Cacar air hanya menjejaskan satu bahagian badan tetapi cacar monyet pula boleh menjejaskan keseluruhan anggota badan.
Kelepuhan kulit yang disebabkan oleh virus monkeypox juga kelihatan sangat berbeza daripada cacar air.
Ia biasanya mempunyai nodus limfa yang bengkak berwarna keputihan manakala cacar air pula tidak menyebabkan pembengkakan dan biasanya berwarna merah.
#3. Penyebaran jangkitan monkeypox vs chickenpox

Virus cacar monyet di Malaysia dan seluruh dunia boleh merebak daripada haiwan kepada manusia melalui gigitan atau cakaran oleh haiwan yang telah dijangkiti.
Virus monkeypox juga boleh berjangkit daripada ibu hamil kepada janinnya sendiri.
Virus ini juga boleh merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair badan atau kudis pada orang yang dijangkiti atau dengan objek yang telah bersentuhan dengan cecair atau kudis badan.
Cacar air atau chickenpox pula merebak dengan mudah daripada individu yang dijangkiti kepada orang lain yang tidak pernah menghidap penyakit itu atau tidak pernah menerima vaksin.
Seseorang yang pernah dijangkiti cacar air atau telah menerima vaksin agak jarang untuk dijangkiti lagi dengan chickenpox.
Walaupun mereka mungkin boleh dijangkiti, namun simptom yang dialami sudah menjadi kurang teruk.
#4. Perbezaan pada simptom jangkitan
Cacar monyet di Malaysia dan juga chickenpox juga boleh dibezakan melalui dua perkara ini:
- Demam: Ruam monkeypox akan muncul antara 1 hingga 5 hari selepas demam manakala ruam chickenpox pula muncul antara 1 hingga 2 hari selepas demam
- Tempoh pengeraman: Tempoh inkubasi virus monkeypox adalah antara 5 hingga 21 hari manakala chickenpox pula berlaku dari 4 hingga 7 hari
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen