home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Penemuan Hebat Perubatan Moden: Jenis Darah Anda

Penemuan Hebat Perubatan Moden: Jenis Darah Anda

Penemuan jenis darah merupakan antara penemuan terbesar dalam bidang perubatan moden.

Tanpa pengetahuan tentang jenis darah dan perbezaannya, pemindahan darah, -prosuder yang sangat kerap dijalankan atas keperluan perubatan- tidak dapat dilakukan dengan selamat.

Sebelum abad ke-20, pemindahan darah dilakukan secara eksperimen tanpa pengetahuan tentang jenis darah, yang boleh menyebabkan risiko tindak balas atau kematian kepada pesakit yang menerima darah yang tidak bersesuaian.

Jadi, tahukah anda bagaimana penemuan saintifik yang penting ini berlaku?

Pemindahan darah dalam haiwan

Eksperimen pertama pemindahan darah merupakan pemindahan darah antara anjing yang dilakukan oleh saintis Royal Society bernama Richard Lower pada tahun 1665.

Beliau mendapati bahawa kedua-dua anjing, penderma dan penerima, tidak menunjukkan tanda-tanda membimbangkan selepas selesai prosuder.

Daripada situ, bermulalah eksperimen yang cuba memindahkan darah haiwan kepada manusia, dengan kesan maut yang menyebabkan prosedur tersebut diharamkan.

Pemindahan antara manusia kemudiannya dicuba, yang dalam beberapa kes, penderma dan penerima kebetulan mempunyai darah serasi, menunjukkan keberkesanan, tetapi saintis masih tidak mempunyai cara untuk mengukur keselamatan setiap prosuder.

Sedangkan jika pemindahan darah dilakukan tanpa ujian menentukan jenis darah, kemungkinan anda menerima darah yang serasi berbeza-beza mengikut jenis darah anda, tetapi ia berkisar dari 7 peratus (jika anda jenis O negatif) hingga 100 peratus (jika anda mempunyai jenis penerima ‘universal’, AB positif).

Landsteiner dan jenis darah

jenis darah

Saintis yang menemui kumpulan darah adalah Karl Landsteiner daripada Austria. Beliau menemui jenis darah biasa A, B dan O (yang dirujuk sebagai A, B dan C) pada tahun 1901, dan saintis lain – yang bekerja di bawahnya menemui jenis AB setahun kemudian pada tahun 1902.

Landsteiner telah dianugerahkan Hadiah Nobel 1930 dalam Fisiologi atau Perubatan untuk kerjanya.

Pemindahan darah yang selamat

Enam tahun selepas penemuan Landsteiner, pada tahun 1907, seorang doktor Amerika bernama Reuben Ottenberg berjaya menyalurkan darah antara dua orang di New York.

Beliau adalah orang pertama yang mencatatkan ujian pra-pemindahan untuk keserasian darah dalam keadaan klinikal.

Kerja-kerja beliau seterusnya membawa kepada pengetahuan bahawa orang dengan darah O adalah ‘penderma universal’, yang bermaksud bahawa darah mereka boleh diterima oleh siapa pun antara empat kumpulan darah sistem ABO.

Menguji kumpulan darah membuat transfusi jauh lebih selamat, dan ia menjadi semakin popular.

Namun beberapa penerima masih menjalani tindak balas, menunjukkan bahawa bahagian penting teka-teki ini masih belum ditemui.

Pada tahun 1940, faktor Rh ditemui oleh Landsteiner dan Alexander Weiner dalam ujian pada monyet rhesus (oleh itu label ‘Rh’, untuk Rhesus).

Sama ada anda diuji positif atau tidak untuk antigen Rh D menentukan sama ada anda mempunyai kumpulan darah positif (contoh:A +) atau negatif (contoh:A-).

Sistem dalam jenis darah

darah

Sehingga hari ini terdapat 35 sistem kumpulan darah yang diiktiraf, dan mungkin terdapat lebih banyak lagi yang belum dijumpai.

ABO dan Rh masih sistem yang paling dikenali kerana kepentingannya dalam bidang perubatan.

Kumpulan darah lain tidak mempunyai kesan signifikan dan kebanyakan orang hanya perlu mengenali lapan kumpulan darah (A +, A-, B +, B-, O +, O-, AB + dan AB-).

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://bigpictureeducation.com/history-blood-types

http://thedishonscience.stanford.edu/posts/who-came-up-with-blood-types/

 

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Helma Hassan Disemak pada 20/07/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x