backup og meta

Kenali Apa Itu Mpox, Ini Beberapa Cara Mudah Untuk Melindungi Anda & Keluarga!

Kenali Apa Itu Mpox, Ini Beberapa Cara Mudah Untuk Melindungi Anda & Keluarga!

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan penyakit Mpox sebagai ancaman kesihatan global. Ia kekal sebagai risiko, dengan lonjakan kes baru-baru ini menekankan keperluan untuk kesedaran, pencegahan dan mengetahui langkah yang perlu diambil sekiranya terdedah.

Walaupun secara umumnya penyakit Mpox ini kurang kritikal dan kurang berjangkit jika dibandingkan dengan cacar, adalah penting untuk menekankan kepentingan kekal cakna dan bersedia bagi memastikan musim cuti yang selamat dan sihat.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Apa itu penyakit Mpox?

Kuala Lumpur, 2 Disember 2024-Dr Aaron Lai Kuo Huo, Pakar Perubatan Kecemasan di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, menerangkan tentang penyakit ini termasuk cara-cara jangkitan, gejala, langkah pencegahan dan beberapa salahtanggapan mengenainya.

Penyakit Mpox atau Monkeypox tergolong dalam keluarga virus Orthopoxvirus yang merangkumi cacar dan cacar lembu.

Walaupun Mpox mempunyai persamaan dengan cacar, ia masih wujud, terutamanya di rantau Afrika Tengah dan Barat.

Virus ini mempunyai dua clade utama iaitu Clade 1 (endemik di Afrika Tengah) dan Clade 2 (endemik di Afrika Barat).

Mpox adalah penyakit berjangkit yang berbahaya.
Mpox adalah penyakit berjangkit yang berbahaya.

Dr Aaron menjelaskan, wabak yang sedang berlaku di Afrika adalah disebabkan oleh strain Clade 1, yang dikenali dengan kadar jangkitan lebih tinggi dan gejala lebih teruk seperti lesi kulit yang jelas dan masalah pernafasan.

Varian baharu, Clade 1b, semakin meningkat akibat pertambahan jangkitan manusia ke manusia dan keupayaannya untuk mengelak daripada dikesan oleh sistem imun.

Strain ini perlu dipantau dengan teliti kerana ia boleh menjejaskan keberkesanan vaksin dan mengakibatkan kadar komplikasi yang lebih tinggi termasuk lesi kulit yang teruk, kesukaran bernafas dan juga melibatkan organ.

Jangkitan dan cara merebak penyakit Mpox

Mpox berjangkit terutamanya melalui sentuhan fizikal dengan orang yang dijangkiti atau objek yang tercemar.

“Virus ini berjangkit melalui sentuhan secara langsung dengan cecair badan, lesi kulit, atau titisan pernafasan semasa kontak bersemuka yang lama,” kata Dr Aaron.

Virus juga boleh disebarkan dengan berkongsi barangan peribadi seperti tuala atau pakaian dengan orang yang dijangkiti.

Satu lagi cara jangkitan adalah melalui hubungan seksual, tambah Dr Aaron. Mpox juga boleh berjangkit dari haiwan kepada manusia melalui kontak secara langsung dengan haiwan yang dijangkiti di kawasan endemik.

Tambahnya, cara paling berkesan untuk mencegah penularan adalah dengan mengelakkan sentuhan kulit ke kulit, berkongsi barangan peribadi dengan individu yang dijangkiti, terutamanya mereka yang menunjukkan simptom yang nyata seperti ruam atau lesi kulit, serta menjaga kebersihan tangan dengan baik.

Segera berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai simptom penyakit Mpox.
Segera berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai simptom penyakit Mpox.

Langkah-langkah yang perlu diambil jika anda telah terdedah kepada Mpox

  • Mengasingkan diri dengan segera untuk mencegah penyebaran virus.
  • Dapatkan nasihat perubatan daripada kakitangan kesihatan untuk ujian dan diagnosis.
  • Elakkan kontak, terutamanya dengan golongan berisiko, termasuk individu yang kurang daya tahan jangkitan (immunocompromised), wanita hamil dan kanak-kanak.
  • Maklumkan kakitangan kesihatan tentang kebarangkalian pendedahan supaya mereka dapat memberikan penjagaan yang sesuai.

“Ujian untuk mengesan Mpox biasanya melibatkan calitan dari lesi kulit atau nasofaring. Seterusnya, kes akan dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan untuk pengesanan kontak. Elakkan kontak rapat dengan orang lain sehingga diagnosis disahkan dan gejala telah pulih,” nasihat Dr Aaron.

Salah tanggapan Monkeypox kebanyakan orang tidak tahu!

Antara mitos tersebut ialah penyakit Mpox hanya menjejaskan lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis.

Walaupun kadar jangkitan mungkin lebih tinggi dalam komuniti ini, Mpox boleh menjejaskan sesiapa sahaja melalui kontak rapat, tanpa mengira kecenderungan seksual, terang Dr Aaron.

Satu lagi salah faham yang lazim ialah Mpox sama bahayanya dengan cacar atau boleh dijangkiti dengan mudah seperti COVID-19.

Walaupun Mpox boleh menjadi serius, terutamanya bagi kumpulan yang mudah terdedah, kadar kematiannya jauh lebih rendah berbanding cacar, kata Dr Aaron. Kebanyakan kes adalah ringan dan boleh sembuh dengan sendiri.

penyakit mpox
Ketahui gejala penyakit Mpox supaya anda boleh membuat langkah pencegahan awal jika mempunyai simptom tersebut.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Mpox, https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/mpox, Diakses Disember 9, 2024.
  2. Mpox, https://www.cdc.gov/mpox/index.html, Diakses Disember 9, 2024.
  3. Tanda dan Gejala Jangkitan Mpox, https://mpox.moh.gov.my/ms/orang-awam/tanda-gejala-jangkitan-mpox, Diakses Disember 9, 2024.
  4. Mpox myths and facts, https://www.tarrantcountytx.gov/en/public-health/disease-control-and-prevention/epidemiology-and-health-information/diseases-in-tarrant-county/monkeypox/myths-and-facts.html, Diakses Disember 9, 2024.
  5. Mpox, https://www.betterhealth.vic.gov.au/mpox-malay, Diakses Disember 9, 2024.

Versi Terbaru

10/12/2024

Ditulis oleh Siti Fatihah

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

6 Jenis Penyakit Kulit Ini Antara Yang Paling Mudah Berjangkit, Jaga-jaga!

Varian Baru COVID Telah Dikesan di Malaysia, Segera Dapatkan Vaksin Booster Anda Sekarang!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Siti Fatihah · Disemak pada 2 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan