backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Wanita PCOS Ada Masalah Banyak Bulu Pada Muka & Badan? Cuba 5 Kaedah Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 04/02/2022

    Wanita PCOS Ada Masalah Banyak Bulu Pada Muka & Badan? Cuba 5 Kaedah Ini

    Kondisi hirsutisme atau mempunyai bulu muka dan badan yang banyak mungkin menjadi kebanggaan buat golongan lelaki, kerana dikatakan macho. Tapi, hal ini cukup berbeza bagi wanita…

    Memiliki bulu yang berlebihan boleh menjadi perkara memalukan buat kaum Hawa, lebih-lebih lagi di bahagian wajah!

    Hal ini berisiko menjejaskan keyakinan diri, penampilan fizikal malah mental seseorang wanita.

    Namun, perkara ini ternyata berlaku dan ia dikenali sebagai kondisi hirsutisme.

    Hirsutisme adalah pertumbuhan bulu muka atau badan yang berlebihan pada wanita.

    Untuk makluman, ia adalah sejenis gangguan perubatan yang berkaitan dengan hormon disebut sebagai androgen.

    Bulu muka dan badan yang berlebihan juga adalah antara gejala fizikal sindrom ovarium polikistik (PCOS) yang memberi kesan kepada 70% hingga 80% wanita dengan PCOS.

    Keadaan tidak normal ini dipicu oleh pengeluaran androgen yang berlebihan, iaitu kelas hormon yang bertanggungjawab terhadap ciri-ciri lelaki.

    Wanita dengan kondisi hirsutisme sering mengalami pertumbuhan bulu berlebihan di wajah, leher, dada, punggung, dan kaki.

    Jika anda termasuk dalam golongan ini, usah risau kerana penulis bakal mengupas teknik-teknik pembuangan bulu yang dapat kalian manfaatkan, teruskan membaca ya!

    Teknik-teknik pembuangan bulu penghidap kondisi hirsutisme

    #1 Waxing

    Waxing, melibatkan penggunaan lapisan nipis lilin yang dipanaskan ke permukaan kulit yang berbulu.

    Antara kaedahnya, sehelai kain disapu pada tempat yang dililin, gosok bagi memastikan ia melekat dengan kuat dan kain itu kemudian ditarik, lantas menarik bulu keluar sepenuhnya daripada akar.

    Apa yang menariknya, teknik ini dapat dilakukan hanya di rumah menggunakan alatan waxing yang boleh dibeli di pasar raya atau farmasi.

    Tambah lagi, oleh sebab teknik ini membuang bulu hingga ke akar, kesan cabutan diberikan dapat bertahan agak lama!

    Walaupun berkesan, waxing masih berisiko menyebabkan kemerahan dan pembengkakan jangka pendek.

    Bergantung pada jumlah rambut yang hendak dicabut, ia juga boleh menyakitkan.

    #2 Mencukur

    kondisi hirsutisme

    Bercukur adalah antara kaedah yang paling banyak digunakan untuk menghilangkan bulu, terutamanya pada wajah.

    Teknik cukuran akan memotong bulu tepat di permukaan kulit dan bertentangan dengan mitos yang berlegaran; ia tidak menyebabkan bulu tumbuh lebih gelap atau tebal!

    Masalah dengan mencukur setiap hari adalah, ia berisiko menjadi punca pertumbuhan bulu wajah yang terbantut (ingrown facial hairs) dan benjolan pisau cukur (pseudofolliculitis barbae), terutama pada wanita berkulit hitam atau berjerawat.

    Tambahan itu, bilah pencukur yang tumpul berupaya menyumbang kepada masalah kondisi hirsutisme ini.

    Justeru, untuk mengurangkan kerengsaan kulit disebabkan oleh pencukuran, selalulah gunakan bilah yang tajam berserta krim pelembap ya!

    #3 Pembuangan laser

    Semasa proses pembuangan bulu menggunakan laser, pakar dermatologi yang terlatih akan menggunakan sinar laser yang kuat ke kawasan kulit yang berbulu.

    Walaupun prosedurnya tidak bersifat kekal, ia dapat menyingkirkan bulu dengan selamat dan untuk jangka masa lebih lama jika dibandingkan dengan waxing.

    Pembuangan bulu laser juga lebih mahal dan mungkin tidak begitu berkesan pada mereka dengan kulit yang lebih cerah yang mempunyai bulu berwarna gelap.

    Perbezaan warna antara folikel bulu dan kulit anda akan menentukan pilihan laser.

    Sekiranya anda memutuskan untuk melakukan prosedur ini, pastikan untuk melakukannya dengan ahli dermatologi yang sudah berpengalaman ya!

    Sensasi yang menyengat mungkin dirasai semasa prosedur, berserta kemerahan dan pembengkakan kulit jangka pendek.

    #4 Krim depilatory atau bleaching

    Krim depilatori berfungsi melarutkan bulu dengan penggunaan bahan kimia seperti calcium thioglycolate atau potassium thioglycolate.

    Manakala, krim bleaching pula menghilangkan pigmen daripada rambut, menjadikannya kurang kelihatan secara fizikal.

    Kedua-duanya mudah digunakan, hanya memerlukan aplikasi tipis, masa menunggu yang singkat, dan kaedah pencucian yang mudah.

    Pun begitu, kelemahan utama produk ini adalah ‘kekuatan’ bahan kimianya, lebih-lebih lagi jika digunakan pada wajah.

    Cara mengelakkan kemerahan dan kerengsaan, uji krim ini pada bahagian kecil kulit dahulu dan tunggu sekurang-kurangnya sejam untuk melihat sebarang kesan sampingan muncul.

    #5 Ubat-ubatan

    Daripada menguruskan gejala kondisi hirsutisme, terdapat juga ubat-ubatan yang dapat merawat ketidakseimbangan hormon disebabkan oleh PCOS dan mengurangkan jumlah androgen yang beredar di dalam aliran darah.

    Antara pilihan ubatan yang diluluskan:

    kondisi hirsutisme

  • Pil pencegah kehamilan: Kontraseptif oral dapat membantu dengan meningkatkan tahap hormon wanita sambil mengehadkan pengeluaran dan kesan androgen
  • Spironolactone: Ubat antiandrogen ini menghalang pengeluaran testosteron sambil menyekat reseptor hormon androgenik pada folikel rambut
  • Flutamide: Flutamida, ubat nonsteroidal antiandrogenic mampu menyekat pengeluaran androgen tanpa meningkatkan tahap hormon wanita. Disebabkan ia berisiko akibatkan keracunan hati, ia hanya boleh digunakan di bawah pengawasan doktor yang ketat
  • Rumusan

    Demikian adalah antara kaedah pembuangan bulu yang boleh penghidap kondisi hirsutisme amalkan mengikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing.

    Namun, jika anda ingin mendapatkan hasil yang lebih berjangka panjang dengan pengambilan ubatan di atas, pastikan untuk melakukan konsultasi bersama doktor terlebih dahulu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 04/02/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan