdedah kepada najis yang mengandungi HEV.

Selain itu, kaedah memasak daging haiwan setengah matang atau setengah masak juga merupakan faktor risiko penyakiti ini berlaku.

Simptomnya adalah lebih kurang sama sahaja dengan jenis hepatitis yang telah dinyatakan di atas tadi.

Begitu juga dengan cara untuk mengelak dan mencegah virus ini, yakni vaksin yang masih dalam proses kajian dan belum tersedia lagi pada ketika ini.

Wujudkah jenis yang lain?

Ya, selain jenis A, B, C, D dan E, ada juga hepatitis yang bukan disebabkan oleh virus iaitu hepatitis alkoholik serta hepatitis autoimun yang juga sangat berbahaya.

Kesimpulannya, hepatitis memang merupakan antara penyakit berbahaya tidak kira apa jenisnya dan langkah awal untuk mengelak dan mencegah ia adalah sangat perlu.

Jadi, sila ambil vaksin sebelum terlambat ya?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Selain HIV & HPV, Ada Lagi Jangkitan Kelamin Yang Tidak Boleh Sembuh! Apakah Ia?

Mungkin ramai sudah tahu apa itu STD bukan? Namun tahukah anda ada beberapa jenis yang tidak boleh disembuhkan? Jom klik artikel untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kesihatan Seksual, STI & STD Lain 25/11/2020 . 3 minit bacaan

Bahaya Hepatitis B Sehingga Boleh Jejaskan Kesuburan Lelaki? Ini Dia Jawapan Kajian!

Akibat hepatitis B, pelbagai kesan akan berlaku terutamanya pada organ hati. Ada kajian kata lelaki tidak subur juga adalah komplikasinya! Jom kita klik.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kesihatan Lelaki, Kesihatan Lelaki Lain 30/10/2020 . 3 minit bacaan

Bolehkah Pesakit Positif Hepatitis B Berkahwin Dan Melakukan Seks? Ambil Tahu Berkaitannya Ini

Umum sudah tahu bahawa hepatitis b adalah penyakit yang berbahaya. Persoalannya, bolehkah penderita berkahwin? Jom klik artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kesihatan Seksual, Seks Selamat 07/08/2020 . 3 minit bacaan

Alamak! Air Mani Termasuk Ke Dalam Mata? Boleh Dapat Penyakit Kelamin Ke?

Seks boleh menjadi menyeronokkan dan awkward terutamanya jika air mani si dia termasuk dalam mata! Sekarang anda risau jangkitan penyakit kelamin pula.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kesihatan Seksual, STI & STD Lain 15/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

apa itu hepatitis a

Ada 7 Golongan Paling Berisiko Terkena Hepatitis A! Ini Termasuk Pengamal Homoseks?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/02/2021 . 3 minit bacaan
penyakit hepatitis b

Dalam Banyak Jenis Hepatitis, Yang PALING BAHAYA Ialah Jenis B! Ingin Tahu Kenapa?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 10/02/2021 . 2 minit bacaan
penyakit hepatitis

Pesakit Hepatitis B, Ini Sebab Mengapa Anda Tak Boleh Derma Darah Walaupun Sudah Pulih

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan
berus gigi

JANGAN Sesekali Kongsi Berus Gigi Walaupun Dengan Pasangan, Boleh Dapat Penyakit Kelamin!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan