backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Puas Diet Tapi Berat Tetap Sama? Mungkin Ada Kaitan Dengan 9 Hormon Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 02/06/2022

    Puas Diet Tapi Berat Tetap Sama? Mungkin Ada Kaitan Dengan 9 Hormon Ini

    Dalam usaha mengawal dan turunkan berat badan, anda memerlukan lebih daripada sekadar menjaga pola pemakanan dan bersenam secara berkala.

    Kadang-kadang, sampai sudah naik muak berdiet tapi berat tetap di skala sama, kan? Dalam hal ini, ketidakseimbangan hormon mungkin boleh dipersalahkan!

    Ini kerana biologi asas manusia mempunyai kesan yang lebih besar dalam menjadi penentu sama ada usaha turunkan berat badan berjaya atau sebaliknya.

    Dengan menguasai aspek biologi dan mengawal hormon, anda akan dapat turunkan berat badan dengan mudah, tanpa kerumitan, dan paling penting tidak perlu menyiksa diri berlapar! Menarik bukan?

    Berikut adalah 9 cara untuk ‘memperbaiki’ hormon yang mengawal berat badan anda!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Ketidakseimbangan Hormon Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Hormon pengawal berat badan

    # 1 Insulin

    Merupakan hormon ‘penyimpan’ lemak nombor 1 dalam tubuh manusia!

    Kalau anda ingin turunkan berat badan, pastikan untuk memberi tumpuan dalam mengawal hormon insulin lebih banyak berbanding hormon lain.

    Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel beta pankreas. Ia dirembeskan dalam jumlah kecil sepanjang hari dan dalam jumlah yang lebih besar selepas makan.

    Insulin membolehkan sel mengambil gula darah untuk digunakan sebagai tenaga atau disimpan, bergantung pada keperluan badan pada masa itu.

    Dengan mengelakkan makanan tinggi gula dan karbohidrat, anda berupaya melaraskan tahap insulin secara mendadak. Ini akan bantu mengawal berat badan anda, melebihi cara-cara lain.

    # 2 Leptin

    Sel-sel lemak di seluruh tubuh manusia menghasilkan leptin, hormon yang bertanggungjawab mengurangkan selera makan dan memberikan sensasi kenyang.

    Sekiranya anda berjaya mencetuskan pengeluaran leptin yang lebih besar dengan jumlah makanan yang lebih kecil, usaha turunkan berat badan akan berjaya!

    turunkan berat badan

    Ini kerana anda akan dapat mengawal porsi makanan harian sepenuhnya, yang menjadi antara kaedah termudah untuk mengawal pengambilan kalori.

    Makanan yang menyebabkan keradangan; minuman bergula, lemak trans, dan lain-lain harus dikurangkan sehabis mungkin untuk meningkatkan kepekaan leptin secara keseluruhan.

    # 3 Ghrelin

    Setiap kali anda merasa lapar, perut akan melepaskan hormon yang dikenali sebagai ghrelin (hormon yang mencetuskan mesej biokimia tertentu ke hipotalamus, yang memberi isyarat kepada otak untuk makan).

    Untuk makluman, paras hormon lapar ini berada di tahap tertinggi sebelum makan, dan yang paling rendah selepas anda makan.

    Walau bagaimanapun, mereka yang obes atau mempunyai berat badan berlebihan, paras ghrelin adalah lebih rendah berbanding individu dengan berat badan normal.

    Untuk turunkan berat badan, kurangkan makanan dan minuman manis bergula, serta tingkatkan pengambilan protein keseluruhan. Cara ini akan dapat meningkatkan paras ghrelin anda dengan mudah!

    # 4 Kortisol

    Hormon yang dikenali sebagai kortisol dalam badan kita ini dihasilkan oleh kelenjar adrenal.

    Kelenjar mengeluarkan kortisol apabila anda dalam keadaan tertekan atau cemas, dan apabila ia terjadi, tubuh secara semula jadi mula menyimpan makanan sebagai tenaga untuk mengelakkan kelaparan.

    Untuk atasi masalah ini, dapatkan tidur yang mencukupi, makan makanan lebih seimbang yang kaya dengan sayur-sayuran, dan cuba lakukan meditasi untuk menenangkan diri.

    # 5 Estrogen

    Tahap hormon estrogen sememangnya jauh lebih tinggi pada wanita berbanding lelaki.

    Estrogen dihasilkan oleh ovari secara berlebihan, lantas menjadi hormon seks yang paling penting bagi wanita. Namun, ia juga wujud pada kaum lelaki dalam jumlah yang lebih kecil.

    Apabila paras estrogen meningkat atau menurun, proses semula jadi yang menyebabkan kenaikan berat badan bakal tercetus, lantas menyebabkan kegemukan!

    Dalam usaha untuk mengawal semula paras estrogen, lebihkan makan makanan yang berasaskan serat dan sayur-sayuran hijau.

    Bukan itu sahaja, lakukan senaman dengan lebih kerap sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari, okey?

    # 6 Neuropeptide Y (NPY)

    Hormon ini dikeluarkan di otak oleh sistem saraf pusat, dan bertanggungjawab dalam mencetuskan selera makan, memberi signal kepada badan apabila lapar, dan memicu sensasi untuk buat anda makan.

    Dengan makan secara berkala (bukan berpuasa), hormon ini akan dapat dikurangkan secara menyeluruh dan mencegah anda daripada tabiat makan berlebihan.

    # 7 Glucagon-Like Peptide-1 (GLP-1)

    Hormon ini pula dihasilkan di sistem penghadaman, perut, dan usus anda.

    Ia merupakan ‘pengendali utama’ dalam mengatur tahap gula dalam darah dan mengurangkan selera setelah anda makan.

    Elakkan makanan yang mempunyai nilai keradangan tinggi dan makan banyak sayur-sayuran hijau, protein dan makanan probiotik secara berkala.

    Nescaya, anda dapat meningkatkan ‘gut flora’ dengan bakteria sihat yang bantu mengatur hormon dengan signifikan!

    # 8 Cholecystokinin (CCK)

    Sama seperti GLP-1, hormon ini juga dihasilkan di sistem penghadaman dan usus manusia.

    turunkan berat badan

    Ia juga digunakan untuk bantu mengurangkan selera makan dan menghilangkan rasa mengidam (craving).

    Protein, serat, dan lemak sihat seperti lemak daripada minyak yang sihat akan meningkatkan pengeluaran hormon ini, sekali gus menjayakan usaha turunkan berat badan!

    # 9 Peptide YY (PYY)

    Hormon terakhir yang bertanggungjawab untuk mengawal selera makan anda dalam menurunkan risiko kegemukan, adalah peptide YY.

    Hormon ini juga hidup dan dihasilkan oleh usus anda, yang boleh dikawal dengan makanan berasaskan protein, serat, dan lemak sihat, berserta pengamalan diet rendah-karbohidrat.

    Konklusi

    Hormon berfungsi secara bersama untuk meningkatkan atau mengurangkan selera makan dan penyimpanan lemak.

    Sekiranya sistem-sistem ini tidak berfungsi dengan baik, anda mungkin bakal berdepan dengan isu berat badan secara berterusan.

    Mujurlah, perubahan diet dan gaya hidup boleh memberi kesan positif kepada hormon-hormon ini.

    Akhir kata, semakin banyak hormon yang berjaya dikawal dalam usaha turunkan berat badan, semakin besar peluang anda untuk dapatkan berat idaman!

    Selamat mencuba!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 02/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan