Mengapa penyakit cacar monyet gay ini banyak berlaku dalam golongan ini?

Tidak seperti penyakit HIV dan AIDS yang menular melalui hubungan seksual, cacar monyet gay hanya tersebar melalui sentuhan kepada kontak rapat.
Memandangkan golongan homoseksual seperti gay ini lebih aktif bersosial menerusi penggunaan sesetengah aplikasi telefon pintar, maka mereka lebih banyak menjadi kontak rapat dengan individu lain yang telah dijangkiti cacar monyet tanpa diketahui.
Oleh sebab itu, lebih ramai kelompok gay yang telah dijangkiti penyakit ini disebabkan tidak mengetahui status semasa individu yang dijumpai.
Simptom yang dialami juga tidak terhad di kawasan kemaluan sahaja, tetapi di seluruh kawasan tubuh.
Pencegahan dan rawatan tidak terhad kepada kelompok tertentu sahaja
Memandangkan virus cacar monyet gay ini lebih banyak dikenal pasti dalam kelompok homoseksual, maka langkah penerangan, kesedaran dan pencegahan perlu dilakukan dengan lebih kerap terhadap mereka.
Namun, kaedah pencegahan, kesedaran dan rawatan ini juga tidak boleh bersifat diskriminasi terhadap golongan tertentu sahaja.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen