
Apa Itu Osteoporosis?
Orang yang menghidap osteoporosis mempunyai tulang yang nipis dan lemah. Perkataan ‘Osteo’ berasal daripada perkataan Greek, ‘Osteon’, yang membawa maksud ‘Tulang’ manakala ‘Porosis’ pula berasal daripada perkataan Greek, ‘Poros’ yang bermaksud ‘lubang/laluan’. Menurut Kamus perubatan Medilexicon, Osteoporosis adalah “pengurangan kuantiti tulang atau atropi tisu rangka; gangguan berkaitan usia yang diperincikan dengan pengurangan jisim tulang dan kehilangan seni bina-mikro, membawa kepada kecenderungan untuk keretakan tulang.”
Menurut Servis Kesihatan Nasional (NHS), sekitar 3 juta orang di UK meghidap osteoporosis, membawa kepada 230 000 retakan tulang setiap tahun. Menurut Yayasan Osteoporosis Kebangsaan (NOF), osteoporosis adalah ancaman kesihatan awam kepada sekitar 44 juta warga Amerika Syarikat dan 55% daripada orang yang berusia 50 tahun ke atas. NOF turut melaporkan bahawa 10 juta individu kini menghidap osteoporosis, manakala 34 juta individu dikatakan mempunyai jisim tulang yang rendah, meletakkan mereka pada risiko yang tinggi untuk mendapat osteoporosis.
Semakin usia meningkat dan semakin ramai mengamalkan gaya hidup sedentar, insiden osteoporosis dijangka akan terus meningkat. Kajian ini menunjukkan bahawa penggubal polisi dan agensi-agensi berdana kurang mempertimbangkan pembangunan ini secukupnya dalam perancangan mereka.
Sekiranya osteoporosis tidak berjaya dicegah atau dibiarkan tidak dirawat, ianya boleh bertambah teruk sehingga berlakunya retakan tulang, tanpa rasa sakit sebelum itu. Lazimnya, ianya melibatkan tulang pinggul, tulang belakang atau tulang di tapak tangan. Retakan tulang pinggul lazimnya memerlukan kemasukan ke hospital dan pembedahan besar. Retakan tulang pinggul secara umunya, membawa kepada gangguan berjalan yang serius dan kadangkala, boleh membawa kepada maut sekiranya tidak dirawat. Retakan tulang belakang atau verterbra boleh membawa kepada kemerosotan ketinggian, kecacatan dan sakit tulang belakang yang teruk.
Para saintis German menjelaskan bahawa terdapatnya mekanisma molekul yang mengawal keseimbangan antara pembentukan tulang dan juga penyerapan tulang. Mereka berjaya membuktikan konsep ini dengan memaparkan dua bentuk suis gen yang berbeza – isoform pendek dan isoform panjang – yang menentukan proses ini.
Apakah simptom osteoporosis?
Osteoporosis berlaku secara beransur-ansur dalam tempoh bertahun lamanya. Keadaan ini boleh menerpa pesakit tanpa sebarang simptom pada mulanya – ianya boleh mengambil masa berbulan-bulan hingga ke beberapa tahun untuk mula disedari. Antara tanda-tanda awal osteoporosis adalah sakit sendi
Kesukaran untuk berdiri
Kesukaran untuk duduk tegak. Posisi membongkok yang kerap dilihat dalam kalangan orang tua adalah tanda boleh dilihat yang mungkin menandakan osteoporosis.
Semakin jisim dan ketumpatan tulang seseorang itu terus menurun, keretakan pinggul, tapak jari dan tulang belakang menjadi semakin kerap. Kerapuhan ini boleh menyebakan batuk atau bersin berkemungkinan untuk mengakibatkan retakan tulang rusuk atau kerosakan separa tulang belakang.
Orang tua menderita dengan sangat teruk sekiranya mereka mengalami keretakan tulang kerana proses penyembuhan tulang itu tidak berjalan lancar. Sekiranya ini berlaku, ianya boleh membawa kepada berlakunya arthritis, yang akhirnya akan menyebabkan pesakit tidak berupaya untuk melakukan aktiviti harian. Peratusan besar warga tua yang mengalami keretakan tulang tidak mampu untuk hidup berdikari selepas itu.
Walaupun osteoporosis sendiri tidak mengakibatkan kesakitan, keadaan ini menyebabkan tulang itu retak atau patah dengan sangat mudah, dan apabila tulang patah, ianya menyakitkan. Punca paling kerap dalam kesakitan kronik berkaitan osteoporosis adalah keretakan tulang belakang.
Apakah faktor-faktor risiko untuk mendapat osteoporosis? Apakah penyakit yang berkaitan dengan osteoporosis?
Faktor risiko adalah sesuatu yang meningkatkan kemungkinan seseorang untuk menghidap sesuatu keadaan atau penyakit. Ada beberapa faktor yang meningkatkan kemungkinan untuk mendapat osteoporosis, antaranya:
Jantina pesakit
Wanita adalah dua kali ganda lebih berisiko untuk menghidap osteoporosis berbanding lelaki. Menurut pakar, ini disebabkan oleh 2 perkara iaitu:
- Wanita memulakan hayat mereka dengan hayat tulang yang lebih rendah.
- Wanita hidup lebih lama berbanding wanita.
- Menopaus menyebabkan penurunan mendadak estrogen yang mengakibatkan kerapuhan tulang yang cepat.
Usia
Semakin berusian seseorang, semanik menurun jisim tulang mereka dan penurunan ini berterusan sehingga mereka mati.
Vertigo
Saintis-saintis Korea menemui kaitan antara penghidap vertigo dan osteoporosis.
HIV
Penghidap HIV/AIDS mempunyai risiko mendapat osteoporosis yang lebih tinggi.
Kanser Perut
Kebanyakan mereka yang pernah menghidap kanser perut mungkin menghidap osteoporosis dan berisiko untuk mendapat keretakan tulang di masa akan datang.
Etnik
Orang Kaukasia, atau Afrika Selatan lebih cenderung untuk mendapat Osteoporosis berbanding orang Afrika atau orang Amerika Selatan atau India Utara. Bagaimanapun, risikonya tetap tinggi dalam semua orang.
Sejarah keluarga
Mereka yang mempunyai keluarga rapat yang pernah menghidapi osteoporosis berisiko tinggi untuk menghidapinya berbanding orang biasa, lebih-lebih lagi bila mereka pernah mendapat keretakan tulang. Kajian menemui bahawa gen DARC mempengaruhi ketumpatan tulang secara negatif dalam tikus.
Mereka yang mempunyai rangka badan yang kecil
Mereka yang berangka kecil khususnya jika mereka kurus, terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk mendapat osteoporosis apabila mereka tua. Ini kerana jisim tulang mereka adalah lebih rendah berbanding orang lain.
Merokok
Mereka yang merokok terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk mendapat osteoporosis.
Pendedahan kepada estrogen
Wanita yang mendapat menopaus lebih lewat, akan mengalami penurunan hormon estrogen yang lebih lambat dan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat osteoporosis.
Anorexia dan/atau bulimia
Mereka yang menghidap gangguan pemakanan seperti keadaan-keadaan ini, tanpa mengira jantina, akan lebih berisiko untuk mendapat osteoporosis.
Penyakit kardiovaskular dan kaitan dengan penyakit Alzheimer.
Sebuah kajian di University Rice telah membawa para pengkaji kepada kemungkinan untuk menemui kaitan misteri antara penyakit jantung dan penyakit Alzheimer.
Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Tarikh Reviu: Mac 25, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Disember 6, 2019