Embolisme Pulmonari

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/12/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Definisi

Apakah itu embolisme pulmonari?

Embolisme pulmonari adalah satu keadaan di mana salah satu arteri pulmonari dalam paru-paru tersumbat. Dalam kebanyakan kes, keadaan ini disebabkan oleh gumpalan darah beku yang bergerak ke paru-paru dari kaki. Manakala dalam kes yang jarang sekali berlaku, ia melibatkan darah beku pada bahagian lain dalam badan (gumpalan darah dalam saluran darah).

Apakah kebarangkalian embolisme pulmonari?

Masalah tersumbat itu boleh mengancam nyawa dan ia menjadi punca kematian dalam satu daripada tiga individu yang tidak didiagnosis atau tidak dirawat. Risiko akan menjadi lebih tinggi jika anda berusia lebih daripada 60 tahun.

Walau bagaimanapun, ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom embolisme pulmonari?

Berdasarkan beberapa faktor seperti saiz gumpalan darah, mempunyai penyakit paru-paru atau jantung, simptom embolisme pulmonari adalah berbeza-beza.

Individu dengan masalah kesihatan ini mungkin mengalami beberapa tanda atau simptom berikut:

  • Sesak nafas – Ia biasa berlaku secara tiba-tiba dan boleh menjadi semakin kronik apabila tertekan
  • Sakit dada – Anda mungkin berasa seperti mengalami serangan jantung. Keadaan akan menjadi semakin teruk apabila anda bernafas secara mendalam, batuk, makan atau membongkokkan badan. Ia akan menjadi lebih teruk apabila anda melakukan pekerjaan berat, tetapi tidak akan pulih walaupun anda berehat
  • Batuk – Mungkin akan berlaku batuk berdarah atau kahak yang bercampur darah

Tanda atau simptom lain yang boleh berlaku disebabkan embolisme pulmonari adalah termasuk:

  • Kesakitan atau bengkak pada bahagian kaki, atau mengalami kedua-duanya pada betis
  • Kulit berubah warna (cyanosis)
  • Demam
  • Berpeluh secara berlebihan
  • Denyutan jantung yang cepat atau tidak teratur
  • Sakit kepala atau pening kepala

Bila saya harus berjumpa doktor?

Diagnosis dan rawatan awal boleh menghentikan keadaan ini daripada menjadi lebih teruk dan mencegah daripada mengganggu keadaan kesihatan lain. Berbincang dengan doktor secepat mungkin untuk mencegah keadaan daripada menjadi lebih serius.

Sekiranya terdapat sebarang tanda atau simptom yang dinyatakan di atas atau pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Ini kerana setiap badan bertindak balas secara berbeza. Jadi cara yang terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor untuk menentukan penyelesaian yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini.

Ketahui puncanya

Apa yang mengakibatkan embolisme pulmonari?

Kajian membuktikan bahawa darah beku dianggap sebagai punca utama yang menyebabkan berlakunya keadaan ini. Pembekuan darah itu berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor. Embolisme pulmonari paling kerap berlaku disebabkan oleh trombosis urat dalam, satu keadaan di mana darah beku membentuk pada urat dalam pada badan. Gumpalan darah beku yang menyebabkan berlakunya keadaan ini sering bermula pada bahagian kaki atau pelvis.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko embolisme pulmonari?

Anda mungkin berisiko mengalami masalah kesihatan ini jika anda mempunyai keadaan seperti berikut:

  • Penyakit jantung – Seperti penyakit kardiovaskular, khususnya melibatkan kegagalan jantung. Pembentukan gumpalan darah beku akan menjadi lebih tinggi
  • Kanser – Sesetengah kanser, terutama kanser pankreas, ovari dan paru-paru, serta kanser dengan metastasis, boleh meningkatkan tahap bahan yang membantu pembentukan darah. Prosedur kemoterapi juga meningkatkan lagi risiko
  • Pembedahan – Menjalani prosedur pembedahan merupakan antara punca utama masalah darah beku. Oleh sebab itu, pengambilan ubat untuk mencegah pembekuan darah boleh diberikan sebelum dan selepas pembedahan utama
  • Berehat di atas katil – Selepas pembedahan, anda memerlukan rehat di atas katil untuk tempoh yang lama dan keadaan ini akan membuatkan anda lebih terdedah kepada masalah pembentukan darah beku
  • Perjalanan jauh – Duduk untuk tempoh yang lama dalam pesawat atau perjalanan dalam kereta boleh melambatkan aliran darah pada bahagian kaki. Keadaan ini sekali gus akan menyumbang kepada pembentukan gumpalan darah beku
  • Merokok – Pengambilan tembakau boleh mencetuskan pembentukan darah beku. Keadaan ini cenderung berlaku jika ia melibatkan beberapa faktor risiko lain
  • Berat badan berlebihan –  Mempunyai berat badan yang berlebihan akan meningkatkan risiko penggumpalan darah beku, ini terutamanya berlaku kepada individu wanita yang merokok atau mempunyai masalah tekanan darah tinggi
  • Kehamilan – Tekanan daripada berat bayi dalam kandungan yang menekan saluran pada pelvis juga boleh melambatkan aliran darah kepada kaki. Darah beku juga cenderung terbentuk apabila aliran darah perlahan

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang diberikan ini bukan pengganti kepada sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana embolisme pulmonari didiagnosis?

