Ukuran tangan, kaki dan muka kian membesar? Usia dewasa pun masih boleh membesarkah? Awas! Ini bukan tanda tumbesaran yang normal, ia adalah indikasi penyakit hormon!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Ukuran tangan, kaki dan muka kian membesar? Usia dewasa pun masih boleh membesarkah? Awas! Ini bukan tanda tumbesaran yang normal, ia adalah indikasi penyakit hormon!
Fizikal yang membesar secara abnormal ini dinamakan akromegali, dipicu oleh gangguan paras hormon tumbesaran yang terlalu banyak.
Jom baca kupasan ini untuk mendalami kejadian penyakit hormon, akromegali dengan lebih lanjut!
Tergolong dalam kalangan penyakit hormon yang rare, akromegali boleh menyerang golongan dewasa secara perlahan-lahan.
Ia berlaku apabila kelenjar pituitari menghasilkan hormon tumbesaran (GH) yang terlampau banyak.
Kelenjar pituitari adalah sejenis kelenjar kecil yang terletak berhampiran pangkal tengkorak.
Ia juga menjadi ‘tempat simpanan’ beberapa hormon dan berfungsi dengan melepaskannya ke dalam aliran darah seperti yang diperlukan oleh tubuh.
Hormon ini juga mengawal banyak fungsi tubuh yang berbeza.
Dalam kebanyakan kes pesakit, penyakit hormon ini dipicu oleh pertumbuhan tumor benign (bukan kanser) digelar adenoma, yang terbentuk dari kelenjar pituitari.
Gejalanya merangkumi pembesaran abnormal tulang tangan, lengan, kaki dan kepala.
Pembesaran tulang di rahang dan bahagian depan tengkorak menjadi antara perubahan fizikal yang paling ketara!
Penyakit hormon ini juga boleh menyebabkan penebalan tisu lembut di dalam badan, termasuk jantung, bibir dan lidah.
Sekiranya tidak dirawat, akromegali berisiko menyebabkan penyakit serius dan komplikasi yang boleh mengancam nyawa!
Untuk makluman, apabila hormon tumbesaran dirembes dengan berlebihan sebelum akil baligh, kondisi ini lebih dikenali sebagai gigantisme, bukan akromegali.
GH adalah sebahagian daripada kumpulan hormon yang mengawal pertumbuhan dan perkembangan badan manusia.
Penderita akromegali memiliki paras hormon GH dalam kuantiti yang sangat banyak, mempercepat pertumbuhan tulang dan pembesaran organ.
Disebabkan faktor rangsangan tumbesaran ini, tulang dan organ penghidap akromegali akan menjadi jauh lebih besar berbanding orang lain.
Gejala-gejala akromegali agak rumit untuk dikesan kerana ia terbentuk secara perlahan dari masa ke masa.
Misalnya, anda mungkin hanya akan menyedari kewujudannya apabila cincin yang dipakai sekian lama sudah ketat, atau tidak lagi muat saiz kasut yang biasa dipakai.
Simptom penyakit hormon ini selalunya merangkumi:
Jika anda disyaki memiliki akromegali, doktor akan menjalankan ujian darah untuk memeriksa tahap IGF-1. Paras IGF-1 yang tinggi adalah indikasi kepada tahap tinggi GH.
Kaedah lain untuk mendiagnosis penyakit hormon ini adalah melalui ujian toleransi glukosa oral.
Dalam ujian ini, paras GH dalam darah akan diperhatikan setelah pengambilan air gula.
Selalunya, air gula akan membuatkan kelenjar pituitari berhenti menghasilkan GH dan menurunkan paras darah.
Pun begitu, tumor pituitari yang dihasilkan oleh GH tidak akan berhenti menghasilkan GH, jadi paras GH dalam darah tidak akan berubah.
Rawatan akromegali ditentukan berdasarkan usia dan kesihatan keseluruhan pesakit. Matlamat rawatan adalah untuk:
Pembedahan pembuangan tumor yang memicu GH berlebihan, menjadi pilihan pertama yang sering disarankan oleh doktor kepada penghidap akromegali.
Rawatan ini cepat dan berkesan dalam mengurangkan paras GH, di samping membaik pulih gejala.
1 kemungkinan komplikasi adalah kerosakan pada tisu pituitari yang mengelilingi tumor.
Sekiranya komplikasi ini berlaku, anda perlu memulakan rawatan penggantian hormon pituitari seumur hidup.
Antara komplikasi yang jarang berlaku tetapi serius, termasuklah kebocoran cecair cerebrospinal dan meningitis.
Ubat adalah opsyen rawatan lain yang sering digunakan jika pembedahan tidak berjaya mengurangkan tahap GH.
Malah, ia juga boleh diguna untuk mengecilkan tumor sebelum pembedahan.
Jenis ubat-ubatan ini digunakan untuk mengawal atau menyekat pengeluaran GH:
Radiasi akan menjadi pilihan untuk memusnahkan tumor berukuran besar, hapuskan cebisan sisa tumor pasca-pembedahan atau apabila pengambilan ubat tidak berkesan.
Radiasi secara perlahan dapat bantu menurunkan kadar GH ketika digunakan bersama ubat.
Untuk melihat hasil penurunan paras GH yang dramatik, ia mungkin akan memakan masa beberapa tahun, dengan pemberian beberapa sesi daripada 4 ke 6 minggu.
Tapi awas! Radiasi berpotensi jejaskan kesuburan anda! Dalam kes yang jarang berlaku, ia menyebabkan kehilangan penglihatan, kecederaan otak, atau tumor sekunder.
Sekiranya tidak dirawat, penyakit hormon ini boleh mengakibatkan masalah kesihatan utama. Komplikasinya merangkumi:
Rawatan awal penyakit hormon, akromegali dapat mencegah komplikasi ini daripada berlaku atau menjadi lebih parah.
Seperti yang telah dinyatakan di atas, jika tidak dirawat, akromegali berserta komplikasinya boleh menyebabkan kematian pramatang!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen