Tip Moreh Yang Sihat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/09/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Moreh Ramadan telah menjadi amalan masyarakat Islam di Malaysia sejak sekian lama. Selepas solat, jemaah masjid akan beramai-ramai menikmati hidangan yang disediakan sambil bersembang.

Amalan ini sudah tentu banyak manfaatnya. Antaranya adalah merapatkan hubungan sesama jemaah masjid, menyediakan ruang untuk bersedekah dan memberikan motivasi kepada kanak-kanak untuk datang ke masjid.

Namun, jika ia tidak dikawal dan diselia dengan cermat, makan moreh di lewat malam mungkin boleh menyebabkan beberapa keadaan kesihatan, antaranya:

  • Menaikkan berat badan.
  • Menganggu kitaran tidur.
  • Kerap ke tandas di tengah malam.
  • Ketidakhadaman dan pedih ulu hati.

Jadi, saya tak boleh langsung makan moreh? Jangan risau, anda masih boleh makan moreh Ramadan. Ikuti tip di bawah.

1. Kurangkan makanan bergula

moreh ramadan

Kita tidak selalunya mampu memilih makanan moreh Ramadan. Apa yang tersedia, itulah yang dimakan. Sebolehnya, kurangkan makanan bergula seperti lepat pisang, onde-onde, akok atau donat. Walaupun semua kuih-muih mengandungi gula, cuba utamakan yang kurang kandungan gulanya seperti bahulu dan kuih sepit. Tapi malangnya jarang kuih ini ditemui semasa moreh.

Gula yang berlebihan tidak sihat untuk badan. Ikuti sebab anda perlu kurangkan gula di sini.

2. Elakkan makanan berat

Kadangkala, moreh bukan sahaja dihidangkan dengan kuih-muih, tetapi juga makanan berat seperti mi, mihun, nasi lemak atau kuey teow. Ini adalah waktu yang kurang sesuai untuk menikmati makanan berat seperti ini.

Namun, jika makanan sudah terhidang dan anda ingin merasainya, ambil dalam kuantiti yang kecil. Satu senduk penuh atau kurang sudah mencukupi. Jangan sampai menambah satu atau dua pinggan pula.

3. Teh O vs teh tarik

Jika ada dua pilihan air ini, pilihan yang lebih baik adalah teh O. Susu pekat manis yang digunakan di dalam teh tarik mengandungi lebih banyak gula berbanding teh O. Jika inginkan pilihan yang sihat, pastinya anda lebih tahu.

Satu atau dua kali seminggu tidak mengapa, tapi jangan sampai setiap hari selama sebulan anda mengambil teh tarik!

Banyak lagi air teh panas yang sedap boleh dijadikan sebagai alternatif seperti teh Sabah, teh strawberi atau teh kayu manis. Semuanya tidak kurang sedapnya.

4. Lebihkan waktu bersosial berbanding makan

moreh ramadan

Waktu moreh bukan sahaja patut dihabiskan dengan makan, tapi gunakan peluang ini untuk bersosial dan bertanya khabar. Mungkin ada kenalan yang sudah lama tidak bertentang mata atau jiran-jiran yang tak pernah ditemui sebelum ini.

Moreh adalah waktu yang baik untuk merapatkan hubungan. Jangan hanya sibuk menambah makanan sahaja, tambah juga kenalan.

5. Uruskan makanan lebih

Jika ada lebihan makanan ketika moreh Ramadan, pastinya anda tidak mahu membazir. Tetapi tidak semestinya ia mesti dimakan pada waktu itu. Anda boleh bungkus dan simpan untuk dibawa ke waktu sahur. Kemudian, maklumkan kepada pihak surau atau masjid supaya mengurangkan kuantiti makanan untuk mengelakkan pembaziran.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Berpuasa Tapi Makan Banyak Masa Sahur Dan Iftar? Relaks, Anda Pasti Takkan Gemuk Jika Amalkan 5 Tip Ini!

Ramai individu ingin memanfaatkan ramadan untuk berdiet namun sering gagal. Mungkin kalian perlu cuba tip kurus di bulan puasa ini terlebih dahulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diet & Turun Berat Badan, Pemakanan Sihat 28/04/2020 . 3 minit bacaan

Nak Berat Badan Ideal Masa Ramadan? Buatlah Solat Tarawih, Bakar Kalori Anda Lepas Berbuka

COVID-19 'memaksa' kita untuk solat Tarawih di rumah sahaja. Tahukah anda, antara kelebihan solat Tarawih adalah membantu membakar kalori selepas berbuka?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Aktiviti Kesihatan Lain, Badan Sihat 28/04/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Risau! Mulut Takkan Lagi Berbau Semasa Berpuasa Jika Lakukan 5 Tip Ini!

Umum mengetahui bahawa orang yang berpuasa akan mengalami masalah mulut berbau. Tenang, ini kami kongsikan cara hilangkan bau mulut yang berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kesihatan Mulut, Penjagaan Mulut 24/04/2020 . 3 minit bacaan

Bila Waktu Sesuai Berasmara Dengan Pasangan Di Bulan Puasa? Ini Jawapan Pakar!

Seks ketika bulan puasa pastinya tak boleh dibuat waktu siang. Adakah jimak malam puasa sesuai dilakukan? Jom ikuti artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kesihatan Seksual, Petua Seks 24/04/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

bahaya merokok

Ingin Berhenti Merokok Bulan Puasa Ini? Buat 5 Tip Di Bawah Confirm Anda Tak Hisap Lagi

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 05/05/2020 . 3 minit bacaan
puasa ramadan

Puasa Terbatal Jika Buat Ujian Swab COVID-19? Ini 17 Perkara Boleh & Tidak Boleh Dilakukan Jika Berpuasa

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 04/05/2020 . 3 minit bacaan
menu sahur simple

Tak Tahu Nak Masak Apa Masa Sahur? Ini 7 Menu Simple Boleh Cuba Sepanjang Ramadan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 30/04/2020 . 4 minit bacaan
makanan segera ketika iftar

Ini Bahaya Ambil Makanan Segera Semasa Iftar – #5 Pasti Buat Anda Menyesal!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 29/04/2020 . 3 minit bacaan