Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Selepas hampir setahun terbelenggu dengan pandemik COVID-19, akhirnya kita boleh menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan ketibaan kumpulan pertama vaksin COVID-19 daripada Pfizer-BioNTech di sini, pada 21 Februari lepas.
Vaksin ini amat penting untuk membentuk imuniti berkelompok atau herd immunity di Malaysia yang hanya boleh dicapai dengan selamat melalui program vaksinasi.
Sebelum teruskan pembacaan, mari lihat statistik terkini COVID-19 di Malaysia.
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,
“Vaksin ini akan diberikan secara percuma kepada semua warganegara dan bukan warganegara Malaysia bertepatan dengan slogan rasmi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan iaitu Lindung Diri, Lindung Semua.”
Menurut WHO, peratusan masyarakat yang perlu melakukan imunisasi untuk mencapai imuniti berkelompok berbeza mengikut penyakit.
Sebagai contoh, imuniti berkelompok terhadap penyakit campak (measles) memerlukan imunisasi sekitar 95% daripada populasi.
Untuk penyakit polio pula, sebanyak 80% daripada populasi perlu melakukan vaksinasi. Walau bagaimanapun, peratusan populasi yang perlu dicapai untuk membentuk imuniti berkelompok terhadap COVID-19 masih belum diketahui.
Namun, kerajaan Malaysia bertekad untuk melakukan vaksinasi kepada sekurang-kurangnya 80% penduduk dewasa Malaysia menjelang Februari 2022 untuk mengurangkan penularan virus COVID-19.
Baca juga:
Program vaksinasi akan dijalankan bermula 26 Februari 2021 dan dilakukan dalam 3 fasa sehingga 22 Februari 2022. Fasa pertama membabitkan sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan atau frontliners sehingga April hadapan.
Pada hari ini (Rabu, 24 Februari 2021) Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan menjadi antara individu pertama yang menerima suntikan vaksin di Malaysia bersama petugas-petugas barisan hadapan.
Di bawah merupakan senarai kumpulan sasaran bagi 3 fasa pemberian vaksin serta anggaran individu yang akan divaksinasi:
Sasaran vaksinasi – 500,000 orang
Sasaran vaksinasi – 9.4 juta orang
Mari rujuk infografik di bawah untuk ketahui golongan manakah yang berisiko tinggi.
Sasaran vaksinasi – 13.7 juta orang/lebih
Baca juga:
Kami faham, mungkin ramai yang risau mengenai keselamatan vaksin. Walaupun pembuatan vaksin telah dipercepatkan untuk membendung penularan wabak, itu tidak bermaksud vaksin tersebut tidak selamat digunakan.
Malah, pembuatan vaksin tersebut telah dipantau dengan rapi untuk memastikan ia selamat untuk kegunaan umum.
Selain itu, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam juga telah memutuskan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus.
Walau bagaimanapun, ada kemungkinan anda akan mengalami simptom ringan yang bersifat sementara seperti:
Vaksin tidak akan menyebabkan anda menghidap apa-apa penyakit. Malah, dengan melakukan vaksinasi, anda dapat memastikan diri anda dan ahli keluarga selamat daripada virus COVID-19.
Oleh sebab itu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Jangan sia-siakan peluang ini. Program imunisasi inilah harapan kita untuk bebas daripada cengkaman COVID-19 dan kembali menjalani hidup yang normal.
[mc4wp_form id=”115319″]
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen