Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Buasir Luar atau Dalam dan Kesihatan Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Buasir Luar atau Dalam dan Kesihatan Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Buasir luar dan buasir dalam ialah bengkak dan radang pada saluran darah di sekeliling lubang dubur atau di bahagian bawah saluran dubur (rektum).
Ia mungkin terjadi di dalam saluran dubur (rektum) atau di sekeliling lubang dubur (anus).
Buasir biasanya berlaku apabila pesakit selalu meneran/memaksa semasa pembuangan air besar. Tempat berlakunya buasir dapat membezakan jenis-jenisnya.
Ada 2 jenis buasir iaitu buasir luar dan buasir dalam.
Buasir bukanlah penyakit yang serius dan berjangkit. Kebiasaannya buasir akan pulih dengan sendirinya atau ia boleh dirawat dengan mudah menggunakan beberapa ubat tertentu.
Buasir adalah sejenis penyakit lazim. Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan ke atas individu berusia 50 tahun, hampir sebahagian daripada mereka pernah mengalami beberapa episod buasir.
Lelaki dan wanita boleh terkena penyakit ini tetapi ia lebih kerap dalam kalangan wanita mengandung dan pesakit kronik sama ada sembelit mahupun cirit-birit.
Tanda-tanda dan simptom-simptom buasir yang lazim ialah:
Kebanyakan rasa tidak selesa dan sakit adalah disebabkan oleh buasir luar manakala buasir dalam kebiasaannya tidak menyebabkan rasa sakit.
Terdapat juga beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sila berunding dengan doktor sekiranya anda mempunyai kemusykilan berkaitan simptom yang anda hadapi.
Buasir dalam dan buasir luar boleh sembuh? Anda perlu menghubungi doktor sekiranya berlaku beberapa perkara seperti berikut:
Buasir yang anda alami berkemungkinan merupakan tanda masalah kesihatan yang serius. Anda perlu segera berjumpa doktor dan melakukan pemeriksaan kesihatan.
Buasir adalah disebabkan oleh saluran darah yang membengkak yang terjadi akibat tekanan yang tinggi di bahagian bawah saluran dubur. Antara faktor yang meningkatkan tekanan ini ialah:
Terdapat banyak faktor risiko buasir. Antaranya ialah:
Anda perlu berunding dengan doktor anda untuk mengetahui maklumat lanjut.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Untuk mendapatkan diagnosis yang tepat, doktor anda akan menjalankan beberapa ujian berikut:
Bolehkah buasir sembuh sendiri?
Sesetengah buasir pulih dengan sendirinya tetapi buasir yang mempunyai simptom tertentu memerlukan rawatan. Pilihan rawatan buasir luar dan dalam ini termasuk:
Membuang buasir atau dikenali sebagai hemorrhoidectomy, mungkin diperlukan sekiranya kesemua pilihan di atas gagal untuk merawat buasir.
Berapa lama buasir akan kecut? Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin boleh membantu anda mengatasi masalah buasir:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan ubat buasir terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen