home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Tahu Jenis Darah Anda: A, B, AB Atau O? Ini Sebab Perlu Tahu Darah Sendiri

Tahu Jenis Darah Anda: A, B, AB Atau O? Ini Sebab Perlu Tahu Darah Sendiri

Pasti anda tahu tentang jenis-jenis darah, tapi adakah anda tahu jenis darah anda sendiri? Kalau anda pernah derma darah, pasti anda tahu darah anda jenis apa.

Sebagai makluman, darah ABO terbahagi kepada 4 kumpulan iaitu A, B, AB dan O. Kesemua kumpulan ini merujuk kepada perbezaan antigen yang ada pada permukaan darah tersebut.

Namun, sejauh manakah anda tahu tentang kepentingan mengetahui jenis darah anda selain untuk digunakan semasa menderma darah?

Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut, jom ikuti artikel kami di bawah!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

Mengapa penting untuk anda tahu jenis-jenis darah?

Salah satu sebab mengapa anda perlu tahu jenis darah anda adalah untuk elakkan daripada menerima jenis darah yang salah ketika pembedahan ataupun ketika dalam situasi kecemasan.

Percampuran 2 jenis darah yang berbeza boleh menyebabkan darah bergumpal. Darah tersebut kemudiannya akan pecah dan boleh akibatkan reaksi toksik.

Keadaan ini boleh membawa maut kepada penerima darah. Walau bagaimanapun, risiko untuk anda menerima darah yang salah sangat minimum.

Setiap kali anda menderma ataupun perlukan permindahan darah, darah anda akan diperiksa terlebih dahulu sebelum dipasangkan bersama darah yang sesuai untuk anda.

Ini akan kurangkan risiko untuk anda menerima jenis darah yang salah.

Anda mungkin juga berminat

Mommy yang mengandung juga perlu tahu jenis darah

jenis-jenis darah

Ibu mengandung pula perlu tahu status resus diri sendiri. Status resus ataupun rhesus factor (Rh) ialah sejenis protein yang diwarisi yang terletak pada permukaan sel darah.

Jika darah anda mengandungi protein tesebut, anda berstatus Rh positif manakala jika anda tidak mempunyai protein tersebut, anda berstatus Rh negatif.

Kebanyakan ibu mempunyai status Rh positif. Walau bagaimanapun, masalah akan timbul jika ibu tersebut mempunyai status Rh negatif.

Ibu yang mempunyai Rh negatif tidak akan mengalami apa-apa komplikasi kesihatan. Walau bagaimanapun, ia boleh mempengaruhi kandungan anda.

Jika anda mempunyai Rh negatif dan anak anda pula Rh positif, badan anda akan menghasilkan sejenis protein yang dipanggil antibodi Rh yang boleh bergerak melepasi plasenta dan memusnahkan sel darah merah bayi.

Kondisi ini boleh menyebabkan anemia yang boleh mengancam nyawa. Oleh itu, penting untuk para ibu melakukan pemeriksaan darah ketika kandungan mencecah minggu ke-28.

Ibu yang mengalami kondisi ini memerlukan jagaan yang rapi ketika hamil.

Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh diatasi jika ibu melakukan pemeriksaan darah dan juga mengambil suntikan RhoGAM ataupun Rh immune globulin injection ketika mengandung.

Elak daripada terkena beberapa jenis penyakit

Tahukah anda jenis darah anda juga boleh sebabkan anda mengalami risiko yang lebih besar untuk menghidap beberapa jenis penyakit?

Sebagai contoh, penyelidik di Harvard School of Public Health mendapati bahawa:

  1. Individu yang mempunyai darah jenis B mempunyai 10% risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit yang berkaitan dengan arteri. Individu yang mempunyai darah AB pula 23% lebih berisiko.
  2. Individu dengan jenis darah A pula 5% lebih berisiko untuk menghidap penyakit arteri koronari (coronary artery disease) daripada individu yang mempunyai darah jenis O.
  3. Individu jenis darah O mempunyai risiko yang paling rendah untuk menghidap penyakit jantung.

Kajian yang sama juga menyatakan:

  1. Individu jenis darah AB mempunyai risiko strok yang lebih tinggi.
  2. Individu jenis darah A lebih berisiko untuk mendapat kanser perut.
  3. Diabetes jenis 2 tidak berlaku dengan kerap dalam kalangan individu yang mempunyai darah jenis O.

Disebabkan pakar masih lagi menjalankan kajian, penting untuk anda tahu jenis darah supaya anda lebih faham tentang risiko anda untuk menghidap beberapa jenis penyakit.

Apabila anda faham tentang risiko ini, lebih mudah untuk anda lakukan tindakan mitigasi yang bersesuaian.

Derma darah dan bantu insan lain yang lebih memerlukan

jenis-jenis darah

Lebih mudah untuk anda bantu orang lain jika anda tahu jenis darah anda. Tambah lagi, hospital di seluruh negara sentiasa mencari penderma.

Mereka juga akan memanggil individu yang mempunyai jenis-jenis darah yang sesuai untuk tampil ke hadapan bagi menderma jika terdapat individu yang sakit tenat ataupun mengalami kemalangan.

Kadangkala, mereka akan panggil individu dengan jenis darah yang spesifik untuk derma darah.

Jika anda tahu jenis darah anda, lebih mudah untuk anda tampil menolong individu yang memerlukan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. El Camino Health. 2018. Knowing Your Blood Type is More Important Than You Think. May. Accessed July 28, 2020. https://www.elcaminohealth.org/stay-healthy/blog/knowing-your-blood-type-more-important-you-think.
  2. Havard School of Public Health. n.d. Blood type linked to heart disease risk. Accessed July 28, 2020. https://www.hsph.harvard.edu/news/hsph-in-the-news/qi-blood-type-heart-disease-risk/.
  3. Mayo Clinic. 2020. Rh factor blood test. June 17. Accessed July 28, 2020. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/rh-factor/about/pac-20394960.
  4. Nobel Media AB. n.d. Blood Groups, Blood Typing and Blood Transfusions. Accessed July 28, 2020. https://educationalgames.nobelprize.org/educational/medicine/landsteiner/readmore.html.
  5. https://www.blood.ca/en/blood/donating-blood/whats-my-blood-type

 

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak pada 28/08/2020
x