Akromegali disebabkan oleh penghasilan hormon tumbesaran yang berlebihan dari kelenjar pituitari. Kelenjar pituitari menghasilkan beberapa hormon penting yang mengawal fungsi tubuh badan seperti pertumbuhan dan pembangunan, pembiakan, dan metabolisma. Hormon tumbesaran adalah penting untuk mengawal pertumbuhan fizikal tubuh badan seseorang. Tahap hormon pertumbuhan yang tinggi menyebabkan tulang di lengan, kaki, kepala dan muka lebih besar daripada badan anda. Penghasilan hormon tumbesaran yang berlebihan boleh berpunca daripada ketumbuhan di kelenjar pituitari atau dalam kes terpencil adalah pertumbuhan di pankreas , paru-paru atau bahagian otak.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Akromegali?
Terdapat beberapa risiko akromegali seperti:
- Anda mempunyai sejarah penyakit pituitari seperti ketumbuhan, hipopituitarisma.
- Jika anda mendapat gangguan GNRH (pembebasan hormon tumbesaran) di lobus bawah , anda juga boleh mendapat akromegali disebabkan oleh hormon tumbesaran GNRH daripada aktiviti biasa.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Akromegali didiagnosis?
Terdapat banyak cara untuk mendapatkan diagnosis secara terperinci. Kebiasaannya doktor akan memeriksa badan pesakit dan melakukan pemeriksaan darah untuk mengukur jumlah hormon tumbesaran.
Bagaimana pesakit Akromegali dirawat?
Rawatan-rawatan secara mendalam meliputi:
- Diagnosis dan rawatan awal penyakit pituitari; gangguan pengurangan menghasilkan terlalu banyak hormon tumbesaran. Doktor anda mungkin mensyorkan untuk anda berjumpa dengan doktor pakar dalam bidang endokrin, yang merupakan pakar dalam merawat masalah hormon.
- Pembedahan untuk membuang ketumbuhan di alam kelenjar pituitari melalui hidung atau bibir akan dijalankan dan ini tidak meninggalkan parut.
- Pembuangan ketumbuhan dengan terapi radiasi.
- Biasanya doktor akan menggabungkan kesemua rawatan yang ada untuk hasil yang lebih berkesan dan paling pantas. Akromegali memerlukan rawatan jangka masa panjang. Pembedahan biasanya berjaya tetapi tahap hormon mungkin tidak kembali kepada asal, jadi pesakit perlu mendapat sokongan ubat selepas pembedahan.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Akromegali?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi akromegali:
- Mematuhi sepenuhnya arahan doktor dengan tepat dan bekerjasama dengan proses rawatan. Anda perlu menghubungi doktor anda sekiranya mengalami kesan sampingan daripada ubat seperti mual, sakit kepala ringan , pening kepala dan sebagainya.
- Dapatkan pemeriksaan kerap ( seperti yang diarahkan doktor). Doktor anda akan memeriksa tekanan darah , gula dalam darah dan kardiovaskular untuk mengesan komplikasi penyakit.
- Simptom-simptom tidak akan hilang dengan segera. Rawatan perlu diutamakan untuk jangka masa panjang dan dan mendapat sokongan ibu bapa dan orang yang disayangi.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen