home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

8 Soalan Lazim Kenapa Vaksin Influenza Perlu Diambil Ketika Wabak COVID-19 Ini

8 Soalan Lazim Kenapa Vaksin Influenza Perlu Diambil Ketika Wabak COVID-19 Ini

Sejak penemuan vaksin pertama oleh Edward Jenner pada tahun 1796, ia telah melindungi populasi umum daripada pelbagai jenis ancaman penyakit. Namun, bukan semua individu memahami kepentingan vaksin.

Dunia kini sedang bertungkus lumus menyiapkan vaksin bagi mencegah penularan jangkitan virus korona baharu (COVID-19).

Sempena dengan Minggu Imunisasi Sedunia pada 24-30 April 2020, ikuti temubual kami bersama Pengurus Besar Sanofi Pasteur Malaysia & Brunei, Camille de Lataillade mengenai persoalan lazim berkenaan kepentingan vaksin bagi virus influenza semasa musim wabak.

#1 Apa kepentingan vaksin kepada orang dewasa?

Apa yang pembaca perlu tahu adalah jangkitan kuman tidak memilih mangsa mereka.

Ramai yang sering membuat anggapan bahawa orang dewasa tidak perlu divaksinkan, hanya kanak-kanak perlu.

Namun, perkara tersebut salah.

Jika kita ambil jangkitan influenza sebagai contoh, ia telah meragut 290,000 hingga 650,000 nyawa setiap tahun di seluruh dunia.

Orang tua, ibu mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit kronik berisiko untuk mendapat jangkitan teruk.

Melalui pengambilan vaksin, anda dapat mencegah penyakit ini daripada berlaku dan menular.

#2 Bercakap tentang vaksin selesema, apa yang saya perlu tahu mengenainya?

kepentingan vaksin

3 perkara penting yang perlu anda tahu:

  1. Jangkitan influenza berbeza dengan jangkitan selesema biasa. Kedua-duanya mempunyai simptom yang sama, namun jangkitan influenza lebih serius. Ia boleh meningkatkan risiko kematian.
  2. Penggunaan vaksin bagi mencegah jangkitan influenza boleh melindungi golongan berisiko daripada mengalami komplikasi jangkitan dan kematian.
  3. Oleh sebab virus influenza kerap mengalami mutasi, setiap individu digalakkan mengambil suntikan vaksin tahunan.

#3 Adakah populasi rakyat Malaysia sedar akan kepentingan vaksin influenza?

Kadar imunisasi influenza di Malaysia hanya berada pada angka 2%. Perkara ini terjadi disebabkan oleh beberapa faktor:

  1. Mereka menganggap jangkitan influenza tidak berbahaya.
  2. Anggapan yang salah berkaitan dengan orang dewasa tidak memerlukan vaksin.
  3. Salah faham bahawa jangkitan influenza hanya berlaku pada musim sejuk.

Setiap tahun, lebih daripada 1 bilion kes influenza didiagnosis di seluruh dunia.

Kematian biasanya berlaku dalam kalangan mereka yang berusia 75 tahun dan ke atas.

Apa yang lebih menakutkan adalah Asia Tenggara merupakan benua ketiga yang mempunyai risiko mortaliti tertinggi di dunia.

#4 Siapa yang perlu mendapatkan vaksin influenza?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan mereka yang berisiko tinggi untuk mengambil vaksin setiap tahun:

  1. Individu yang berusia 65 tahun dan ke atas.
  2. Kanak-kanak di antara 6 bulan hingga 5 tahun.
  3. Ibu hamil.
  4. Individu yang mempunyai penyakit kronik.
  5. Kakitangan kesihatan

Baca juga:

Walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk mengambil vaksin influenza walaupun tidak berisiko tinggi.

Ini berikutan jika sebahagian besar dalam satu masyarakat telah divaksin, risiko jangkitan dan penularan dalam kelompok tersebut dapat diminimumkan.

Fenomena ini dikenali sebagai imuniti kelompok (herd immunity).

#5 Saya perlu ambil imunisasi influenza ke sewaktu wabak COVID-19?

WHO telah menegaskan kita tidak boleh mengabaikan vaksin influenza ketika wabak COVID-19 sedang melanda.

COVID-19 mempunyai kadar kematian yang rendah berbanding dengan jangkitan virus influenza.

Oleh sebab kedua-duanya menunjukkan simptom yang lebih kurang sama, sukar untuk kita bezakan.

Maka, setiap individu, terutamanya mereka yang bekerja di barisan hadapan, termasuk pekerja perkhidmatan penghantaran perlu divaksinkan.

Perkara ini penting bagi memastikan insiden berlakunya kes jangkitan influenza dapat diminimumkan bagi memberi ruang kepada doktor untuk memberi tumpuan kepada COVID-19.

#6 Bagaimana dengan golongan antivaksin atau mereka yang tidak pasti jika mahu vaksin?

virus influenza

Berdasarkan rentetan sejarah perubatan, imunisasi merupakan kaedah terbaik selain daripada bekalan air bersih untuk menghalang penularan wabak berjangkit.

Lihat sahaja tahun lepas apabila kes polio dikesan di Sabah dan kes difteria yang didiagnosis di Semenanjung Malaysia.

Artikel berkaitan:

Mereka tidak divaksinkan dan berisiko menyebarkan jangkitan tersebut kepada individu lain yang turut tidak divaksin.

Jika dipandang ringan, mereka yang dijangkiti mempunyai risiko untuk alami simptom teruk, kecacatan dan kematian.

Kepentingan vaksin harus diberikan penekanan kepada setiap individu bagi melindungi orang tersayang.

#7 Bolehkah vaksin selesema mencegah berlakunya COVID-19?

Influenza dan virus korona baharu merupakan dua jenis virus yang berbeza.

Oleh yang demikian, vaksin influenza tidak berkesan dalam mencegah berlakunya jangkitan COVID-19.

Kedua-dua virus ini menjangkiti sistem pernafasan manusia, maka mereka yang dijangkiti akan mengalami simptom yang lebih kurang sama.

Pengambilan vaksin influenza mampu melindungi anda daripada strain influenza yang telah dikenal pasti pada tahun ini.

#8 Adakah vaksin yang digunakan di Malaysia selamat?

virus influenza

Penghasilan vaksin bukannya mudah.

Bagi memastikan vaksin yang dihasilkan selamat dan berkesan, ia mengambil masa di antara 6 hingga 36 bulan sebelum ia boleh digunakan oleh orang awam.

Durasi tersebut kebanyakannya merangkumi ujian klinikal bagi menguji profil keselamatan dan kualiti vaksin.

Sebelum sesuatu vaksin itu boleh dipasarkan kepada orang awam, Agensi Kawal Selia Farmaseutikal Nasional (NPRA) akan menguji vaksin tersebut sekali lagi.

Setelah ia dipasarkan, usaha pemantauan produk masih terus dijalankan.

Sanofi Pasteur, merevolusikan usaha imunisasi di seluruh dunia

Sanofi pasteur merupakan cabangan vaksin bagi syarikat farmasi terkemuka di dunia, Sanofi.

Setiap tahun, syarikat tersebut akan membekalkan lebih daripada 1 bilion vaksin bagi menurunkan insiden berlakunya wabak penyakit berjangkit.

Ia merupakan sebuah syarikat yang telah memberikan komitmen lebih daripada 100 tahun terhadap perkembangan dan kajian berkaitan dengan imunisasi.

Di Malaysia, Sanofi Pasteur telah bekerjasama dengan komuniti saintifik, perubatan dan kesihatan awam bagi meningkatkan akses vaksin kepada setiap populasi.

#VaccinesWork, solidariti dunia terhadap jangkitan wabak berbahaya

kepentingan vaksin

Pada tahun 2020, Minggu Imunisasi Sedunia telah menubuhkan kempen #VaccinesWork for All.

Idea ini merupakan inspirasi oleh WHO bagi menekankan kepentingan vaksin kepada setiap individu di seluruh dunia.

Walaupun vaksin menyelamatkan berjuta nyawa setiap tahun, namun masih terdapat hampir 20 juta kanak-kanak yang tidak diimunisasikan.

Oleh yang demikian, sokongan dan solidariti terhadap kempen ini boleh menekankan aspek kepentingan vaksin bagi melindungi populasi umum.

Semua gambar di dalam artikel ini merupakan hak milik Sanofi Pasteur.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Artikel Media Oleh Sanofi Pasteur Berkaitan Dengan Kepentingan Vaksin. Diakses pada 24 April 2020.
  2. World Immunization Week 2020. (https://www.who.int/news-room/events/detail/2020/04/24/default-calendar/world-immunization-week-2020). Diakses pada 24 April 2020.
  3. Q&A: Similarities and differences – COVID-19 and influenza. (https://www.who.int/news-room/q-a-detail/q-a-similarities-and-differences-covid-19-and-influenza). Diakses pada 24 April 2020.

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli Disemak pada 26/05/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
x