backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Manfaat 6 Jenis Vitamin Ini Untuk Nafsu Dan Ereksi, Pasti Stamina Seksual Anda Meningkat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 15/03/2024

    Manfaat 6 Jenis Vitamin Ini Untuk Nafsu Dan Ereksi, Pasti Stamina Seksual Anda Meningkat!

    Bagi kebanyakan lelaki muda, libido dan ereksi yang sama bertenaga adalah apa yang mereka inginkan. Sebab itu, mereka memerlukan vitamin untuk lelaki bagi merangsang kedua-duanya. 

    Walau bagaimanapun, agak sukar bagi mereka untuk mengekalkan tahap kesihatan seksual apabila sentiasa dipengaruhi oleh banyak faktor seperti persekitaran, umur atau rawatan penyakit.

    Selain daripada beberapa pengaruh yang tidak dapat dielakkan (contohnya, umur dan gen), terdapat satu kaedah yang anda boleh gunakan untuk meningkatkan stamina seksual.

    Ia adalah diet yang munasabah untuk kaum Adam mengamalkan vitamin. Jom lihat senarai vitamin tersebut di bawah.  

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Vitamin untuk lelaki rangsang seksual 

    Vitamin C

    Vitamin C adalah antioksidan yang boleh menyerang radikal bebas. 

    Dalam usaha untuk mendapatkan vitamin C, anda perlu cuba beberapa buah-buahan seperti buah kiwi, lemon dan oren.

    Vitamin A

    vitamin untuk lelaki

    Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan pengeluaran hormon seks dalam kalangan lelaki dan wanita terjejas. Malahan, ia boleh menyebabkan pengecutan testis bagi lelaki dan atrofi ovari bagi perempuan.

    Vitamin A boleh didapati dalam beberapa buah-buahan dan sayur-sayuran seperti lobak merah, cili, aprikot dan sebagainya.

    Vitamin untuk lelaki – Phenylalanine

    Ia adalah asid amino yang meningkatkan tahap endorfin, mood individu dan bertindak sebagai afrodisiak.

    Sumber terkaya phenylalanine boleh ditemui dalam coklat. Beberapa alternatif lain adalah badam, avokado, nanas, kacang tanah dan bayam.

    Vitamin E

    Dalam kesihatan seksual, kesan vitamin E adalah sama seperti “ecstasy” yang mempunyai keupayaan untuk menyokong dalam pengeluaran hormon seks, tarikan, keinginan dan perasaan.

    Bukan sahaja vitamin E, antioksida yang kuat boleh melambatkan tanda-tanda penuaan, tetapi ia juga secara tidak langsung meningkatkan jangka hayat kehidupan seks anda.

    Amat mudah untuk mencari vitamin E yang bagus dalam badam, kacang dan bayam.

    Citrulline

    vitamin untuk lelaki

    Citrulline adalah fitonutrien boleh menyokong peredaran darah, meningkatkan aliran darah dan stamina seksual. 

    Buah-buahan yang tinggi dengan kandungan citulline adalah tembikai. 

    Asid lemak omega-3

    Asid lemak omega-3 sangat baik untuk hati dan hormon anda. Lemak omega-3 adalah lemak poli tak tepu dimetabolismekan oleh hati untuk menghasilkan hormon testosteron dan estrogen.

    Seperti yang diterbitkan dalam majalah Forbes, asid lemak omega-3 juga membantu fungsi sistem saraf dengan lebih baik. 

    Antara sumber makanan yang mudah untuk mendapatkan asid lemak omega-3 seperti salmon dan lain-lain.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 15/03/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan