home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Budd-Chiari Syndrome: Pembuluh Darah Vena Hati Tersumbat

Budd-Chiari Syndrome: Pembuluh Darah Vena Hati Tersumbat

Budd-Chiari syndrome ialah satu keadaan kesihatan yang sangat jarang berlaku. Ia dianggarkan berlaku sebanyak satu dalam sejuta populasi. Doktor juga kadangkala susah membuat diagnosis penyakit ini kerana sangat jarang ditemui.

Keadaan kesihatan ini berlaku apabila pembuluh vena yang membawa darah keluar dari hati tersumbat. Kesannya, darah akan terkumpul di dalam hati sehingga menyebabkan ia membesar atau bengkak (hepatomegali).

Sistem pembuluh darah vena di dalam tubuh manusia saling berkait antara satu sama lain dan berfungsi membawa darah dari seluruh sel badan balik ke jantung (tetapi sesetengah vena terkecuali dari konsep ini). Pembuluh darah vena yang membawa darah keluar dari hati disebut sebagai vena hepatik. Ia kemudian membawa darah ke inferior vena cava sebelum masuk ke jantung.

Vena lain yang terdapat dalam hati ialah vena portal yang sebaliknya membawa darah masuk, bukannya keluar dari hati.

Apabila vena hepatik tersumbat dan darah terkumpul di dalam hati, tekanan darah akan meningkat. Tekanan tersebut seterusnya menjejaskan vena portal sehingga membawa kepada satu keadaan yang disebut sebagai hipertensi portal. Secara mudahnya, hipertensi portal tidak jauh beza dari hipertensi biasa cuma ia melibatkan pembuluh darah vena, manakala hipertensi biasa berlaku di dalam pembuluh darah arteri.

Apakah kesan dari keadaan ini?

Hampir semua penghidap penyakit ini mengalami simptom berikut:

  • Cecair terkumpul di dalam abdomen (asitis) – ketidakseimbangan tekanan darah menyebabkan cecair keluar dari pembuluh darah dan terkumpul di dalam ruang abdomen.
  • Hipertensi portal – tekanan darah vena yang tinggi menyebabkan bengkak pada sesetengah pembuluh darah termasuk kerongkong (muntah darah), perut (ketidakhadaman), dan kaki (vena varikos).
  • Limpa bengkak (terletak di bahagian kiri bawah abdomen) – ini juga adalah kesan daripada hipertensi portal.

Dalam jangka masa panjang, darah yang terkumpul di dalam hati berisiko menyebabkan sel-sel hati mati dan membentuk parut. Keadaan ini disebut sebagai sirosis hati.

Apakah rawatan Budd-Chiari syndrome?

Rawatan bergantung kepada punca vena tersumbat. Antaranya termasuk:

  • Ubat pencair darah (anticoagulant atau thrombolytic)
  • Rawatan untuk mengawal keadaan hati dan asitis.

Dalam sesetengah kes, pembedahan mungkin diperlukan:

  • Meluaskan diameter pembuluh darah (angioplasty) dan meletakkan stent.
  • Pembedahan pintasan vena.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosia atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim pada 07/12/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Amy
x