Familial isolated pituitary adenoma (FIPA) ialah terma yang digunakan untuk mengenali suatu keadaan yang menunjukkan penyakit autosomal dominan yang dikenali dengan terdapat dua atau lebih pesakit yang mempunyai pituitari adenoma sahaja, dan tiada simptom yang lain seperti yang terjadi kepada multiple endocrine neoplasia type 1 atau Carney complex.
Diagnosis dan rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimanakah pituitari adenoma didiagnosis?
Jika doktor anda mengesyaki anda mempunyai penyakit ini, pemeriksaan fizikal akan dijalankan dan ujian tertentu akan disyorkan oleh doktor anda. Di antara ujian yang disyorkan adalah:
Ujian fungsi pituitari
Ujian fungsi hormon pituitari adalah perlu kepada setiap pesakit yang mempunyai tumor pituitari. Ini melibatkan pensampelan hormon di dalam darah untuk memantau atau memastikan sekiranya terdapat functional adenoma, selain daripada memastikan terdapatnya bukti bahawa kegagalan fungsi pituitari.
Scan pengimejan
Di antara cara kita mengesan pituitari adenoma ialah pengimejan resonans magnetik (MRI). MRI boleh mengesan adenoma yang besar daripada empat milimeter. Kita menggunakan protokol khas bagi mendapatkan imej yang jelas.
Bagaimanakah pituitari adenoma dirawat?
Bergantung kepada faktor-faktor tertentu, pilihan rawatan anda akan ditentukan oleh doktor anda, termasuklah:
- Hormon yang dihasilkan oleh tumor (jika ada)
- Saiz tumor
- Keluasaan tumor yang telah merebak ke kawasan sekitar
- Umur dan keadaan kesihatan anda
Sebaiknya, lebih daripada seorang pakar akan terlibat dalam menjalankan rawatan pituitari adenoma. Sesetengah pilihan rawatan yang boleh diberikan oleh doktor anda termasuklah:
Pengurusan Pituitari adenoma menggunakan ubat
Jika anda mempunyai hormone-producing pituitary adenoma, ia juga boleh dirawat dengan ubat. Pakar endokrinologi yang mempunyai kepakaran dalam menangani hormone-producing tumor juga mungkin diperlukan.
Pembedahan
Jika pituitari adenoma memerlukan pembedahan, selalunya prosedur yang terbaik adalah melalui hidung.
Terapi radiasi
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh membantu saya menangani pituitari adenoma?
Melakukan senaman dengan selalu dan mempunyai diet yang baik adalah langkah terbaik untuk mencegah penyakit.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen