home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Nak Derma Darah Tapi TAKUT Gemuk, Betul Ke Badan Akan Berisi?

Nak Derma Darah Tapi TAKUT Gemuk, Betul Ke Badan Akan Berisi?

Pernah dengar tak orang kata lepas menderma darah, berat akan bertambah- benarkah? Sempena Hari Derma Darah Sedunia, 14 Jun, jom ketahui manfaat kesihatan yang akan diperolehi serta syarat derma darah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

Derma darah menggemukkan?

Jika anda percaya selepas menderma darah badan akan semakin berisi, ketahuilah ia hanya 1 mitos yang tidak tetap.

Amalan menderma darah tidak akan menyumbang kepada pertambahan berat badan seseorang.

Hakikatnya selepas menderma, sistem dalam badan yang bekerja bagi menggantikan darah atau sel plasma yang telah anda sumbangkan akan membakar kalori tambahan.

Cuma proses yang berlaku tidak ketara atau terlalu kerap sehingga menyebabkan anda mengalami penurunan berat badan. Tetapi yang pasti ia juga tidak akan mengakibatkan kenaikan berat badan.

Jadi hentikan kepercayaan anda itu dan jika anda cukup syarat derma darah, apa kata mulakan menderma darah hari ini?

Ini kerana ada manfaat kesihatan yang menanti.

Manfaat kesihatan menderma darah

Darah sumbangan anda sudah tentu amat dinantikan oleh individu yang memerlukannya. Namun ia bukan setakat itu sahaja.

Menurut beberapa profesional perubatan, tabiat menderma darah ini memberikan manfaat kesihatan kepada penderma.

  1. Mengurangkan tahap zat besi

Zat besi adalah sejenis mineral yang diperlukan badan untuk menghasilkan sel darah merah. Tetapi jika jumlahnya terlalu banyak, ia boleh membahayakan kesihatan individu.

Ini kerana ia boleh masuk ke dalam organ badan yang berbeza seperti hati dan jantung serta menjejaskan fungsinya.

  1. Pemeriksaan kesihatan

Sebelum menderma darah anda akan menjalani pemeriksaan fizikal dan ujian darah ringkas.

Hasilnya, ia membolehkan seseorang untuk mengetahui jika wujud sebarang masalah kesihatan yang tidak diketahui seperti tekanan darah atau jumlah darah yang rendah. Bagus kan?

Walau bagaimanapun, seseorang tidak boleh menggunakan derma darah sebagai landasan untuk mengetahui jika mereka mempunyai penyakit bawaan darah seperti hepatitis B, hepatitis C atau HIV.

Sebaliknya, pemeriksaan terus kepada doktor adalah cara terbaik jika wujud sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan.

Walaupun individu dengan jumlah darah rendah tidak akan dibenarkan untuk menderma, namun sekurang-kurangnya ia membolehkan anda untuk mengetahui keadaan semasa.

Ia akan membantu bagi mendapatkan lebih maklumat tentang kesihatan anda.

syarat derma darah

  1. Bangga

Apabila menderma darah, secara tidak langsung ia menerbitkan rasa bangga kerana dapat membantu sehingga 3 individu yang memerlukan sumbangan darah anda bagi meneruskan kehidupan.

Menyedari bahawa anda akan memberikan perbezaan dalam kehidupan individu lain pastinya akan menghilangkan tekanan dan membuatkan anda berasa lebih baik.

  1. Membakar kalori

1 proses derma darah membolehkan anda membakar sehingga 650 kalori. Ia bukanlah 1 cara alternatif untuk bersenam, tetapi boleh berikan manfaat kesihatan secara tidak langsung.

Kini, anda menyedari bahawa derma darah memberikan manfaat kesihatan berbanding risiko. Mungkin ia menjadi pendorong untuk anda mula menderma?

Tetapi bagaimana pula dengan syarat derma darah? Adakah anda menepati syarat derma darah yang diperlukan?

Kriteria & syarat derma darah

Jika anda mempunyai keinginan untuk menderma darah, berikut adalah syarat derma darah yang perlu dipenuhi:

  1. Sihat tubuh badan
  2. Syarat usia:
  • Untuk penderma kali pertama harus berusia antara 18-65 tahun
  • Bagi mereka yang pernah menderma perlu berada dalam lingkungan usia 18-65 tahun
  • Mereka di bawah usia 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa mahupun penjaga
  1. Mempunyai berat badan 45 kg dan ke atas
  2. Mendapat tidur yang mencukupi, minimum waktu tidur adalah 5 jam
  3. Tiada mempunyai sebarang masalah kesihatan
  4. Sudah makan sebelum menderma darah
  5. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti:
  • Hubungan sejenis sesama jantina (homoseksual)
  • Hubungan dengan kedua-dua jantina (biseksual)
  • Hubungan dengan pekerja seks komersial
  • Bertukar-tukar pasangan seks
  • Mengambil dadah secara suntikan
  • Menjadi pasangan kepada individu yang melakukan hubungan jenis di atas
  1. Pendermaan darah terakhir adalah 3 bulan lepas
  2. Bagi penderma wanita:
  1. Jangan menderma darah jika anda :
  • Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern, Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih
  • Pernah tinggal di Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih
  1. Membawa salah satu dokumen ASAL berikut:

Warganegara Malaysia

  • Kad pengenalan awam, tentera atau polis
  • Lesen memandu
  • Kad pekerja dengan no kad pengenalan dan gambar
  • Kad pelajar dengan no kad pengenalan dan gambar
  • Buku penderma darah (PDN 2) untuk penderma ulangan

Bukan warganegara Malaysia

  • Tinggal di Malaysia melebihi 1 tahun
  • Pasport
  • Permit kerja dengan nombor pasport dan gambar
  • Kad pelajar dengan nombor pasport dan gambar

syarat derma darah

Penjagaan kesihatan selepas menderma darah

Jika anda cukup syarat derma darah dan akan menyumbang darah anda, terima kasih diucapkan.

Seperkara yang perlu anda ketahui, selepas menderma, penderma biasanya perlu menunggu 10 hingga 15 minit sebelum dibenarkan beredar.

Biasanya dalam jangka masa itu, penderma akan disarankan untuk makan dan minum sebagai mengembalikan kesegaran badan.

Tujuan lain adalah untuk mencegah pening atau sakit kepala ringan serta kelesuan yang boleh berlaku kesan menderma darah.

 

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.carterbloodcare.org/common-myths-about-blood-donation-pt-2// Accessed on May 21, 2020

https://www.pdn.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=168&Itemid=225&lang=ms / Accessed on May 21, 2020

https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/blood-donation/about/pac-20385144 

/ Accessed on May 21, 2020 

https://www.cdc.gov/media/releases/2020/s0319-cdc-encourages-donating-blood.html

https://www.verywellhealth.com/blood-transfusions-and-blood-donation-3156816

https://stacks.cdc.gov/view/cdc/13727

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 13/04/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
x