Kaki kerap membengkak semasa hamil? Anda mungkin mengalami penyakit edema. Usah bimbang, Hello Doktor akan tunjukkan cara merawatnya.
Anda pasti?
Kaki kerap membengkak semasa hamil? Anda mungkin mengalami penyakit edema. Usah bimbang, Hello Doktor akan tunjukkan cara merawatnya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Pembengkakan pada kaki dan buku lali atau dikenali sebagai edema merupakan antara masalah fizikal yang biasa berlaku kepada bakal ibu terutamanya selepas minggu ke-22 kehamilan. Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana edema adalah tidak berbahaya.
Anda boleh merawatnya sendiri di rumah berpandukan kepada huraian artikel ini.
Pembengkakan boleh terjadi apabila tubuh badan anda menghasilkan cecair ekstra untuk tujuan penyusuan bayi. Cecair ini kebiasaannya akan disimpan di dalam tisu dan kebanyakannya akan tersimpan di bahagian bawah tubuh badan kesan daripada graviti.
Selain itu, pembengkakan juga merupakan kesan daripada tekanan tambahan daripada rahim yang sedang membesar terhadap saluran darah pelvik dan vena cava.
Ini akan mengakibatkan perjalanan darah ke bahagian kaki menjadi perlahan sekaligus menyebabkan tisu di bahagian ini menerima lebih banyak cecair daripada bahagian atas tubuh badan.
Edema juga lebih berbahaya kepada ibu hamil anak kembar ataupun ibu hamil yang terpaksa berdiri lama.
Melakukan senaman menggunakan kaki merupakan antara metode yang terbaik untuk menghalang dan melegakan penyakit edema pada kaki dan buku lali kerana ia membantu melancarkan pengaliran darah serta menghalang otot betis daripada kekejangan.
Berikut merupakan senaman-senaman yang dicadangkan:
Meskipun edema merupakan kondisi yang normal dalam kalangan ibu hamil, ia juga mungkin merupakan petanda risiko penyakit yang lain.
Hubungi doktor jika anda mempunyai petanda-petanda seperti berikut, yang mungkin menunjukkan bahawa anda dijangkiti praeklampsia atau thrombosis:
Kalkulator ini adalah untuk wanita yang ingin tahu berapa berat badan semasa hamil yang terbaik, berdasarkan berat badan mereka sebelum hamil.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen