-
Rehabilitasi
Pergerakan dalam solat menyerupai proses rehabilitasi. Ia justeru membantu kesihatan neurologi dan muskuloskeletal. Sebagai contoh, berdiri tegak membantu mengembalikan keseimbangan statik dan dinamik. Berdiri dengan dua kaki memberikan tekanan yang sama ke atas sendi-sendi di kedua-dua kaki. Rukuk pula menguatkan otot kaki dan belakang badan.
-
Kajian menunjukkan bahawa solat mampu memberikan ketenangan dan menurunkan tekanan darah. Posisi sujud terutamanya mampu melakukan demikian. Dengan kedudukan otak di bawah paras jantung, banyak darah akan dipam ke otak dan menenangkan fikiran seterusnya merendahkan tekanan darah.
-
Mencegah osteoporosis
Osteoporosis adalah keadaan di mana tulang menjadi rapuh. Ia kebiasaannya berlaku dalam kalangan wanita selepas menopaus kerana perubahan pada hormon estrogen. Pergerakan ketika solat yang dilakukan secara berkala setiap hari boleh mencegah penyakit ini.

Sains dan agama selalu dilihat sebagai entiti yang berbeza. Walau bagaimanapun, agama Islam tidak pernah memisahkan antara keduanya. Sebagai bukti, solat yang merupakan amalan ritual utama agama Islam memberikan banyak manfaat terhadap kesihatan badan. Banyak lagi amalan lain yang telah dibuktikan oleh kajian moden sebagai bermanfaat bukan sahaja dari sudut spiritual tetapi juga fizikal dan psikologi.
Di sebalik semua manfaat kesihatan yang ada, sebab utama orang Islam menunaikan solat bukanlah bergantung kepada hal ini tetapi hanya mengharapkan ganjaran dari Allah. Kita hendaklah sentiasa membetulkan niat agar tidak hanya memperoleh manfaat kesihatan, tetapi juga yang lebih penting agar diterima amalan tersebut.
Bulan Ramadan bulan spiritual dan fizikal. Jika boleh dapatkan kedua-duanya, mengapa tidak?