Sekiranya doktor mengesyaki bahawa anda mungkin mengalami masalah kesihatan ini, beberapa pemeriksaan fizikal perlu dilakukan dan disyorkan oleh doktor, termasuklah:

  • Sinar-x (x-ray)

Ujian yang akan dilakukan pada bahagian dada ini membolehkan doktor anda untuk melihat keadaan jantung dan paru-paru secara terperinci. Ia juga dapat mengesan sebarang masalah pada tulang sekitar paru-paru anda.

  • ECG

Ujian ini mengukur aktiviti jantung anda.

  • MRI

Imbasan ini menggunakan gelombang radio dan medan magnet untuk menghasilkan imej terperinci.

  • Imbasan CT (CT Scan)

Imbasan ini memberikan doktor keupayaan untuk melihat rentetan keratan imej paru-paru anda. Imbasan khas yang dikenali sebagai imbasan V / Q juga boleh dilakukan.

  • Angiografi pulmonari (Pulmonary angiography)

Ujian ini melibatkan penghasilan lubang kecil supaya doktor dapat memasukkan alat khusus melalui pembuluh darah anda.

  • Duplex venous ultrasound

Ujian ini menggunakan gelombang radio untuk menghasilkan visual aliran darah dan memeriksa gumpalan darah beku pada kaki anda.

  • Venografi

Ini adalah X-ray khusus pada urat kaki.

  • Ujian darah khusus yang dikenali sebagai ujian D-dimer

Bagaimana embolisme pulmonari dirawat?

Beberapa pilihan rawatan yang akan disyorkan oleh doktor seperti:

  • Ubat
    • Anticoagulants: Ia juga dipanggil pencair darah, ubat heparin dan warfarin menghalang pembekuan baru daripada terhasil di dalam darah anda. Ubat ini boleh menyelamatkan nyawa anda dalam keadaan kecemasan.
    • Pemecutan beku (thrombolytics)

Ubat-ubatan ini membantu mempercepat pecahan darah beku. Ia biasanya dikhaskan untuk situasi kecemasan kerana kesan sampingan yang mungkin berlaku adalah pendarahan yang serius.

  • Pembedahan

Pembedahan mungkin diperlukan untuk mengeluarkan gumpalan darah beku yang bermasalah. Keadaan ini terutamanya melibatkan gumpalan darah beku yang menyekat aliran darah ke paru-paru atau jantung.

Perubahan gaya hidup & kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh diambil untuk menangani embolisme pulmonari?

Beberapa tip berikut dapat membantu mengatasi masalah ini:

  • Stoking mampatan

Stoking mampatan boleh memberikan tekanan kuat pada kaki anda. Ia membantu urat dan otot kaki untuk menggerakkan darah dengan lebih efisien.

  • Meninggikan kaki

Meninggikan kedudukan kaki terutamanya pada waktu malam juga dapat mengatasi masalah kesihatan ini.

  • Aktiviti fizikal

Bergerak selepas pembedahan turut akan membantu menghalang embolisme pulmonari dan membolehkan proses pemulihan untuk berlaku lebih cepat.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor untuk mendapatkan penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ketahui Kesan Vitamin K

    Memelihara kecantikan dan mengekalkan kulit yang sihat anda perlu menambah vitamin K untuk diet harian anda. Vitamin K didapati dalam pelbagai jenis sayur-sayuran seperti bayam, kale, basil, saderi, dan lain-lain ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Warfarin

    Ketahui mengenai %%title%% di %%sitename%%, termasuk kaeadah penggunaan, kesan sampingan, dan tindak balasnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Ubat/Herba A-Z, Ubat A-Z 04/04/2018 . 8 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesan stres

    Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku? Bahaya Ini! Jangan Selalu Stres Stres Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    Trombofilia

    Trombofilia: Pembekuan Darah yang Lebih Mudah daripada Biasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 2 minit bacaan

    Embolisme Pulmonari: Penyumbatan Saluran Darah di Paru-paru

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 27/02/2019 . 2 minit bacaan
    kaki sakit, aliran darah, sakit kaki

    Erythromelalgia: Kaki Sakit, Merah dan Panas Gara-gara Aliran Darah Tersekat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 28/01/2019 . 3 minit bacaan